Assalamualaikum...
Sedih la jugak rasa pagi ni kena berkursus dan meeting di IPN Sabak Bernam sampai hari jumaat. Terpaksalah tinggalkan '4A' dirumah. mesti semuanya ok tu, bila duduk dengan en.azmi budak bertiga tu ok je, hari tu bila mama cakap nanti mama takde 3 hari, terus adrien cakap dekat abang adam "abang nanti kita kena duduk baik2 la, mama takde papa kan grrrr..macam singa" ahahaha ooo tau pun korang nak duduk baik2 ye kalau dengan mama bukan main lagi memasing.
sementara menunggu bas datang marilah membebel kejap kat sini. oh ya nanti pergi ke sabank tu naik bas, seronoklah pulak sebab dah lama tak naik bas kan, last naik tahun lepas masa pergi majlis APC dekat KL. Pergi ni pun takdelah rasmi sangat, hari ni pun kena pakai pakaian sukan je, dah ada yang kata mama macam budak sekolah bila pakai tarck suit dengan soprt shoes hahaha..bolehlahhh, ini pun beli masa balik kampung hari tu, maklumlah mama bukan ada track suit pun.ada takde sehelai je. hari tu dapatlah pow en.azmi 2 helai tshirt dengan 2 helai track suit. eh bukan tu je banyak lagi la yang mama pow.
sedih jugaklah nak tinggalkan anak2, dah la adrien tu tak habis lagi berlatih bercerita..oh ya tak sangka pulak mama ustazah pilih adrien untuk pertandingan bercerita, sibuklah mama dok suruh dia membaca dan menghafal, tak tahulah boleh tak tu tapi takpe mama cakap dekat adrien yang penting adrien cuba, beranikan diri. abang adam pulak masuk hafazan..haaa bila anak masuk hafazan mama pun terlibat sekali menghafaz sebab nak ajar anak. eh dah kenapa pulak beria suruh anak menghafaz tapi mamanya nan hadooo jadinya, mama pun kena tunjuk pandai jugaklah dekat anak kan...sama2 lah menghafaz. bila mama dapat hafal anak pun jadi seronoklah kan, ehhh mama pun pandai ke? eh mestilah heheheh...bukan nak bangga dengan anak tapi nak bagi semangat dekat anak.
Pagi tadi mujurlah anak dara tak menangis masa kena tinggal kalau tidak rasa tak sedap hati jugaklah mama ni kan, mulanya adelya cakap nak ikut mama..hehehe ye lah tengok mama angkut beg bajukan, dia pun nak ikutlah, tapi pujuklah adelya, en.azmi bagi kepok ikan bawa bekal makan dekat rumah ibu ct sementara tunggu acik ida ambik pegi pasti. adelya pun en.azmi yang hantar rumah ibu ct, mama taknak lah hantar takut dia menangis pulak, walaupun hantar sebelah rumah je kan, mama tengok dari jauh je lah, semua kena awal pagi ni sebab en.azmi hantar mama ke ofis hari ni, sebab nak naik bas kan, jadi malas nak tinggal kereta dekat ofis.
Pada suami tercinta ehemmm macam2 pesananlah mama bagi hehehe..ye lah kan walaupun en.azmi biasa uruskan anak pagi2 tapi urusan beg baju, beg sekolah, buku2,baju2 semua mama yang uruskan jadinya esok banyaklah sikit kerja en.azmi, baju sekolah nak kena iron, mama tak sempat nak iron untuk seminggu sebab hari tu sampai lambat dari kampung,jadinya semua kerja tergendala terpaksalah en.azmi yang buat, baju sekolah pun ada yang nak kena basuh, takpelah en.azmi biasa bab sental baju2 ni hehehe. bab makan konon naklah masak lauk2 dan bekukan, tapi minggu lepas balik kampung jadi tak dapatlah mama buat semua tu, tapi xdelah risau pun sebab kedai makan banyak hehehe..malas masak bungkus je la.
DD(daeisha dynara) dan 4A(adam,adelya, adrien,azmi).. harap2 4A mama ni semua oklah kan sepanjang mama takde dekat rumah tu, jangan bagi papa jadi rimau 🐯 eh. sesekali mama takde dekat rumah kan.
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
sedinye kene berjaohan
ReplyDeleteheheh
done follow akk kt sini
#188
bagusnya bila nak mengajar anak, mak pun jadi belajar balik. :)
ReplyDeleteinsya Allah nampaknya sume okey tu, sebab ayahnya pandai urus semua.
insyaallah..ok tu..
ReplyDeleteSesekali kena tinggal okaylah.
ReplyDeleteBukannye lama
Bila nk tinggalkan anak2 dgn suami ni, mmg rasa mcm berat je. Ok ke x diaorg ni.. Kita yg risau terlebih, budak2 tu ok je..
ReplyDeleteTapi bila baca ayat adrien tu, confirm ok la nnt tu.. Hahhaa.. Pandai adrien ye.. Suka ati je ckp papa mcm singa. Hihi..
Semoga berjaya adrien & abg adam. Semoga dpt menghafal & menghafaz dgn baik. Menang kalah perkara ke 2, yg penting confident.
Part paling sedeh dalam hidup kena tinggalkan anak, tinggalkan laki steady lagi..
ReplyDeleteTeringat zaman anak sulong I bayi2.. sedih sgt terpaksa tinggalkan dia kat kg seminggu sbb kursus, asal nampak budak rambut kerinting2 je terbayang2 ank sendiri, punyalah sedihnya tu. Haha..
ReplyDeleteTak pa sis,tak lama tu .tengok2 dah abis krusus...Lama dah tak dapat kursus IPN ni,,
ReplyDeletetakpe kejappp je. hujung minggu boleh enjoy satu family :)
ReplyDeleteSesekali berjauhan memang berat hatikan sis..
ReplyDeletesemoga tabah sepanjang berjauhan :)
ReplyDeleteTu salah satu sebab ana resign lps ada syafi. Tak reti nak jauh dr family especially syafi. G mana2 mesti kena bawa dia. Kalau berjauh teringat2 kak. Hehe
ReplyDeleteYo yo o je sedih nak tinggalkan 4A padahal lompat bintang tu sampai Sabak Bernam haha.... Apa taknya cuti rehat you kat sana. Makan semua tersedia, awak tido mandi je kan.... hihi
ReplyDeleteSelamat berehatlah ye Pn Azra