Tuesday, 8 January 2019

Borak kosong 2019

Assalamualaikum...

hari kedua bekerja di tahun 2019... saja nak membebel sekejap hari ni,ada adik ni tegur lama tak nampak mama...hahaha ye lah, dari tahun lepas, tahun ni baru jumpa kan,lama la tu. Semangat hari ni, awal sampai pejabat, apa taknya mestilah awal sebab dah tukar waktu kerja, tahun lepas masuk pukul 8, tahun ni dah tukar masuk 7.30, saja masuk awal supaya dapat balik awal untuk jemput adelya dan abang adam balik dari sekolah, tapi bestlah masuk 7.30pg balik 4.30ptg sampai dekat PASTI 5.15ptg...mama tak pecut ehh tapi jalan tak sesak

Untuk tahun baru ni takdelah apapun impian mama, kita follow jelah apapun yang telah ditentukan tapi kita buatlah juga perancangankan. Moga tahun ini lebih baik dari yang sebelum2nya..ye lah bila masuk tahun baru umur pun dah barulah kan, nak pulak mama memang lahir bulan januari haaa lagilah cepat terasa tua tu kikiki, moga hidup bertambah baik dan semoga bekalan pun makin banyak yang dapat dikumpulkan. Alhamdulillah bermula semalam mama dah buat sesuatu yang baru moga Allah merahmati usaha mama dan moga Allah permudahkan urusan mama itu serta apa yang mama buat ini akan menjadi jariah dan bekalan buat mama di'sana' nanti. selain merancang untuk kehidupan perlu juga mama merancang untuk sesuatu yang pasti ditempuhi nanti.

Berapakah umurmu saat ini? Berapa lama lagi engkau akan hidup? Apakah engkau menyedari bahawa setiap sesuatu itu ada permulaan dan kesudahannya, dan bahawa kesudahan yang akan engkau alami adakah Syurga atau Neraka? #LaTahzan. kata-kata yang mama ambil dari buku La Tahzan ataupun Jangan Bersedih..jadilah wanita yang paling bahagia, dah lama beli sekarang ni baca semula, seronok baca buku ni banyak kata2 yang menarik walaupun kata2nya ringkas sahaja.


Untuk tahun ini mama juga mengharapkan agar kehidupan menjadi lebih baik bukan saja untuk diri sendiri dan keluaga tetapi juga dengan orang2 sekeliling..keluarga, sahabat, jirang2 dan kesemuanya lah...dan yang penting sekali jadi mama yang baik untuk anak2..inshaAllah. bak kata ustaz kalau kita nak orang baik dengan kita, kita dulu kena jadi baik, nak orang berubah,kita dulu yang kena berubah semuanya berbalik kepada kita, bila kita positif inshaa Allah apapun jua yang datang pasti akan positif juga, mama akan cuba untuk menjadi hamba yang lebih baik dan juga seorang manusia yang baik untuk orang2 sekeliling..gituuulah impiannya kan..jika Allah panjangkan umur.

Wassalam.


14 comments:

  1. Amin... Moga kita sentiasa positif dan dirahmati kehidupan yang baik. ~

    ReplyDelete
  2. Amin,, ramai juga ya mak ayah yang hantar anak2 ke PASTI :)

    ReplyDelete
  3. Betul, kalo kita nak org baik ngn kita, kita dulu buat kena buat baik kt org..sama mcm beri salam, senyum, jgn harap org lain mulakan, kita dulu yg kena mulakan..barulah in shaa Allah kebaikan akan merata.

    ReplyDelete
  4. amin...semoga tahun 2019 ni lebih baik buat diri kita dan semua. lebih banyak ibadat, lebih banyak kebaikan, lebih banyak rezeki dan kasih sayang

    ReplyDelete
  5. Moga segala yang baik baik untuk kita semua aamiin.

    ReplyDelete
  6. go with the flow.. sama je lah akak.. penting buat je sikit perancangan..

    ReplyDelete
  7. Amin.. nak tiru juga la azam mama... nak jdi mama yg baik jugak :)

    ReplyDelete
  8. waalaikumussalam. semoga segala urusan kita dipermudahkan hendak-Nya, aamiin

    ReplyDelete
  9. sama lah kak azam tahun ni,
    dana amik msk keje 7.30 balik kul 4.30 time puasa je, bln2 biasa ssh la kak, sbb bos dana msk wp2... walaupun dia tak kisah tp tak best la pulak kan... kot ada apa2 urusan kita lak takde

    ReplyDelete
  10. Ohh....... sure seronok Adelya, mama ambik dia awal. Walaupun setengah jam je bezanya, besar gak impaknya ye Azra.
    Aminnn... moga kita sentiasa dlm lindungan allah hendaknya

    ReplyDelete
  11. selamat tahun baru dan happy birthday in advance. Uish bestnya jadual kerja flexible macam tu. Masuk awal balik awal tido awal. Hihihi

    ReplyDelete
  12. Sha pun follow the flow je.. Tak ada apa nak diimpikan.. :)

    ReplyDelete
  13. Mama doakan semiga Kita semua sentiasa dipermudahkan semua perkara

    ReplyDelete
  14. yes. moga semua nya baik2 utk kita semua. in shaa Allah.
    keep sharing positive info tau.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...