Monday 5 June 2017

Ramadhan di kampung

Assalamualaikum...

10 ramadhan dah kita hari ni, sekejap rasa masa berlalu. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk berada dalam bulan yang mulia ini. Syukur juga kerana minggu lepas.dapat berbuka dan bersahur bersama keluarga en.azmi dikampung. Sedikit ralat sebab tak pergi berjumpa adik mama dikampung entah apa yang dimakannya untuk berbuka dah la hari tu ada masalah kesihatan.InshaAllah raya nanti berjumpalah... Tahun ni raya kat kampung mama dulu..yeayyy hehehe.

Sesiapapun akan seronok beraya dikampung sendirikan tapi itu tak bermakna beraya dirumah mertua itu tak seronok. Sama saja seronoknya. Cumanya bila beraya dikampung sendiri itu lebih memberi kegembiraan kerana disitulah kita menyambut ramadhan dan syawal sejak dari kecil lagi. Dirumah itu jugalah segala kenangan bersama arwah mak dan ayah terbina,mana mungkin dilupakan. Berebut nak bersalaman dipagi raya sambil bercucuran airmata, walaupun pagi kau mohon maaf, tengah hari kau dah buat silap lagi hehehe...ok itu kenangan jangan dilupakan.

Di kampung jumaat pagi mama habiskan kerja-kerja menjahit langsir. Seronoknya langsir dah siap jahit, paling best sebab mama jahit sendiri. Tak sabar nak gantung ni, tunggu basuh dulu, semalam balik tak sempat basuh, petang ni mama basuh,cuti hujung minggu ni bilehlah kerah en.azmi gantung langsir..hehehe tak perlu tunggu syawal kita raikan kemeriahan dalam ramadhan ni jugak, nanti barulah terasa semangat syawal sambil mama buat biskut raya. Petang jumaat pula mama bergilir dengan wan jaga si budak tecit khalish tu. Mama ambik giliran bila tiba time masak untuk berbuka hahaha...nampak tak taktik tu? Taktik untuk tidak memasak maka kita jaga anak buah.


Adelya asyik nak cium baby khalish je, suka sangat dia dengan baby siap suruh bawa balik lagi tu...haii kalau bawa balik jenuhlah mama, yaya pun manja kadang nak berkepit je. Lama juga mama tak pegang baby kecik nih. Tapi alhamdulillah ok la tak kekok pun mama pegang khalish. Dah sebulan pun khalish ni.

Sabtu pagi..en.azmi bersihkan kawasan.rumah. Biasa abah mertua yang buat tapi sejak kakinya sakit segala kerja agak terbataslah, itupun tak boleh duduk diam juga ada je benda nak dibuatnya. Tengok en.azmi cakar sampah mama pun pergilah tolong juga, lama juga mama tak buat kerja cakar-cakar dan sapu sampah nih, berpeluh-peluh dibuatnya..haaa sihat mama dapat keluarkan peluh. Kalau kecik-kecik dulu memang selalu la buat kerja menyapu sampah ni. Ye la keliling rumah penuh pokok, daun-daun memang banyaklah itu yang perlu disapu selalu. Itulah sebabnya kecik-kecik dulu sihat, banyak keluar peluh main pun permainan lasak.


Jauh je nampak en.azmi tu, dok gergaji pokok rambutan, masa ni mama dah duduk rilek je melepaskan lelah, dah remaja terlewat ni buat kerja sikit pun penat. Buat kerja sikit rehatnya lebih. Biasalahkan nak pula bulan puasa penat buat kerja tak boleh nak makan minum pulak hahaha...adoiii teruk betul mama ye. Alhamdulillah berjaya juga bersihkan kawasan rumah. Itu je yang mampu.dibuat.pun, nanti dekat nak raya bersihkan lagi. Tu satu lagi rumah, lagi teruk nak dibersihkan nanti, rumah dikampung mama la, tak sempat jenguk hari tu kalau.tak boleh bersihkan dulu apa yang patut, takpelah.nanti buat ramai-ramai baru meriah.

Ahad selepas zohor kami gerak balik telok panglima garang. Alhamdulillah perjalanan lancar, singgah dulu padang jawa hantar roadtax pada abg ipar. Kemudian teruskan perjalanan pulang. Abg adam sepanjang jalan minta nak berbuka dengan lempeng. Adrien pula walaupun tak puasa tetap nak buat permintaan "yen nak makan kuih mama buat yang hijau petak dengan ada bulu-bulu putih" ahahaha...tergelak kami dalam kereta, adrien ni macam-macam tau, bulu-bulu putih lak dia, kelapa la..hehehe dia nak.kuih lopes, kenalah mama buat lagi nanti.

Sampai rumah dalam 5.30ptg, terus bersilat dekat dapur, sekali tengok tepung dah habis macam dah malas nak.buat lempeng tapi tak sampai hati nak hampakan abg adam, en.azmi pergi juga ke kedai. Lempeng tu roti puri la sebenarnya. Dah bancuh tak sempat nak tunggu lama, terus je mama gelek doh tu,kejadiannya takdelah menarik sangat, tak mengelembung macam puri tu, tapi tetap mama bangga 5 keping puri tu habis anak-anak makan. Abg adam memang makan sungguh, tak sia-sia mama buat bila tengok abg bersungguh makan, sebab tu.lah mama tak sampai hati nak hampakan permintaan anak-anak, cuma untuk adrien kena buat lainkali sebab kuih lopes tu.lama sikir nak membuatnya.


