Al-kisahnya...mama mencuba macam-macamlah nak cari duit poket lebih, saja suka-suka. Adalah jadi dropship jual tudung, jual baju ada la terjual juga tapi lebihnya beli untuk diri sendiri hehehe...itu yang tak tahan tu. Berpinar biji mata mama ni ha bila tengok baju dan tudung cantik-cantik.
Dalam pada dok menjadi dropship tu mama pun dok la fikir lagi apa yang boleh dibuat untuk tambahkan lagi duit poket mama ni, maklumlah anak-anak banyak permintaan..ehemmm mamanya pun banyak juga kehendak yang nak diturutkan kikiki..guna nama anak pulak ye mama nih. Adalah juga 1 permintaan anak-anak yang memang akan mama usahakan walaupun memerlukan bajet yang agak besar..inshaAllah akan mama usahakan ye.
Permulaannya bila ada jamuan di ofis mama biasa buat chesse cake je, suatu hari bos order tiramisu dalam bekas tu 2,lepas tu lemon chesse cake 1/2kg. Terus rasa semangat, bila bawa datang ofis kawan-kawan lain ada lagi yang nak order. Rasa seronok sangat. Kemudian gigih paksa adik-beradik tolong promote..kikiki nasiblah kan mana tahu ada rezeki. Alhamdulillah kawan-kawan ibu banyak order oreo chesse cake dan tiramisu.
Order pertama mama tiramisu,lemon chesse cake dan oreo chesse cake |
Lepas tu ada kawan-kawan ibu dan kawan-kawan yang repeat order, kata mereka sedap.. Lega rasa bila orang kata sedap, puashatikan bila dapat berikan yang terbaik untuk customer..ecehhh customer gitteewww...bila tengok kawan-kawan ibu order banyak, mulalah ibrahim dotters tanya, sedap ke kek cik lah tu??? Ibu cakap sedappp.. Lepas tu ibrahim dotters pun pakat-pakat order...terharu sangat bila adik beradik support apa yang mama buat nih, ye lah kalau tak adik beradik yang support sape lagikan.
Tiramisu kawan mama order untuk.diberikan kepada cikgu anaknya..alhamdulillah, siap cakap nanti nak tolong promote..aduhaii terharu mama tau.
Sebelum balik kampung kita hantar dulu order dari kawan-kawan, siap katanya anak akak tu yang whatsapp sendiri ibu nak order oreo chesse cake, pagi-pagi akak tu dah datang ambik kek dekat rumah ibu..adrien peneman mama pagi tu,malam dah la balik kerja lambat lepas tu buat kek pula dalam 1pg juga la mama tidur, nak cari rezeki.kan haruslah berkorban sedikitkan. Balik kampung pun lambatlah masa raya haji tu..petang baru balik kampung.
Ini order dari ibrahim dotters dan kawan di kampung, balik kampung hari tu memang terus ke kampung mama dulu hantar order..menantu hantu ni cerdik sangat tak buat lebih lak untuk dibawa ke rumah mertua...adoi la hahaha, sebab penat sangat ingat apa yang orang order sajakan,takpe lain kali mama boleh buat,tapi adik-adik ipar mama pun pandai dalam membaking nih..ibrahim dotters je nan hado kikiki,tapi oklah boleh order dengan mama kan ada juga income untuk mama.
Raya hari tu mama cuti panjang tapi selasa dah balik rumah sendiri sebab en.azmi kerja lagipun rabu tu mama ada order kek juga. Tengok semangat nak buat kek walaupun cutikan
Oreo chesse cake 1kg...deco-deco kita kasi hantam saja sebab mama ni tak kreatif janji adakan dan nampak tak kosong.
Sekarang ni disamping buat kek pulun ot pulak, gigih sangat cari duit apa kes mama nih? Nak pergi mana? Hihihi takdelah bukan sebab duit pun tapi memang mama kena kerja, ikutkan malas juga balik lewat,kerja hujung minggu tapi dah tuntutan kerjakan,kita pun menurut perintahlah walaupun mata dah layu memandang angka, tak cukup kalkulator yang ada,kalkulator enfon pun mama belasah,letih kira duit juta-juta...duit oranglah bukan duit mama..kikiki
Okeh rehat dah tamat mari mula kerja, bertabahlah balik pukul 8, keluar rumah gelap balik rumah pun hari dah gelap, takpe sampai disember je kan, januari kita rilek goyang-goyang kaki sekejap. Ada kesempatan mama singgah blog kawan-kawan ye, bila dah kat rumah mata layu dah naj tengok enfon yang kecik nih,kadang gagah juga baca sebab nak naca cerita kawan-kawan kan.
Wassalam
Alhamdullilah kak. Rezeki anak-anak :) Ada bakat buat dessert rupanya kak AA 😍 moga bisnes akak semakin berkembang..
ReplyDeleteItulah siqah..rezeki anak2. Xde la berbakat sangat cuma minat sikit2
DeleteAlhamdulillah...rezeki dari Allah..
ReplyDeleteTeringin juga nk mengorder.. insyaAllah..9oct nnt ke.. hehe..
