Thursday, 2 August 2018

Dapat juga akhirnya

Assalamualaikum...

Setiap kali ambil adelya dari pasti, jalan balik rumah mesti lalu tempat orang jual durian dan setiap kali lalu situ adelya mesti buat macam ni "emmm...nyumnyumnyumm..sedapnyaa" mula adelya buat macam tu mama tanya la "makan apa tu.yang sedap sangat?" "Makan durian la mama" alahai sayang makan durian ke, sian anak mama. Pernah dah la beli sekali untuk anak2 makan sebelum tu, tapi takde la beli.selalu walaupun murah, tapi bila adelya buat macam tu tiap kali lalu sedih lah jugakkan.

Bukan taknak beli tapi nanti2 la kita beli kan. Alhamdulillah semalam en.azmi buat kerja hantar barang ke mantin, en.azmi bawa balik durian malam tadi, sebelum tu bawa balik dari tanjung malim, seronoklah anak2 dapat makan durian, mama dorang pun sama jugaklah kan berebut makan dengan anak2 sampaikan hari ni tekak rasa lain macam pulak, makan durian banyak sangat agaknya ni kan.


Tak sabar2 lagi dah balik dari.sekolah masuk je rumah terus ke dapur makan durian semalam, 5 biji selesai 4 beranak pulun. Masa ni en.azmi tak sampai lagi dari mantin, malam en.azmi bawa sebekas lagi durian, sambung makan durian lepas makan nasik heheh dasat sangat anak-beranak nih, lepas ni tak minta lagi lah agaknya dah puas makan, sampai cakap taknak.dah makan banyak2 abg pening..hihihi.

Satu lagi pun dapat tunaikan juga permintaan anak2, alhamdulillah Allah mudahkan walaupun mulanya rasa susah jugaklah tapi demi gembirakan anak2 kita bertawakal pada Allah saja.


Adelya tanya "mama itu zirafah betul ke tipu-tipu?" Hahaha...betul la adelya mana ada tipu-tipu "tapi dia tak gerak pun" hehehe ye lah memang zirafah tu tak gerak la kan, takpe.la tak gerak lagi bagus, sampaikan en.azmi pun.cakap juga eh zirafah betul ke ni? Zirafah betul ye bukan pakai bateri walaupun dia gerak sikit2 je, kepala je tengok kiri kanan. Puas hati dapat bawa anak2 ke sini anak2 seronok mama pun gembira walaupun kaki mama penat. Ke mana mamapapa bawa anak2?? Nantilah kalau rajin mama cerita.

Wassalam

8 comments:

  1. waaaa. seronok diorg dpt durian. hehe

    ReplyDelete
  2. Samalah kita pun mama. Kalau bab durian mmg berebut dgn anak2 hehe... Tapi tu lah diorg tak berapa sihat, tak berani nak bagi makan durian banyak2 sbb makan ubat. Takut mabuk :(

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. Tahun ini memang meriah durian sini sana.. harga pun tak adalah mahal macam tahun tahun sebelum ini..

    ReplyDelete
  4. sedapnya mkn durian.. tipu2.. comel nye Adelya tanya soalan cm tu..

    ReplyDelete
  5. budak budak memang suka makan durian ni. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe. saya followers ke 210

    ReplyDelete
  6. wahhh..puas makan le camtu..baru je habiskan yang ada bertambah pulak yang baru sampai..biar diorang makan puas2.hihi..cool sgt ziraf tu Pon๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
  7. wahhh..puas makan le camtu..baru je habiskan yang ada bertambah pulak yang baru sampai..biar diorang makan puas2.hihi..cool sgt ziraf tu Pon๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
  8. Pandai adelya ye..
    Semua anak2 kak lah suka durian ye..
    Aimy tak berapa nak makan.
    Tapi aisyah, berulang2 makan.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Cik Yaya dan Cik Pipa sambut besday

Assalamualaikum... Hari ni Pasti buat sambutan hari lahir untuk bulan julai,ogos dan september. Hari lahir adelya termasuklah kan tak lama...