Friday, 11 January 2019

Perkongsian hari jumaat

Assalamualaikum...


Salam jumaat penghulu segala hari, banyakkan selawat dihari jumaat ini untuk kita dapatkan syafaat Baginda Nabi saw kelak, disamping itu jangan lupa baca surah al-kahf untuk menghindarkan kita dari fitnah terbesar akhir zaman iaitu fitnah dajjal..saja mengingatkan sebab mama tahu semua kawan2 pun tahu tentang ini kan.. sekadar berkongsi.

Sedikit perkongsian di hari ini...jangan salah faham dengan perkongsian mama ni ye hehehe malu juga nak berkongsi tapi takpe mama kongsi jugalah mana tahu berguna perkongsian mama ni satu hari nanti untuk anak-anak mama. Anak2 mama penyebab kenapa mama kena belajar dan membaca kembali cerita2 Nabi..Alhamdulillah melalui anak2 Allah dorongkan mama untuk kembali menghayati dan membaca sejarah islam dahulu, sekolah dulu ambik sejarah islam mama nih tapi tak ingat dah...teruk sungguh la kan tak ingat dah kerajaan islam dulu2 alhamdulillah sekarang boleh belajar balik.

Setiap malam sebelum tidur Adrien mesti akan masuk bilik mama dan bercerita, satu hari adrien bertanya "Mama apa mukjizat Nabi Adam?" 😱😱haaa...ko mama gelabah kejap kan, ceritalah tentang kisah Nabi Adam as, syukur alhamdulillah dekat ofis mama kerja tu setiap zuhur ada kuliah, dalam salah satu kuliah tu ada bab sirah, jadi memang belajarlah bab Nabi ni kan, jadi mama pun ada modallah nak berceritakan, setiap malam sebelum tidur memang akan ada sesi bercerita, cuma sekarang bila sekolah kadang mengantuk awal, kalau anak2 mengantuk suruh berzikir sampai tertidur, alhamdulillah anak2 mengikut, tapi kalau tak diingatkan memang taklah kan, itulah kita ni perlu sentiasa ingat mengingatkan.

Satu lagi yang mama buat, baca tafsir al-quran kuat-kuat bukan masa mengaji tu tapi masa baca tafsir tu, kata seorang penceramah kalau nak menarik minta anak2 baca buku kita baca kuat2, mula2 diorang buat tak tahu nanti lama2 mereka akan tertarik dan mendekat, jadi mama buat cara macam tu lah, diorang tengah bermain mama baca tafsir kuat2, lama2 anak2 mendekat, lama2 bila mama baca tafsir tu anak2 bertanya "apa tu?" maksudnya apa yang dimaksudkan dengan tafsiran itu jadi mama pun berceritalah berdasarkan tafsiran tu, Dan sekarang bila abg adam mengaji quran, mama semak bacaan, dan kemudian abg adam bacakan tafsir, adrien tugas dia hanya bertanya "apa tu?" hehehe... jadilah kan, tak banyak pun 1 malam 1 muka surat. tak dapat banyak kita buat sikit. kena ambil tafsir ibnu kathir ni supaya lebih memudahkan mama.

Semalam bila anak2 mengaji dah balik(inshaAllah lepas ni nak ajak anak2 mengaji tadabbur sama2)..Kami tadabbur surah maryam, yang bestnya bila sampai ayat yang ke 25, tafsirnya "dan gegarlah ke arahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu tamar yang masak" Adrien yang tak jemu dengan pertanyaannya pun bertanya "apa tu?" mama kata Allah ni nak kita berusaha kalau mahukan sesuatu, tengok maryam walaupun Allah boleh je nak jatuhkan kurma tu sendiri pada maryam, tapi Allah tetap suruh maryam goncang pohon kurma tu, usaha juga supaya kurma tu jatuh. lepas tu macam2 lah soalan pelik yang muncul dan semua pun tak sabar nak makan kurma, mama kata dalam peti ada kurma pergi ambil, terus laju memasing ambil kurma dan makan, dapat pahala sunnah tau dan kalau boleh buah kurma ni kena ada dirumah kita setiap masa, sebab kata ustaz rumah Nabi saw ada kurma setiap hari.

