adoii malasnya nak menulis, entah lah mood nak menulis tak mari2, terjunam ke laut dalam, tapi hari ni mama sambung je lah cerita 2 minggu lepas. layan je la sebab sayang gambar2 yang ada ni kan.
Ahad tu kami ke paya indah wetland. dah separuh perjalanan paklong (abg ipar) call mama, katanya dia dan maklang(adik ipar) nak follow juga, ok je lah kan tapi kami gerak dulu lah tunggu dekat sana je. Masuk Paya Indah Wetland ni percuma je. Aktiviti apa je ada dekat situ?
Kami sampai dalam pukul 10 lebih sempatlah tengok Hyppo makan dan sempat juga tengok orang bagi makan buaya. lepas tu tengok belibis yang bersantai-santai ditepi tasik yang dipenuhi bunga teratai. kemudian anak2 nak naik anjung tinjau, mama pun bawa je lah. dah habis pusing baru paklong dengan maklang sampai. ronda2 kejap dalam tu sebab dah takde apa kan, nak tengok hyppo dengan buaya kena awal, habis waktu makan hyppo berendam dalam air dah, buaya2 pun dah menghilang.
Keluar dari paya indah wetland kami cari kedai makan sebab perut dah berbunyi mintak diisi, tapi tak jumpa pulak kedai makan area situ, sudahnya kami sampai ke tadom hill. apalagi singgahlah kejap tengok2 sesuai tak untuk bawa tok dengan wan bercuti kat situ. tengok2 macam tak sesuai je, untuk kami2 ni sesuai la kot nak terjun tiruk, ber atv, flying fox dan macam2 lagilah aktiviti yang ada dekat situ, kalau bawa tok dengan wan mesti jadi tukang jaga beg je nanti sebab takde aktiviti yangs esuai untuk tok dengan wan. bukan tu je untuk anak2 kecik pun macam tak sesuai je.
Keluar dari tadom hill terus cari tempat makan. Alhamdulillah jumpa tempat makan ada pulak cendol duria, pakat2 orderlahkan sedap tu makan cendol dalam cuaca panas berbahang nih. makan pulak semua pilih nasi ayam penyet. senangkan sama order siapnya cepat sikit. dan makan tengah hari tu paklong dan maklang yang bayarkan..erkkk mama ko bila nak bayar??? asyik orang je yang bayarkan...kikiki. sambil2 tu bincang lagilah mana nak pergi lepas nih. jom kita feeling2 ala cameron highland, kita pergi ladang teh pulak. jangan tak tahu ada ladang teh ye dekat sini. Malas nak tulis dah layan gambar je la ye.
mula2 kita pergi tengok hyppo la,alhamdulillah rezeki anak2 lah sebab masa sampai tu memang hyppo tengah makan, risau jugak kalau terlambat badak dah berendam dalam air kan. eh geli pulak mama tengok dekat2 badan badak ni macam ada bintik2. yang ada 2 ekor ni je lah agaknya kan. dapat tengok badak pun teruja anak2.
lepas tu pergi tengok buaya pulak, mula tu tenang je tasik nih, buaya pun nampak sipi2 je dekat permukaan air tu. ada buaya biasa ada buaya tembaga. kebetulan rezeki anak2 waktu tu memang waktu bagi makan buaya, mama dorang pun gigih berdiri tepi tembok sambil pegang payung, tengah panas lit lit tu kome wehh. adelya sia cakap "mama jauh sikit nanti telefon jatuh buaya makan" kikiki buaya tak makan telefon la yaya. mula2 tenang lepas dicampak ayam sekor2 terus mengganas buaya ni ada yang berebut makan.
tenang2 je belibis nih melepak bawah pokok dalam cuaca panas ni kan. syok je duduk bawa pokok buluh yang redup ditepi tasik yang penuh dengan pokok teratai, oh ada yang berbunga teratai tu, cantik sangat. mama suka juga dengan alam ni kan, jadi nikmatilah keindahan yang ada.