Besday aimy jatuh tgh2 mggu, kalo amik hjg mggu, confirm selamat sblm besday dia..
Betul, meniaga ni seronok.. lebih kita usaha, lebih kita dpt.. semoga terus maju ye..
Aimy pun da pandai, baru buat roti bakar, da suruh jual kat kawan dia.. 😅😅😅 sabar je la..
Alhamdulillah..syukur dgn rezeki yg ada. Boleh..nak order bgtau je
DeleteMama yan, ngantyk gila ni, singgah jap je, esok in shaa Allah sggh lagi. Akk ni kalo tk dpt tido siang kejap mlm mulalah tk tahan kul 9.30 dh menguap berair mata
ReplyDeleteTakpe kak imah, bila2 lapang datang balik ye..hihihi
Deleterajin bisnis ada yg sokong insyaAllah truskan usaha
ReplyDeleteSaja suka2 pi..hihihi
DeleteSyabas di atas kegigihan berniaga. Kalau minat ada segalanya memang menjadi.
ReplyDeleteItulah memang minat,tp kena gigihlah sikit nk membuatnya kan
DeleteSeronoknya klau pandai buat kek...bila dh ramai order bestnya..rezeki tuh
ReplyDeleteBoleh la sikit2...aah bila ramai yg order tu seronok jadinya
Deletedana tgk pun terliur rasa nk oder kak...
ReplyDeletemoga terus maju jaya ye kak... msti sedap tuh...
Boleh je nak order dana hihihi
DeleteTerima kasih doakan akk
Alhamdulillah AA..
ReplyDeleteKalau rajin berusaha tentulah berhasilkan..
Akak doakan usaha AA terus berjaya menambah pendapatan sampingan tu..
terima kak yati doakan saya
DeleteSelagi Allah bagi kudrat memang kita kena rajin kalau nak menaikkan taraf hidup. Tengok org bangsa asing. Siang engineer dlm office pegang pen tapi malam jadi engineer yg bergelumang dgn minyak hitam semua. Tapi income dia bila kakak tanya yg malam dia buat nampak kotor tapi dua kali ganda yg dia kerja siang. Malam kerja cuma 3 jam aje tu AA. Siang dari pukul 9->5 lagi lama kan.
ReplyDeleteBetul tu kak usaha selagi terdaya
Deletegood luck mama!!!! nak pegi legoland ke ni mama? hihihihi. Fateh Uwais tak habis2 ajak pegi legoland hihihihi
ReplyDeletemama nak bagi pendapat sikit boleh? kek oreo yang sebijik tu kan atas dia kalau mama hancurkan biskut tu tabur atas kek mesti lagi meletup. tapi buang cream putih dia tu. pastu buh ceri ke tiga bijik. aummm sangat hihihih. kalau dekat ni mesti kira dah oder tiramisu tu. kira tak reti buat kek tiramisu
Terima kasih kira, bagi idea nanti boleh cuba buat
Deletebaguslah Ilah pandai cari duit. buat bisnes gitu utk tambah pendapatan
ReplyDeletemoga2 diberkati usaha tu ya.
wahhh...seronok tau bila wat bisnes ni...
ReplyDeletewahh nasib jauh, kalau tak boleh order orange cheesecake tu..feveret sangat kek2 bercheese ni hihi..
ReplyDeleteWaaa, kalo dekat mau gak nempah ni, nmpk sedap sgt tu. Bestnya kalo ada minat dan pandai buat kek2 ni, akk ingin gak belajar.
ReplyDeletealhamdulillah, tumpang gembira buat kak yan. bukan mudah nak berjaya kan, sekarang jalan dah ada selebihnya usaha saja. ini mesti sedap kaw2 sebab tu sampai repeat order. kalau dekat mau gak rasa ^_^
ReplyDeleteAlhamdulillah, rezeki.
ReplyDeletesemuanya kek 'febret' amy tu :)
Semoga bertambah jaya bisnesnya. Bermula dari sedikit insyllah nanti boleh kembangkan lagi bisnesnya.
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki menambah duit poket tu AA.. rezeki masyuk tak henti.. moga terus maju ye.. nampak sedap ja kek2 buatan AA ni.. :)
ReplyDeleteBila dapat repeat customer tu, kita mulalah rasa seronok. Terus bertambah-tambah semangat nak cari duit poket lebihkan, AA. Saya doakan semoga bisnes sampingan AA ni terus berjaya. Manalah tahu ada peluang duduk di rumah buat bisnes sepenuh masa. Mesti seronokkan. InsyaAllah!
ReplyDeleteNi nak tanya, kalau nak order juga, kena self pick up aje ke?
Biasa saya hantar MD, ada yang ambil sendiri...
Deletesedapnya semua tu,kalau dekat ni nak juga order..heeh..tahniah kak dan terus berkembang ya businessnya..amin
ReplyDeleteSeronoknya tengok org meniaga ni....twringin jugak nak buat bisnes kecil kecilan gitu tp mcm tak confident pulak Azra...
ReplyDeleteTerbukti sedaplah tu, org sampai repeat order...
Tahniah ye Azra