Abg adam yang rajin menolong didapur. Tolong gelek puri. Mama takde peralatan lengkap penggelek pun takde guna anak lesung je, kena beli juga nanti penggelek tu senang nak buat kerja. Menu semalam memang ringkas je menggunakan apa saja yang ada maklumlah dari kampung,lauk memang dah habis dekat rumah, nak pergi beli petang tu memang takdelah jadi kita cukup sekadar dengan sambal telur dan ayam goreng untuk.berbuka. Ada pula jiran hulurkan roti jala. Kuih-muih ada sedikit en.azmi beli di bazar. Alhamdulillah semuanya habis dimakan. En.azmi kalau berbuka memang suka makan.kuih, kalau hari bekerja tak sempatlah mama nak buat jadi dia beli saja, yang penting jangan membazir sebab mama ni perut memang nak nasi kalau berbuka, tak bolehlah makan kuih je nanti solat gigil kaki hahaha.

Yang buruknya perangai mama ni, kalau dekat rumah boleh je bangun awal sediakan sahur tapi kat rumah mertua, mata bagai digam-gam je jam bunyi pukul 4 buat tak tahu je, kalau bangun pun boleh pulak lelap balik, pukul 5 baru bangun ke dapur, tengok-tengok semua dah terhidang, mama pun bersila je...haiii teruk sungguh, tapikan memang macam tu la mama sejak dari mula kawin pun heheh,kalau bangun awal pun mama jadi pemerhati je, rasa tak tahu nak buat apa, tapi kalau takde orang kat dapur mama pandailah bergerak kikiki, tak reti kalau ada yang memerhati.

Wassalam

12 comments:

  1. Sekejap ajekan dah 10 Ramadhan. Tau-tau dah nak raya ^_^ Kiranya AA semua persiapan pun buat sendirilah di rumah baru ya. Saya sendiri belum lagi bertukar langsir. Nantilah nak raya baru pasang langsir. Tak beli pun, pakai yang sama juga. Malaslah nak menempuh jem membeli-belah sewaktu Ramadhan ni. Tak larat haus nanti. Hahaha!

    Saya pun masak macam biasa juga. Tak mahu membazir. Kalau tak jumpa nasi, memang gigilkan AA. Mahu tak dapat solat tarawih. Sampai Isyak je dah tak larat. Hehehe... memang banyak songeh tau orang tua berpuasa ^_^

    ReplyDelete
  2. Hehehe.. cam sama je karekter kita kak bila kat umah MIL.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Dah 10 hari berpuasa. Tak sedar kan. Rasanya samalah jika balik kat rumah MIL. Sahur dah terhidang, kita tinggal makan je hehe

    ReplyDelete
  4. Hihii..bertuahnya menantu.Akak ni pun kalau anak dara akak balik pun tinggal makan sahur je dorang.Rasa lebih selesa kalau akak yg masak sendiri.
    Bagi akak berbuka tak kisahlah ada nasi atau tidak ,janji perut kenyang ...tapi abang pasti cari nasi dulu samada sahur atau berbuka.
    Adrien kelakar lah ,kuih bulu2 putih...hihii.

    ReplyDelete
  5. Pandai mama jahit langsir ye. Nak tempah bole :p

    Seronok kan dapat berbuka dgn keluarga, tak kisah belah mana pun kan. Kita hari2 berbuka dgn Mak tapi moment berbuka di kampung tetap dalam ingatan.

    ReplyDelete
  6. seronoknya bila tahu menjahit...
    nieyl nak belajar..smpai hari ini x pergi²..

    ReplyDelete
  7. bestnye pandai jahit langsir sendiri.. e'in tak prepare ape lagi pun kak untuk raya.. huhu.. tahun nie raya dengan MIL dulu sebab last year raya tengah pantang.. hihi

    ReplyDelete
  8. Hahaha..
    Topik hangat tu.. "part sahur umah Mil".
    Takpe.. next time pkl 12 before tido dah stand by..
    so pepagi tinggal perhangatkan.
    Dpt masak sardin ke.. sambal blacan pun jadik la. Itu klu sayalah dulu2.. now tinggal kenangan. 😉😎😎

    ReplyDelete
  9. untung kalau pandai jahit langsir. permulaan puasa hari tu saya pun balik kampung, tapi tak la lama sangat

    ReplyDelete
  10. Balik kampung memang seronok. Tak kira belah mana-mana kan.

    ReplyDelete
  11. Bestnya dpt berbuka puasa dikampung..
    Rindu pula akak pd arwah mak dan abah..
    Dah 2 tahun tak lagi berbuka di kg..
    InsyaAllah sabtu ni baru balik kg en suami utk berbuka puasa..

    CH pun sama..
    Mesti cari nasi utk berbuka dan bersahur..

    ReplyDelete
  12. Bestnya langsir da siap..
    Ira belum mula menjahit lg..

    Rajinnye abg menolong didapur..
    Untung sape dpt abg ni, rajin.. Hihi..

    Kelakar la yen ni.. Kuih hijau ada bulu2 putih ye.. Xkisah la namanya kan yen, janji mama yen tau tu kuih apa..

    Haha.. Ira pun sama.. Bangun sahur makanan da siap terhidang..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...