Monday 12 June 2017

Projek ramadhan mama

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dah 17 ramadhan kita.Macammana ramadhan kawan-kawan setakat ini? Semoga apa juga impian kita untuk ramadhan ini akan tercapai. Bagi mama sendiri alhamdulillah satu target untuk ramadhan ini telah berjaya dicapai, mengejar waktu untuk melaksanakannya tu ye lah sebelum-sebelum ini gagal dilaksanakan. Kali ini berjaya kerana anak-anak dah besar dan boleh buat hal sendirikan.

projek langsir ramadhan mama juga berjaya yeayy... Gigih menjahit dikampung hari tu, pagi semalam pun menjahit lagi langsir untuk bilik. Siap juga akhirnya..lepas tu terus paksa en.azmi gantung langsir..ohoiii terasa lagu raya bergema menghiasi ruang rumah ahaha. Sungguh lah nampak berseri rumah bila pasang langsir. Langsir mama bermotifkan warna pink purple, nampaknya suami mama abam sado en.azmi tu terpaksa terima dengan redha pilihan isterinya dah dia pun kata ikutlah...bila mama tanyakan, jadi kita pilih ikut suka hati sendiri.



Langsir bilik..semua mama jahit sendiri, bolehla daripada takde jahit simple-simple je, amacam ok tak? Ada yang nak komen? Dialu-alukan hehehe. Setiap bilik dan pintu lain corak langsirnya hahaha konsep masyarakat majmuk, tapi kaler masih pink dan purple. Jangan ada yang pening tengok dah la, tapi dari pandangan mata mama ni oklah juga..ye la sendiri yang pilih haruslah kata ok kan. Ehhh memang ok dah ni. Ok tinggalkan.cerita langsir lega semua dah settle.


Ini pagi tadi gigih sorang-sorang menyimpul kasih heheh..biasa buat bentuk biasa je, kali ni cuba buat popia simpul pulak. Lenguh juga tangan menyimpul, tapi bila dah siap lega rasanya dapatlah sebekas besar juga. Banyak biskut raya mama ni campur dengan yang beli. Minggu depan ada lagi projek biskut raya, biskut apa nak buat tu kena tunggu dulu la heheh, bukan apa kang dok gebang lebih-lebih last-last malas nak buat kan dah malu sendiri. Tapi bahan tu dah beli la, berkobar semangat mama ni sebenarnya nak buat biskut.


Ini projek yang tak dirancang, selesai menyimpul popia kerjakan kayu kayan yang ada pula maka jadilah benda ni, tempat letak payung dan rak kasut. Macam biasa idea mama, yang membuatnya tentulah abam sado mama tu, ada lagi yang mama paksa en.azmi buat, balik dari bakeri terus paksa en.azmi bertukang heheh..mujurlah en.azmi tu mengikut je apa isteri dia ni suruh, apa taknya kalau tak diikut mau muncung sedepa mama ni kan. Nak tak nak ikutlah juga. Puashati okeh bila apa yang mama nak berjaya dibuat, tapi tak boleh tunjuk lagi sebab belum sempurna kejadiannya kalau dah cantik nanti mama tunjuk ye..ehh ada yang nak.tengok ke?

Ok lah mama berenti dulu, nak menggoreng ayam untuk anak bujang mama pula.

Wassalam

6 comments:

  1. Cantik langsir tu mama. Berseri2 rumah mesti tak sabar nak raya kan :)

    Kita pun dah start buat kuih raya, cornflakes madu je pun hehe

    ReplyDelete
  2. cun nya color langsir akka... suke dana ngn warnanya....

    rajin akak bt popia pintal tu yek... dana, thn ni tahun mls... tak buat apa2...
    beli pun tak banyak mana... entahla thn ni tahun sederhana rasanya

    nk supink pun tak berapa nk rajin

    ReplyDelete
  3. wah! tema raya tahun nie purple ke kak?

    ReplyDelete
  4. langsir dah siappp :) Favourite colour lah purple ni

    ReplyDelete
  5. cantik langsir tu kak...bab menyimpul tu kak,irda surrender awal,lenguh..kuat kan hati ibu,untuk anak-anak ibu-ibu ni sanggup bersusah payah,sedangkan bagi kita apalah maknanya raya lagi bila usia semakin bertambah,tapi bagi golongan maka-maka mereka tetap gigih untuk anak-anak mereka merasa suasana raya.

    ReplyDelete
  6. terbaik la AA. semua buat sendiri.
    memang rasa puas kalau buat sendiri. aida tau perasaan tu.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...