Thursday 15 February 2018

Dokte Cengei

Assalamualaikum...

Tetiba tukor profesion pulok doh.. Idak ler mama bukan jadi dokte saje bebudak ofis nih panggil dokte. Alkisahnya dekat ofis tu mama jadi salah seorang dari pakar rujuk kesihatan kospen plus. Satu pengalaman baru buat mama. Bendanya mudah je boleh buat sendiri je pun, tapi yang mama ni dapat sijil dan boleh jadi anggota sukarelawan la.

Pakar rujuk kospen plus ni sebenarnya ditugaskan untuk memeriksa BP, BMI,ULP dan RBS setiap anggota dekat ofis mama, pemeriksaan yang mudah je kan, kalau sesiapa yang ada mesin check darah tinggi tu mesti dah biasa guna kan. Yang paling best bagi mama check RBS lah, rasa macam dokte lah jugak tapi takdelah dokte sangat setakat MA tu ada la kot hehehe. Mujur ada pakcik jadi MA kan ada apa keraguan mama tanya pakciklah.

Sebelum check orang lain kena check diri sendiri dululah kan rbs mama ok, bmi pun ok ideal hehehe,ulp je lebih 1 kalau untuk perempuan ulp 80 mama 81. Gula dalam darah 4.3, bp je atas 138,bawah 78 pulse 63, ingat dah tinggi tp nurse yang check tu kata xde apa sebab yang bawah ok, yang atas tinggi mungkin tak cukup rehat atau tido, oh ya memang masa check tu mama tak cukup tido abg adam dengan adelya tak sihat. Kata pakcik pun ok, yang penting perlu dijaga yang bawah tu jangan tinggi. Risau juga dah masuk 40 ni kan kesihatan kena jaga.

Oh ya mama rasa semua tau kot apa tu bp,bmi kan, rbs tu gula dalam darah,ulp pulak ukur lilit pinggang, ulp yang ok untuk perempuan 80 untuk lelaki pula 90. Bmi ada pengiraan lah kan sesuai tak tinggi dan berat kita, mama tinggi 162,berat 55 kira ngam lah tu, kalau tak sebelum ni tak cukup berat 45kg je, tapi dah berjaya dah tambah, cuma kena kekalkan berat yang sekarang ni lah kan, itu yang kadang2 weekend berjoging dengan jiran tu, tak pun bersenamlah sikit2 dekat rumah.


Peralatan untuk check gula dalam darah, gigil juga nak cucuk orang ni tapi mula2 je lepas tu ok dah seronok pulak jadinya, kena tengok jari orang kasar ke tak untuk.sesuaikan dengan tekanan jarum tu. Ada satu kotak strip tu tak boleh guna tanya pakcik kenapa? Kata pakcik strip dengan mesin kena sama, oh gitu ye jadi oklah dah tahu kan,nanti bawa mesin je senang masa nak beli strip tu.



Amacam ada gaya hakak ma tak hehehe, itu hakak gigil nak cucuk kpp kikiki, yang lain pulak semua dok pakat perati je nebes mak nakkk. Nebes sebab pestime dah lama jadi oklah, seronok...satu pengalaman baru, terima kasih buat bos yang pilih mama. Kata dokte dari pkd petaling tu kalau ada hospital buat aktiviti untuk komuniti kami pakar rujuk yang ada sijil ni boleh join sebagai sukarelawan dan boleh masuk skt haaa...kalau ada kat tempat mama boleh mama join nanti. Apapun memang bestlah.

Wassalam

14 comments:

  1. Alhamdulillah bagus ni kak...boleh praktik untuk sendiri dan bantu orang lain....

    ReplyDelete
  2. Wah hebatlah mama. Tahniah tahniah! Kalau kita awal2 surrender, memang tak beranilah nak cucuk2 orang ni :(

    ReplyDelete
  3. Wah satu peningkatan yg bagus nih. Tahniah mama. Nebes tak nebes lama2 nnt oklah tu.

    ReplyDelete
  4. hamboi...naik pangkat jadi MA sekarang! hahaaa

    saya pun masuk 40, terhegeh hegeh nak jaga makan kononnya.

    ReplyDelete
  5. hehehe
    lama2 dah okay lah tu kalau selalu buat

    ReplyDelete
  6. heheh ada gaya ada gaya.. tapi jujur kalo tengok kit docs ni.. terus seram sejuk. hehe.. memang psychology fail betul penakot serba serbi hehe..

    ReplyDelete
  7. Wah, senang kan kalau tau nak cek sendiri. Kak Sue dah lama dah tak cek semua tu. Sejenis orang yang penakut jarum.. hahaha.. πŸ˜‚

    ReplyDelete
  8. bagus jugak ada ilmu ni..boleh bantu diri sendiri dan orang lain

    ReplyDelete
  9. Ana dulu selalu check sendiri tahap gula tu kak. Tp lepas tu senyap je xcheck2. Last buat Full medical check up last august. So far alhamdulillah semua ok. BP setiap minggu check sbb ada mesin kt umah. BMI?? Failllll. Haha

    ReplyDelete
  10. Pengalaman yg sgt berharga dan menarik ni.. πŸ‘πŸ‘
    Mula2 mmg nebeskan, bila dah biasa.. Seronok jadinya..
    Masa subjek biology kat sekolah dulu, ada la kena cucuk jari ni. Tapi bkn pakai mesin tu, mata jarum nya bentuk segi tiga leper. Jenuh nk cucuk jari sendiri, x keluar2 darah. Bila member cucuk kan, ira terus pengsan.. Haha.. Phobia dgn darah, patut la x dpt jd dokter. Cita2 kemain nk jd dokter. Hihi..
    Best la.. Lps ni kak lah blh jd sukarelawan. Seronok dpt buat keje amal.

    ReplyDelete
  11. Up sikit dari MA, akak boleh apply jadi inspektor kesihatan dah ni

    ReplyDelete
  12. Tengok sis buat gini, teringat pula zaman kerja dekat klinik.. Seronok tau..

    ReplyDelete
  13. Wahhh kira perfectlah ek.... jangan tanya ai pasal kesihatan hokey! Ai is allergic hihi...

    Kita ada check bp tu kat rumah. Bawah tinggi sikitlah... maklumlah obes kan huhu

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...