Monday, 6 August 2018

side table untuk mama 😃😃

Assalamualaikum...

Wekeend duduk rumah je, boring tak tahu nak buat apa, mama pun dapat idealah kan nak buat sesuatu. Sabtu tu sibuk uruskan kain baju. ahad rileks sikit siap2 makan pagi terus keluar rumah capai kayu capai gergaji, sorang2 je mama gergaji kayu tu. buatlah slow-slow kan, ada la teringin meja dekat ikea tu tapi setakat teringin je la belinya tak pun.

Jiran mama ada sorang tu personal shopper ikea, dia ada tunjuk barang2 kot ada yang nak beli, kita tengok memang teringin la nak belikan tapi tak beli pun la, mungkin lain kali. buat masa sekarang mama buatlah ikut apa yang mama boleh buat asalkan apa yang mama nak tu menjadi jugaklah. alang-alang nak kemas ruang depan tu kan mama habiskanlah kayu yang ada kemudian minta en.azmi buang apa yang tak perlu.

Tetengah dok gergaji tu en.azmi pun keluar tengok apa kerja isteri dia ni kan, dia pun tolonglah apa yang patut, dari menolong terus dia yang buat hahaha mama pulak yang tolong dan bagi arahan je, en.azmi macam biasalah mesti tak faham apa yang mama nak buatkan tapi akhirnya jadi jugaklah kan mengikut macamana yang isteri dia ni nak kan. benda yang simple je mama nak tu. oklah kan janji ada.


Ini jelah yang mama nak buat tu hehehe, takde lah nak kemas2 sikit pun meja tu, nanti2lah mama touch up bagi cantik sikitkan. oklah ni untuk mama letak buku-buku mama. sambil2 duduk dekat kerusi tu bolehlah mama membaca sikit, jadilah untuk "me time" mama kan, sambil2 masak nak tunggu ayam garing bolehlah mama duduk kat kerusi tu sambil membaca tak pun sambil ditemani semangkuk bubur keledek campur jagung.

Wassalam

13 comments:

  1. Kreatif. Cantik! DIY sendiri puas hati kan,..

    ReplyDelete
  2. seronok mama dah ada side table. lepas ni boleh deko2 lagi nampaknya :)

    ReplyDelete
  3. Cantiknya DIY meja.
    Klu dekat dah oder 1.

    ReplyDelete
  4. Wah cantik lah mama...taknak ambik order ke :p

    Sedap pulak nampak bubur keledek jagung tu slurp!

    ReplyDelete
  5. akak... akak ni mmg berbakat tau... mcm2 benda kt umah tu akak diy je...
    suami isteri mmg kretip...

    ReplyDelete
  6. Cantik!!
    Boleh la santai petang2 baca buku sambil minum petang.

    ReplyDelete
  7. Comeylah mama, eh.. Bukan mama, meja tu, hehe. .Mama comey juga, lagi comey.. Nak tempah satu boley?

    ReplyDelete
  8. Kreatif nyer mama.kecik comey jer meja tu.hubby pun rajin menolong.semoga bahagia berpanjangan

    ReplyDelete
  9. Mcm sedap je pengat labu kat tepi tu hahahaa....
    Kalau kita tak kemana cuti cuti ni mmg banyak masa kan azra. Mulalah otak otak berhubung . Tu yg menjadi side table tu . Ni nak tanya ni....mana beli kayu tu wei. Dari duluvtak habis habis..

    ReplyDelete
  10. simple.
    kreatif.
    idea yg bernas!
    mak-mak mcm kita ni, kalau takde keje, memang otak berjalan :)
    demi kepuasan diri sendiri.
    aida ni memang nak ke ikea, soping. panjang wishlist nyer.
    tapi ntah bila dpt nyer, AA.
    weekend aje sibuk.
    weekend aje tak free :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...