Monday, 12 February 2018

Jom berbasikal 🚲🚲

Assalamualaikum...

Ahad lepas berjanji dengan adik-beradik nak berkumpul ramai-ramai, sajalah nak jumpa sembang2. kali ni kami pilih berjumpa di taman botanic shah alam. Al kisahnya aboh memang selalu berbasikal dekat situ, ibu pun nak jugaklah pergi disamping tu nak berlatih jalan2 untuk stamina nanti. Kami yang lain ni saja je lah nak memeriahkan suasana.

Pagi ahad tu anak2 naik kereta dengan paksu, mama dengan en.azmi pula naik dengan ibu abah, abah siap bawa basikal sendirilah, kami ni takde basikal jadi sewa je lah dekat sana nanti. Kiranya semualah pergi tinggal pakjang dengan pakcik je yang tak ikut, pakjang balik kampung, pakci pulak bekerja so tinggallah kan. Tiket masuk dewasa rm3 dan kanak2 pula rm1. Kira oklah kan.


Sewa basikallah kami dalam tu, mama ambik basikal yang boleh bawa penumpang dekat belakang tu sebab nak bawa adelya kan, abg adam dengan adrien sewa basikal lain. sewa basikal rm20 untuk sejam dan setiap jam berikutnya kena tambah rm1. kami sewa 3 basikal, abg adam dan adrien masing2 sewa basikal rm15 sejam, basikal biasa je, kalau mountainbike rm20 sejam dan tambah rm1 untuk jam berikutnya. mama sewa 1 je sebab bergilir dengan en.azmi hahaha..tak larat weh nak mengayuh lama2 selebihnya mama berjalanlah.


Sempatlah berpiknik kat dalam tu, sebelum tu dah call tanya boleh ke berpiknik, orang tu cakap boleh, kalau nak sewa dekat swimming pool pun boleh, kononnya nak sewalah kan hari tu sayangnya dah penuh, so kami buat keputusan lain kali nak sewa dekat situ, untuk separuh hari sewa rm300 kalau satu hari rm500, kira oklah kan kalau share ramai2, nanti ajaklah sapa2 yang nak join lagi kan. dah lama tak masuk sini macam makin banyak aktiviti yang menarik dekat dalam tu, nanti bolehlah cuba buat aktiviti lasak yang disediakan dekat situ.




Lepas makan2 kami masuk rumah iklim pulak, mama pernah masuk dah sebelum ni, tapi dah ramai2 tu seronoklah nak masuk lagi, kali ni musim salji. Makngah ngn mommy & family ambik mood dulu sebab bulan 3 dorang nak ke kashmir main salji. bestlah masa masuk tu memang kami je. sebelum ni kalau masuk tak boleh jalan2 dalam tu, tapi masa hari tu dapat jalan2 dalam tu kira lagi menariklah walaupun kawasan tak besar mana kira oklah kan, ok jugalah dengan harga tiketnya, nak masuk rumah iklim ni tiket asing ye, harga tiket dewasa rm3 dan kanak2 rm1. dalam ni seronoklah tengok anak2 dok main hembus nafas sebab keluar asap, bukan anak2 je mak2 pun sibuklah dok haaa...haaa.



Keluar dari rumah iklim lepak2 je dekat pondok sembang2 sambil tunggu anak2 main basikal. biar dorang main puas2. kawasan situ luas walaupun orang ramai masuk tapi takdelah sesak tempatnya. jadi tak risau nak lepaskan anak2 bermain basikal, cuma kena baerhati2 jugalah sebab kadang2 trem ada lalu, kereta motor pun ada juga, risau jugalah kan takut anak2 tak boleh nak kontrol je. Lama jugalah kami dalam tu dekat pukul 1 baru keluar, tapi jangan risau kalau nak duduk sampai taman tutup pun sebab toilet dan surau ada disediakan, bincang2 juga ingat nanti nak sewa dekat swimming pool tu sampai petang. Bolehlah ajak ramai lagi join, kot adik2 ipar nak join pun ok jugak.

Oh ya masa nak balik tu ada sedikit musibah berlaku, tapi takdelah yang teruk pun cuma yang tak syoknya, orang sekeliling tu, hai kalau tak boleh menolong pun takpe tapi janganlah sesuka hati nak ambik gambar orang yang tengah terkena musibah ni kan. haaa kan dah kena sound setepek dengan makngah "yang nak ambik gambar ni apa hal??" kenapa tak sabar2 nak viralkan ke. nasihat mama kalau kita ni ternampaklah situasi macam tu tak payahlah nak ambik2 gambar, ini masa orang, nanti masa kita pulak kena macam tu, orang ambil gambar dan viralkan kita suka ke? oh kalau suka takpelah tapi mama tak sukalah kan, nak share apa2 pun mama takutlah.

Gigih pulak sekarang ni nak amalkan cara hidup sihat, ye lah usia dah makin meningkat kesihatan kenalah jaga supaya cergas selalu takdelah sakit kaki semua, ye lah kan kadang berdiri lama pun dan tak larat lutut pun kadang sakit nak kata tua sangat takde pulakkan jadinya kenalah jaga apa yang patut. Dah la pulak tu sekarang dapat gelaran doktor pulak dah haaa lagilah kena jaga kesihatan, dah mama dok check kesihatan orang dan suruh orang jaga kesihatan takkanlah kesihatan sendiri tak dijaga pulakkan hehehe...doktor apa tu nantilah mama cerita.

Wassalam

9 comments:

  1. Cute family.. ^^ berbasikal dengan picnic adalah perkara best untuk main sama-sama dengan family.

    ReplyDelete
  2. Salam kak lah..
    Wah.. Sesekali berbasikal seronok juga kan.. Tapi kalau ira dgn icong berbasikal, kene cari basikal yg blh kayuh berdua tu.. Hehehe..

    Kakak kak lah sihat?
    Macam2 ada kat sana ye..da lama x pegi sana..
    Wah..syoknya nk pegi kashmir.. Dpt pegi tempat yg mcm dlm cerita hindustan tu mesti lg seronok.. Hihi..
    Org2 skg ni cepat je nk viral kan..
    Kalau ira pun x suka..huhu..

    ReplyDelete
  3. wah..seronok nya..gather ramai2...beriadah mcm ni. meriah!!

    ReplyDelete
  4. Rindu pula nk cycling dkt tmn botani tu. Rumah iklim tu ana tak pernah masuk kak. Dulu bukan main teringin tau. Sampai ke tua tak masuk2 juga haa.

    ReplyDelete
  5. last berbasikal 3 tahun lepas kut
    pancit naik bukit
    hahaha

    ReplyDelete
  6. seronok ramai2 luang masa bersama. quality time ituuu penting. lama tak naik beskal jangan lupa sudah. hopefully kalo naik xdela tonggaang terbalik.. hihi..

    ReplyDelete
  7. Seronoknya berbasikal ramai-ramai macam ini.. Selain sihat dapat menghabiskan waktu bersama..

    ReplyDelete
  8. Penatnya kayuh basikal kat sana. sekali je naik basikal lepastu tak repeat dah >_<

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...