Monday, 9 April 2018

Ya Allah jagakan mereka

Assalamualaikum..

Sabtu petang ibu dan abah buat kenduri sikit sebab ahad tu mereka akan berangkat menunaikan umrah. mama terfikir apa nak buat?sudahnya buatlah sedikit keria gula melaka. tak buat banyak pun sebab kata ibu buat sikit2 je. lepas asar baru pergi rumah ibu, dekat je kan lagipun takde nak masak2 pun semua makanan ditempah je.

Kenyang perut makan petang tu membawa ke malam, tunggu juga nak mengemas tapi dekat pukul 10 malam masih ada tetamu datang ke rumah, nak taknak balik rumah jugaklah. mama cakap dekat ibu esok sajalah mama datang rumah tolong kemas.


Ehhh...bukan ni je yang mama makan ye..kikiki lupa jap pasal kospen, kita makan je menu yang terhidang kikiki. lepas ni kita kawal balik pemakanan.

Pagi ahad semua bangun awal nak hantar ibu dengan abah ke klia. dari sini 2 kereta, yang lain2 gerak asing dan berjumpa di klia je. Adrien asyik tanya je "kenapa ibu nak ke Mekah?" mama cakaplah nak buat umrah "Umrah tu apa?" tanya adrien lagi, umrah tu ibadah lah, "Yen pun nak pergi Mekah jugaklah"..InshaAllah ada rezeki nanti kita pergi jawab mama.

Balik dari klia terus singgah rumah ibu, kemas apa yang patut tak banyak dah pun yang perlu dikemas sebab ibu dah kemas sikit2 malam tadi cuma tinggal sedikit sampah dan sedikit pinggan dan bekas yang perlu dibasuh. siapkan semua kemudia tadahkan air minum untuk anak-anak buah sebelum balik, anak2 buah pulak tiada ikut mommy (adik mama) untuk beli enfon si kecik yang masih sekolah tu ibu suruh belikan enfon sebab enfonnya rosak, nanti susah pula nak dihubungi.

Ibu takde ni mamalah yang ambik tanggungjawab sediakan makan untuk anak buah. anak ibu ada 2 orang je yang sulung dah kerja, tapi masih tinggal disitu lah, yang bongsu masih di tingkatan 4, dah boleh urus diri sendiri dah kan, tapi mama ni rasa bertanggungjawab jugalah sediakan makan, walaupun kata ibu yang bongsu tu malam2 jual burger dengan kawannya, tapi takkanlah nak makan burger hari2 kan. mama hantar juga nasi kalau tak makan waktu malam bolehlah disimpan untuk dimakan masa balik sekolah kan.


Ibu, sebelah ibu tu anak yang sulung, hujung tu anak yang bongsu, tengah2 tu anak buah (anak mommy)

Moga Allah permudahkan urusan ibu dan abah mengerjakan umrah. Alhamdulillah dah selamat sampai ke Madinah. Pagi tadi tak dapat khabar berita katanya tak beli simcard lagi, tapi dekat hotel ada wifi, dapatlah bertanya kabar berita. Rezeki dapat tunaikan umrah..abah kata kalau nak tunggu haji lambat pulak, bawa pergi umrah dululah yang penting abah dapat bawa ibu ke Mekah,  takut apa2 jadi abah terkilan pulak nanti...aduhhh sedih lah pulak.

Abah ada berkongsi gambar disana seronok tengok, abah kata waktu sampai tu macam2 rasa yang ada. Moga dapat umrah yang mambrur. Ya Allah...jagakan mereka.

Wassalam


8 comments:

  1. Alhamdulillah, seronoknya dpt menunaikan umrah, yelah.. dpt menjejak kaki ke tanah kelahiran Rasulullah.. Ya Allah.. Rezekikanlah kami semua ke sana...

    Yelah mama, eloklah tu, tanggungjawab tu menjaga anak2 buah walaupun masing2 dah boleh berdikari, eloklah jenguk2 mereka tu.

    ReplyDelete
  2. semoga selamat pergi dan selamat kembali

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan urusan ibadah umrah kakak & abg ipar kak lah.. Semoga mendapat umrah yg mabrur.
    Seronoknya dpt pegi umrah..

    ReplyDelete
  4. Seronoknya dapat pergi umrah..
    Semoga dikurniakan umrah yang mabrur..

    ReplyDelete
  5. moga semuanya dipermudahkan ye, AA.
    in shaa Allah.
    selamat pergi menunaikan ibadah dan selamat kembali ke tanahair.

    ReplyDelete
  6. Bila difikir fikir balik penat jugakkan kalau buat kenduri atau makan makan betul betul sehari sebelum berangkat, yg ada adik beradik dekat tak perlah, boleh tolong jugak kemas krmaskan... emm
    Seronok bila tgk org dpt pergi Mekah kan Azra. Giliran kita entah bila agaknya

    ReplyDelete
  7. moga dpt menunaikan ibadah umrah dgn sempurna bt ibu n abah yek...
    nsbla ada mak sedara yg ddk dkt ye kak, klu tak sian jgk lah

    ReplyDelete
  8. InsyaAllah semoga dipermudahkan urusan ibu akak. Nenek e'in pun baru berlepas semalam.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Jiran-jiran

Assalamualaikum... Adoii syawal dah habis mama masih ada cerita raya lagi, sepaturnya semalam nak mengarang tapi kesihatan tak mengizinkan...