Assalamualaikum...
Baru-baru ni adalah perjumpaan ofis mama taapi perjumpaan untuk ajk kecil sajalah, perbincangan tahunan..untuk program kesihatan mama ada dah ceritakn sebelum ini. pemeriksaan kesihatan untuk penyakit NCD, mama terlibatlah sebagai salah seorang pasukan rujuk tu. Perjumpaan untuk membincangkan aktiviti untuk tahun ini.
Dalam perbincangan tu, ada cadangan untuk mengadakan pertandingan "The Biggest Loser", untuk tengok siapa yang berjaya menurunkan berat badan, ye perbincangan berkaitan kesihatankan, ada hadiah disediakan bagi pemenang. Ada yang mencadangkan buat collection untuk yang menyertai program ini. Mama macam teringat sesuatu... teruslah mama cakap rasanya tak boleh kalau buat collection dan duit tu digunakan untuk membeli hadiah..haram hukumnya kerana ia menguntungkan sesuatu pihak dan merugikan sesuatu pihak. Kalau nak buat juga boleh tapi hadiah disediakan oleh pihak lain dan tiada bayaran yang dikenakan. tetiba ada sorang tu cakap "uuu.."entah mama tak reti nak tulis bunyi tu macammana,bunyian beserta senyuman yang terasa sinis. Mama bukanlah nak tunjuk bagus atau pandai tapi kalau kita tahu kita cakaplah kan.
Mama kongsilah sikit :
Mengambil yuran peserta bagi tujuan hadiah kepada pemenang ialah satu bentuk pertaruhan yang diharamkan kerana mengakibatkan kerugian melalui main nasib atas pihak yang kalah. Perlu cari penaja untuk hadiah, tetapi kalau yuran itu digunakan untuk sewa padang dan peralatan itu dibenarkan.
Hukum cabutan bertuah :
Harus sekiranya memenuhi beberapa syarat seperti tiada unsur kerugian yang akan diperolehi oleh sebelah pihak.
Contohnya bayaran yuran penyertaan yang memungkin seseorang itu tidak mendapat apa-apa dari beliannya, maka cabutan seperti itu adalah haram dan tidak harus kerana ada unsur2 perjudian.
Jika cabutan itu mensyaratkan pesertanya membeli sesuatu barangan yang melayakkannya menyertai cabutan bertuah itu maka hukumnya harus sekiranya barangan itu wujud dan harga yang dikenakan tidak ada unsur mengambil kesempatan dan sebagainya.
Syarikat menganjurkan makan malam dengan bayaran tertentu jika ingin cabutan bertuah..ini dikira judi dan haram hukumnya.
Jenis cabutan yang halal
Semua jenis cabutan yang tidak memerlukan bayaran untuk menyertainya adalah halal dan harus
cabutan di majlis makan malam yang pesetanya dijemput hadir tanpa sebarang bayaran.
Kalau macam seksyen mama ni kami buat family day dan ada bayaran, bayaran hanya untuk bilik dan makan, cabutan bertuah pulak dibawa sendiri setiap keluarga dan kami bertukar-tukar hadiah tu dan buat secara cabutan jugaklah, nilai hadiah pun ditetapkan tapi terpulang kepada yang memberi jika nak beri lebih.
Betulkan mama jika tersilap penyampaian,mama pun tak arif sangat cuma tahu dari pembacaan dan kuliah,berkongsi sikit2 sebab benda ni.kadang tak perasan kita buat. Kadang dalam kuliah pun ustaz cakap apa yg disampaikan mungkin sama diantara ustaz2-tapi itulah kita manusia perlu diulang cakap sebab kita ni manusia yg mudah lupa perlu sering diingatkan. Kadang rasa segan nak cakap nampak macam bagus je kan dok pegi kuliah zuhur..kata kawan mama nak dengar kuliah dekat youtube boleh,tv boleh..ye memang betul tapi bila ustaz dah datang tempat kita untuk sampaikan ilmu perlulah kita raikan. Kata ustaz bila kita terjumpa majlis ilmu singgahlah sekejap,taknak dengar lama pun duduklah sekejap, mana tahu itu menjadi asbab kita dimasukkan ke syurga.
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
ilmu baru bagi aida.
ReplyDeleteaida pun kurang arif.
tapi aida gemar mencari jalan yg selamat dari segi agama.
apa yg dikatakan bertentangan, aida takkan folo. sebaiknya dielakkan.
ada benarnya. krn merugikan pihak yg lain.
aida setuju.
alah kak, biarla apa org nk ckp, yg penting kita dh kongsi apa yg kita tahu... biar sama2 paham kn
ReplyDeletekalau ada yg tak boleh terima, biarkan je...
opis dana pun selallu klu ada majlis cabutan bertuah kira main tukar2 hadiah la... semua dpt... kalau kebetulan ada pihak mana2 sponsor baru lah ada yg betul2 bertuah dpt...
tq for sharing this...
ReplyDeletemalaikat mendoakan semua tetamu yang dtaang majlis ilmu. Hopefully kita tergolong dalam golongan-golongan yang diberkati Allah
ReplyDeleteBtw, saya dah follow sini. salam perkenalan
ReplyDeletebetul tu kak.. memang kalo kita nk share benda betul tu mmg orang akan cakap macam2. kita kongsi bukan tanda kita ni bagus sngt ada ilmu sikit tapi sama2 la ajak orang lain buat benda betol elak yang salah. macam CT dalam institusi perguruan memang normal bab2 hadiah n cabutan bertuah ni. memang penah isu ini dibincangkan dan alhamdulillah soal itu diketuai orang yang lebih arif. CT pun tahu masa meeting tu jugak.
ReplyDeleteits okay. u have done ur part =)
Sha pun ada terbaca pasal ini.. cuma tak berapa ingat detail dia.. tq sis untuk perkongsian ini.. Biasalah manusia bila kita tegur benda yang betul mesti ada yang sini.. sekurang-kurangnya kta menjalankan tanggungjawab memberitahu perkara yang betul..
ReplyDelete