Monday 12 August 2019

Eiduladha kami

Assalamualaikum....

Tahun ni beraya dirumah sendiri,sebenarnya dah beberapa kali juga raya qurban ni kami tak balik,tahun ni pun en.azmi kata nak beraya disini. Mama ok je lah.

Sehari sebelum eiduladha mama buat ketupat dan rendang,banyak jugaklah 3kg pulut kawan ibu pun nak juga,siap ada yang suruh frozenkan nanti nak beli. Tengoklah ye macammnana, mommy pun nak juga untuk frozen siap belikan daun dah katanya,mama pun ok je lah kan sebab mommy dan makngah nak datang tolong. Mama dah buat siap² tunggu dorang datang isi pulut,sambil tu mama buat rendang ayam 2-ekor.

Taktau lah mama nak gelak ke nak.nangis tengok daun yang mommy bawa tu adoii la mommy itu daun kelapa la untuk buat ketupat nasi hahaha. Mama memang taknak buat ketupat nasi,sudahnya daun tu bagi jiran,ok jugalah dari dibuangkan. Alhamdulillah siap jugalah ketupat palas petang tu.

Pagi raya mama buat fettucine carbonara je sebab ada yang minta buatkan, juadah lain banyak lagilah pakat bawa sorang sikit. Lepas solat raya dengan anak bujangnya, en.azmi ke surau lagi dengan ank bujangnya untuk acara korban pula, untuk tahun ni sebanyak 21-ekor lembu dan 5 ekor kerbau. Untuk tahun depan juga sudah dibuka untuk siapa² yang ingin ambil bahagian.

En.azmi bersama jiran setaman dan ahli kariah surau bergotong royong menyembelih,melapah dan mengagih daging korban. Meriah je tengok tahun depan join lagi lah eh kalau macam ni tiap raya korban.tak balik kampung la pulakkan. Ada seekor kerbau terlepas masa hari tu,tak tahulah dah dijumpai atau tidak.

Petangnya...kalah dengan rayuan anak², bukan mama yang kalah tapi mommy hahaha...anak² bising ajak tengok boboiboy, mommy pun tengoklah waktu tayangan ada ke tidak hari tu, tengok² ada lagi tayangan selepas maghrib,so mommt pun belilah tiket. En.azmi taknak pergi sebab penat katanya,jadinya paksalah paksu dan abg alip ikut untuk jadi driver. Kecik² dulu abg aliff ni selalu teman mama balik kampung,sekarang ni abg aliff pula jadi driver maklang.

Solat maghrib dulu baru masuk pawagam,cerita belum bermula pun. Alhamdulillah bawa paksu dan abg aliff bolehlah tolong tengokkan anak² bila anak dara merajuk paksulah yang jadi tukang pujuk dan tukang dukung..adoii anak dara pun takde papa pun nak buat perangaikan. Itu anak dara naik kereta dengan mommy sebab nak berkawan dengan kakak sepupu dia.

Tak rugi pun paksu dengan abg aliff ikut tengok boboiboy sebab cerita tu cerita aksi layan je tengok, tak jemu pun menarik dan lucu dengan telatah gopal,papa zola,pipi zola dan tok kasa, anak² pun enjoy tengok sebab semua pun dah boleh faham jalan cerita dan lawak yang ditunjukkan. Mama pun enjoyyy...

Habis movie terus baliklah dekat pukul 10 dah kan.tapi orang masih ramai. Dari rumah ibu mama drive balik,en.azmi dah siap tunggu di gate depan tak perlulah mama turun buka gate. Dekat taman mama tu untuk keselamatan selepas 10.30mlm gate depan kami kunci, maklumlah nak upah guard kos tinggi nak bayar. Jadi kami kunci dan setiap rumah ada kuncilah.

Itu sajalah cerita eiduladha kami, kata ustaz eiduladha itu sebenarnya lebih besar dari eidulfitri,tapi kita lebih besarkan eidulfitri. Tapi mama tak naklah huraikan, mungkin dilain kesempatan mama ceritakan.

Wassalam.

11 comments:

  1. Salam aidiladha
    Selamat menjalani ibadah qurban

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya korban Mama.
    Boboiboy memang best 👍

    ReplyDelete
  3. Salam aidiladha..
    Wah.. Sempat lagi menonton boboiboy

    ReplyDelete
  4. Salam Aidil Adha mama.

    Sy pun rasa lebih meriah sambut raya korban di sini berbanding balik kampung. Mungkin dari segi bilangan korban tu lebih banyak, gotong royong pun lebih besar skalanya jadi bertambah meriah dgn penglibatan seisi keluarga. Di kampung kami, kalau ada korban pun setakat 1-2 ekor shj. Di tempat suami pula meriah dgn kaum Adam shj :(

    ReplyDelete
  5. Salam Eiduladha buat AA sekeluarga 😍..

    Byknya korban Di masjid AA Tu, tmpt CH hanya 9 ekor je..

    ReplyDelete
  6. Salam Aidil Adha.
    Wah! banyaknya haiwan korban alhamdulillah semoga korban tersebut diterima oleh Allah S.W.T

    ReplyDelete
  7. meriah kak bila adik beradik ddk dekat2... suka dana tgk, kira meriah juga sambutan raya walaupun tak balik kg

    ReplyDelete
  8. boleh buat bisnes ni..ketupat palas frozen..hehe...meriah majlis korban, banyaknya lembu & kerbau, Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  9. Aidiladha yang meriah.. suka ketupat palas..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...