ini masa dekat tadom hill, seronok juga kalau dapat main air dekat sini. anak2 pun apalagi mengamuk2 taknak balik sebab nak main air. eh kalau nak main air je bayaran 1 kepala dewasa rm25. tapi idok ler mama nak main air, baju apa pun tak bawakan kita survey2 je. tapi anak2 dah mula tarik muka sebab tak bagi main air ekekeke, dah pujuk2 nanti datang dengan wan dengan tok, barulah ok sikit memasing kalau tak ada yang mama campak je dalam air tu haaa berendam puas2
Legakan tekak yang kehausan dengan cendol durian, siap ada 2 ulas durian lagi, sedap weh tetenagh panas pekena cendol, durian tu pun sedap, anak2 apalagi habis dipulunnya durian maklumlah masing2 peminat durian kan. ini je gambar yang ada nasi ayam penyet tak mampu dah mama nak snap pic tangan dah gigil laporrr nak angkat kamera pun tak boleh dah mujur boleh angkat sudu, kalau tak nayaaa
haaa...pokok teh dicelah-celah kebun kelapa sawit tuu...budak sorang ni je yang teringin nak bergambar dengan pokok teh kemain beria dia suruh mama ambik gambar berkeping2. ini ladang teh boh di kg. sri cheeding, dekat je lah dengan rumah mama. ok lah tu nanti nak tengok pokok teh bawa je anak2 datang sini kan, kilangnya pun ada tapi jauh ke dalam lagi, malas dah nak ke dalam kami duduk dekat sini je lepas tu baliklah sebab panas sangat dah.
Gaya anak2 sementara menunggu paklong dan maklang sampai, lemain dua beradik tu kan main cubi2 pipi sweet sangat, sweetnya ada la beberapa minit lepas tu bercakaran je la dorang, mama malas nak melayan ikut koranglah haa berkejar la korang dekat situ, lagipun takde orang lain pun kan, sebelah depan tu tasik, adalah juga beli makanan ikan bagi makan ikan dalam tasik tu, tapi macam tak banyak je ikan ke ikan dah kenyang sebab tak banyak sangat ikan yang serbu masa anak2 lemparkan makanan dalam air.
Ini sebelah tempat hyppo je, boleh juga duduk santai2 sambil piknik nih. masa mama sampai tu ada la 1 keluarga yang makan2 dekat sini. kata maklang boleh juga bawa tok dengan wan piknik kat sini. mama ok je tapi kalau nak sambil2 tengok hyppo kena keluar awal sikitlah kan, kalau lewat sangat hyppo dah berendam dalam air la.
Balik tu anak2 ucapkan terima kasih sebab bawa dorang jalan2..alahai sweet sangat, maaflah mama dapat bawa jalan dekat2 je. tu pun adrien kata dia seronok dapat tengok hyppo dengan buaya, nanti nak suruh bawak lagi. lega mama dengar anak2 seronok. ok nanti ada rezeki lebih kita jalan2 lagi ye.
Wassalam.
menariknye...jap nk gugel tempatnya...
ReplyDeletemenarik juga rietta, tapi kalau nak tengok hyppo dan buaya tu kena sampai dalam pukul 10 pagi la
Deletekak, 1st time ni dgr perkataan belibis... apa tu bilis ke aapa?
ReplyDeleteitik tu ko panggil belibis ke kak?
ye dana akak pun 1st time tau pasal belibis tu kenal pun tidak, suami akak yang bagitau itulah belibis taktahu lah sejenis itik atau burung hehehe
DeleteWah dah je tadom juga tu kak. Paya wet land tak sampai lagi. Selalu nampak signboard dia je. Menarik juga tu kak. Boleh plan ke sini nanti.
ReplyDeleteKat mane tmptnya tu mama. Cam menarik je sbb kami pun peminat alam semulajadi juga. Kot dekat bolehla pegi juga mana tau boleh jumpa buaya tembaga, hehe.
ReplyDeleteCendol diyan, dapnya..
Tak sampai2 lagi ke wetland ni.. Teringin juga nak tgk badan berendam dgn buaya tembaga tu hikhik
ReplyDeleteIngatkan ladang teh boh kat Cameron je.. Thanks la mama ada gak input baru bila baca coretan mama ni. Good!
Tak penah lagi pegi paya indah wetland ni. Ni yg dkt dgn putrajaya tu ke? Menarik jgk pegi sini, tapi kene keluar awal la kan sbb dr umh kami jauh jgk nk pegi.
ReplyDeleteHuuu..sedapnya cendol durian tu..😋😋
baru tau pasal ladang teh tu.tak pernah singgah lagi mama. biasa lalu je
ReplyDeleteMenarik.. menarik.. Aktiviti yang ringkas tapi menggembirakan..
ReplyDeletePernah jugak pi Wetland ni tp duk luo jelah ... tak de anak keciklah Azra, nak masuk pun rasanya mcm canggung je hihi... Takut hyppo pulak yg heran tengok mak anak beranak hihi...
ReplyDeleteMak budak tu pun kalau belum petang tak mau balik, inikan pulak budak budak... hish..
Lama weyh tak makan censol
ha ha ha ha kelakar la Nom ni.
Deletetapi betul, takde budak kecik, memang canggung masuk tempat gini.
dgn diorang la kita tumpang memeriahkan diri di tempat sebegini.