Sempena nak sambut kedatangan eidul adha yang tak lama lagi je, mama nak kongsilah berkaitan ibadah qurban ni. Dari kuliah zuhur Ustaz Roslan Mohamed dan Dato' Hj Anhar Opir, Tim.Mufti selangor.2 hari kuliah zuhur berkisar tentang qurban, ye lah dah tak lama lagi kan kita nak sambut eidulahda.
Dari Ustaz Roslan Mohamed.
Amalan untuk kita yang bukan seorang jemaah haji, apa yang boleh kita buat untuk mendapat ganjaran yang sama dengan orang yang pergi haji.
10 hari pertama dalam bulan zulhijah perbanyakkanlah tahlil (lailahaillah),takbir (Allahu Akbar) dan Tahmid (Alhamdulillah)
kerana 10 hari pertama bulan zulhijah itu fadhilatnya hampir menyamai 10 hari akhir ramadhan.
Perbanyakkan amalan soleh dari 1-9 zulhijah itu, buatlah yang mana kita boleh buat jika boleh sedekah perbanyakkan sedekah, jika boleh berpuasa, berpuasalah, puasa yang paling dituntut adalah puasa sunat hari arafah iaitu pada 9 zulhijah kerana pada 9 zulhijah adalah hari wukuf di arafah, sebagaimana para jemaah haji akan mendapat keampunan dari Allah maka kita juga boleh mendapat keampunan.maka berpuasa sunatlah kerana kata Nabi saw "barangsiapa yang berpuasa sunat hari arafah dosanya akan diampunkan setahun yang lalu dan setahun yang akan datang" Itulah bukti Allah Maha Pengasih dan Penyayang dan tidak zalim kepada hambaNya.
Setelah kita berpuasa sunat itu kita ikuti pula dengan ibadah qurban pada 10,11,12 dan 13 zulhijah kerana ianya satu amalan yang Allah paling suka dan dapat mendekatkan kita kepada Allah. Jika kita melakukan ibadah qurban sebelum titisan darah yang pertama itu jatuh kebumi Allah dah ampunkan dosa kita. Semoga ibadah qurban ini dapat dijadikan amalan tahunan dalam setiap keluarga. kalau tak semua buat pastikan ada wakil yang buat. Macam lesen jugalah kan kita renew setiap tahun maka ibadah korban ini juga perlu dilakukan setiap tahun.
Dari Dato Hj Anhar Opir
Sembelihan binatang qurban unta, lembu, kambing biri2 atau kambing biasa
Hukum Ibadah Qurban:
2. Sunat kifayah bagi setiap keluarga - jika sudah ada wakil yang buat qurban, yang lain tak buat tak apa tapi kalau semua buat itu terlebih baik. Perlu usahakan
3. Wajib - bagi yang bernazar, jika kita dah bernazar maka wajiblah kita laksanakan.
Syarat untuk Qurban
1. Islam
2. Baligh & berakal
3. Ada kemampuan
Sunat bagi yang membuat qurban
1. Sunat untuk TIDAK memotong kuku, rambut dan yang seumpamanya bermula 1 zulhijah sehinggalah haiwan qurbannya disembelih. Maknanya bermula 1 zulhijah sehingga kita buat qurban kita tak boleh memotong kuku,potong rambut dan potong apa2 sahaja yang seangkatan dengannya, kalau takut panjang dan tak selesa, potonglah lebih awal sebelum 1 zulhijah tu.
2. Sembelih sendiri, jika tidak boleh sembelih sendiri makan sunat untuk tengok haiwan qurban disembelih.
Agihan daging qurban
1. Jika qurban wajib - orang yang membuat qurban termasuk siapa yang dibawah tangungan nafkahnya tidak boleh mengambil walau sedikit pun daging qurban tersebut, jika sudah termakan perlu dibayar pampasan ganti rugi sebanyak daging yang diambil, jika 1 kilo daging maka duit yang perlu dikeluarkan mengikut harga sekilo daging dan duit itu diberi kepada fakir miskin
2. Bagi yang sunat
- harus/boleh makan sebanyak mana yang diingini dan hendaklah sedekahkan sedikit kepada orang lain, sekiranya dia makan sedikit itu lebih afdhol dan seeloknya dibahagikan kepada 3 bahagian.