oh ya sekarang mama ajar anak2 jiran mengaji, dah lama mereka suruh tapi mama tak yakin, awal tahun hari tu jiran2 tanya lagi, setelah tanya en.azmi dia kata ajar sajalah, jadi mama pun terima. mama tak mahu ajar ramai sebab takut tak dapat bagi tumpuan. sekarang ni ada 7 orang dah, 3 orang anak sendiri, 10 orang lah. usia anak mengaji mama 4 - 10 tahun. yang kecil2 tu mama ajar bagi kenal huruf dulu, ajar anak2 kecil ni lucu je bila dah baca semuka, nak sambung yang lain ada yang jawab "ini nak baca esoklah"😃😃 layan je mama tak nak paksa2 sangat asalkan mereka nak baca, ada juga yang mula2 datang melawat kawasan rumah je tak nak baca, hari berikut dah nak baca, ada yang malu nak baca, suruh orang lain duduk jauh2 nak baca sorang2, bila ajar dan boleh ikut terus mama cakap "bagusnya dah pandai" sambil tepuk tangan terus tersenyum simpul dia. jadi sekarang malam2 rumah kami memang ceria dan meriah dengan anak2, semalam hujan lebat pun datang juga mengaji lepas tu jadi tugas en.azmi hantar anak2 balik rumah, tak jauh pun jiran kiri kanan,dan jiran depan rumah je. teacher norazimah mungkin boleh share tips dengan mama macam mana nak ajar anak2 mengaji ni

Sekadar itu perkongsian mama walaupun rasa banyak lagi yang nak dibebelkan tapi cukup sekadar itu dulu kalau ada yang perlu mama berkongsi lagi mama kongsi...semoga di hari jumaat yang mulia ini kita sentiasa didalam rahmat dan redha Allah swt.

Perkongsian ini bukanlah kita ini terlalu baik dan terlalu pandai mendidik anak2 tidak..mama pasti setiap ibubapa punya cara yang tersendiri dalam mendidik anak2 kan. sekadar berkongsi cara mungkin ada yang bermanfaat.

"semoga kita sentiasa berdoa supaya mendapat ilmu yang bermanfaat dan semoga kita mengatasi masalah dengan mendidik anak2 dengan ilmu wahyu yang menjaga mereka didunia dan akhirat, Ayuh audit keutamaan yang kita beri kepada diri kita dan keluarga kita" Dipetik dari kata-kata prof Muhaya.

Wassalam.

12 comments:

  1. thanks berkongsi kak..anak2 memang suka bertanya kan kak, saya kalau takdapat jawab soalan anak, jap2 ummi google..aduhai malu pulak rasa, ummi tak banyak ilmu nak.. semoga saya pun dapat jadi macam akak dapat mendidik anak2 dengan ilmu dunia dan akhirat dengan sempurna...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih untuk perkongsian akak nie.. Yang baik kita kongsikan supaya bermanfaat pada orang lain..

    ReplyDelete
  3. Semoga bermanfaat buat kita semua. Terima kasih dengan perkongsian. :)

    ReplyDelete
  4. great post!

    Would you like to follow each other? If the answer is yes, please follow me on my blog & I'll follow you back.

    http://www.okcheori.com

    ReplyDelete
  5. bagus sungguh anak-anak sudah dijinakkan dengan Al- Quran..

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsian ni ya 😁

    ReplyDelete
  7. wahhh, teringat entry akk minggu lepas, ada mcm akak hint2 akak ajar anak2 ngaji tp dana lupe nk tanya...
    ni bile akak dh cita sendiri dh compom dh...

    mesti seronok umah pun meriah kan kak... bila ada org ajar ngaji nih, kadang dana rasa jiran2 jd akrab, kejadian nk mencuri pun mcm susah... yelah, malam2 mak pak mesti akan perati or tunggu anak balik ngaji, sentiasa ada org gitu... itu pikiran dana la kak heheheh

    ReplyDelete
  8. Wah mama dah jadi ustazah ngaji plak yea, hihi. Bagus2x, suka sangat sbb kita jadi geng yek. Takpelah tak ramai pun asalkan kita boleh ajar dgn betul dan budak2 ni dapat yg betul, boleh ngaji dgn baik,tu lebih penting.
    Nnt pos seterusnya akk nak citer pasal budak2 ngaji akk plak.

    ReplyDelete
  9. Tahniah Mama dah jadi guru ngaji..
    Tak semua org ada kemampuan nak buat..
    Apatah lagi ianya melibatkan "engagement" kita dgn budak2 yg nak diajar..
    Lg2 kalau mcm saya yg jenis ptg2 tetiba eh merayap tak duduk rumah..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah.. bagus pendekatan mama tu

    ReplyDelete
  11. Mama mithali ni, kalau Ustaz Ebit tau, mesti dia suka hihi....

    Bab ajo mengaji tu I is jeles hokey.....orang tu dah banyak kumpul jariah yang berpanjangan, mak ni bila lagi huhu....

    Luculah Adrien ni. Lupa dah zaman melayan anak anak kecik dulu dulu.

    ReplyDelete
  12. suka baca entri membina & penuh motivasi ni.
    keep sharing.
    sama2 kita jadik parents yg baik, kan.
    yg baik tu semua milik Allah. tak gitu?
    kita la guru utk anak2 yg utama.
    betul di rumah, maka akan betul di luar rumah, di mana jua.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...