Tuesday 2 July 2019

Seronok main hujan???

Assalamualaikum...

Semalam tengah buat kerja, dapat whatsapp dari guru kelas Adrien. Tak terkata apa dah mama gelak sajalah...heii anak nombor 2 nih dia memanglah susah nak dijangkakan. Ikutlah Adrien janji senang hati..enjoy je lah zaman kanak-kanak tu dengan sebaiknya tapi jangan buat benda yang bukan2 sudahlah setakat main hujan tu mama tak kesah pun.

Tengoklah seluar tu senteng ala-ala kpop dah, sebenarnya takdelah senteng sangat tapi dia suka tarik.seluar tinggi
Muka ada senyum walaupun kena berdiri luar kelas... Basah lencun okeh dia pergi main hujan. Balik sekolah mama tanya seronok ke main hujan? dia senyum je sambil angguk..ehhh mestilah seronokkan mama pun suka kalau dapat main hujan masa kecik2 dulu, paling tunggu2 hujan lebat turun, gigih berlari dalam hujan tau. Kelas Adrien ni depan padang itu yang petang semalam hujan lebat dorang berlima ni berlarian di tengah padang.

Baru hari tu mama tengok dekat fb ada budak yang berenang2 dalam lopak air di padang, semalam mama pulak dapat berita Adrien main hujan sampai basah kuyup. Takpelah anak, mama tak marah pun kalau setakat main hujan tu kan, cuma tu lah kan dah buat salah tu kenalah denda jugakkan, duduklah kkau situ sampai petang dengan baju seluar basah, kalau dekat bolehlah mama pergi hantar baju tukar, ini jauh memang taklah mama nak pergi sekolah tu melainkan betul2 kecemasan je setakat baju basah bertabahlah ye tunggu waktu balik.

Minggu lepas hari diskusi ilmu mama tak dpaat hadir ke sekolah sebab bertaklimat di putrajaya, en.azmi pulak susah nak cuti. aishhh ini kalau mama pergi jumpa cikgu mesti banyak yang cikgu nak cakap nih. Mama dah bagitahu tak dapat hadir hari tu, cikgu cakap bila-bila pun boleh datang. ini belum mama jumpa cikgu anak dah buat hal pulak, macam2 adrien ni kan. yang nombor 2 nih memang lain sikitlah. suka mengusik orang,,abang tengah mandi dia tutup lampu, meraung abang dalam bilik air. Mama taknak makan nasi dengan kicap "mama tu taknak makan kicap sebab takut hitam la tu" kata dia ehhh macam2 lagilah peel budak sorang nih.

Wassalam

11 comments:

  1. Anak no 2 ni memang best melayan. Mulut takde insuran...lepas tu suka buat menda luar kotak

    ReplyDelete
  2. hehhehe boleh gelak jelah kak, almaklum dana takde anak no 2 lg...
    tp tulah bdk2 ni suka mencuba, agaknya mcm best je tgk ujan tu dia pun terus join kwn2 mandi hujan hehehhe

    ReplyDelete
  3. Nasib baik ko pakai kasut hitam ye adrien, kalo kasut putih tak taulah camane rupa kasut tu, haha..ada byk kelebihan pakai kasut hitam yek.
    Pada akk setiap anak menguji, yg ni cani pwrangainya, yg tu cenggitu plak perangainya..pendek kata semuanya menguji kesabaran.

    ReplyDelete
  4. boys just want to have fun..tapi time sekolah, memanglah mengundang denda..hehe..

    ReplyDelete
  5. Hihi ya Allah. Tak apa kenda denda lepas berseronok kira bonus tu. Kenangan zaman sekolah :)

    ReplyDelete
  6. Haha... Pengalaman mahal ni :)

    ReplyDelete
  7. Part anak no 2 lain tu memang Sha setuju sangat kak.. hehehe.. dia punya lain macam tu, mengundang kesabaran yang tinggi..
    Tengok Adrien basah kuyup tu, teringat pula zaman kanak-kanak.. Asal hujan je main..

    ReplyDelete
  8. Tak berseri zaman kanak-kanak kalau tak ada pengalaman main hujan tu. Hehehe!

    ReplyDelete
  9. alahai darling, seronok ye main hujan :)
    yes, aida pun tgk video anak berenang kat lopak air tu, AA.
    kelakar.
    terasa mcm dulu kala kan. kita bebas main bila hujan lebat :)

    ReplyDelete
  10. sy sorang je ke sejak kecik sampai besar xsuka main hujan...huhu

    tp indahnya zaman kanak2 kan?? hihi

    ReplyDelete
  11. Hehe.. Senyum je la kan..
    Da selamat kuyup..
    Pengalaman dan kenangan..
    Nnt da besar dia mesti ingat.
    Zaman kita dulu xde wassap group guru dgn parents, kalau ada mesti mak2 kita pun tau keje kita kat sekolah kan.. Haha..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...