-1 bahagian untuk diri sendiri
-1 bahagian untuk kawan2, boleh diberi walaupun kawan itu bukan dari golongan fakir miskin.
-1 bahagian untuk fakir miskin.
- bagi kawan2 yang bukan miskin daging qurban itu boleh dimakan @ diberi pada orang lain (mungkin dapat terlalu banyak daging qurban, bolehlah disedekahkan pula kepada orang lain) tetapi tidak boleh dijual.
- Bagi fakir miskin daging qurban tersebut boleh dimakan, diberi kepada orang lain dan boleh dijual (mungkin mendapat terlalu banyak daging qurban maka bolehlah dijual daging qurban itu)
Mana lebih afdhol, qurban ditempat sendiri @ diluar negara ?
1. Jika ditempat kita tiada yang buat qurban, maka lebih elok kita buat qurban ditempat sendiri.
2. Jika sudah ada yang buat qurban ditempat kita maka bolehlah buat qurban diluar
3. Yang lebih afdhol buat dikedua-dua tempat, isteri buat ditempat sendiri suami buat diluar.
Bolehkah daging qurban diberi kepada non muslim?
Jawapannya tidak harus. Kalau buat kenduri dan kita jemput kawan non muslim kita belilah daging lain sebanyak daging qurban kita, jika daging qurban kita 5kilo maka kita beli daging lain 5 kilo dan bolehlah dimasak bersama dan dijamu makan kepada kawan non muslim kita dengan anggapan daging yang dimakan bukanlah daging qurban.
Bolehkah 1 bahagian dikongsi bersama?
Boleh dikongsi berdua atau bertiga,tetapi masa sebut nama tu sebut seorang sahaja. Jika nak sebut semua nama pun boleh tapi maklumkan kepada yang menguruskan nama2 itu hanya untuk 1 bahagian sahaja. maknanya 1 bahagian lembu rm700 boleh dikongsi bersama suami isteri, tahun ni sebut nama suami,tahun depan sebut nama isteri, inshaAllah ganjarannya tetap sama walaupun berkongsi.
Bolehkah daging qurban dijadikan upah kepada yang membuat kerja?
- Daging qurban tidak boleh dijadikan upah kepada yang membuat kerja tetapi boleh diberi dan jangan anggap sebagai upah anggap sedekah, ye lah nanti ada pulak kata yang dah buat kerja ni tak dapat pulak dagingnya kan penat2 buat kerja orang yang tak buat kerja je dapat daging, boleh bagi pada yang buat kerja cuma orang yang buat korban itu jangan anggap pemberian itu sebagai upah. yang jadi tak bolehnya bila, kita dah buat perjanjian akan bagi upah kepada yang buat kerja itu rm100 seorang tapi selepas itu kita kata tak perlu bagi duitlah ambil sahaja daging korban itu yang nilainya sama rm100 haaa itu tak boleh.
Itu sahalah perkongsian mama setakat ini, jika ada tambahan info dari kawan2 boleh lah kongsi di ruangan komen ye sebab mama pun baru juga belajar bab2 ni. masih banyak ilmu yang perlu dicari ni.Apa yang penting niat mesti ikhlas kerana Allah untuk buat ibadah qurban ni. tak lama dah pun kan nak eiduladha ni.
Wassalam.
Good info mama. Raya Haji ni kalau di Mekah, mereka sambut lebih besar dari Raya Puasa. :)
ReplyDeletenice info
ReplyDeleteterima kasih di atas perkongsian ini.. x sabar nak sambut raya haji :)
ReplyDeleteThanks Mama info2nya..
ReplyDeleteTahun ni suddenly mcm tak sabar nak tunggu raya haji.. mungkin meriah juga mcm tahun lepas kot kat sini.
Mudah2an ibadah korban kita diterima
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ilmu ini..
ReplyDeleteBnyk fadhilat melaksanakan ibadah qurban ni.
Semoga ibadah qurban kita diterima dan kita semakin bertaqwa kpd Allah.
tq for sharing.
ReplyDeletesgt bagus sharing info sebegini.