Thursday, 22 June 2017

Cerita sebelum raya

Assalamualaikum...

Beberapa hari lagi tetamu kita akan pulang. Moga kita akan bertemu lagi dengan tetamu kita ini untuk tahun-tahun yang akan datang inshaAllah. Terasa sekejap je tetamu ini bertamukan, dah nak balik pun. Tak lama lagi nak bertemu syawal pula, macammana persiapan untuk menyambut syawal?



Mama tahun ni persiapan untuk anak-anak je, mama dan papa pakai baju yang sedia ada je sebabnya tahun ni beraya di kampung mama dulu, semua adik-beradik berkumpul jadi kami dah sepakat yang gigirl nak sedondon warna merah. Mama dah ada baju warna merah yang mama jarang pakai jadi malas pula nak tambah koleksi warna merah sebab mama nih bukan penggemar warna merah sebab warnanya menyerlah sangat ekekeke, kalau gigirl merah boboiboy tak kisah kaler apa, mulanya nak hitam tapi en.azmi taknak jadinya tukar grey, tapinya anak-anak je lah greynya papanya tak tahulah nak pakai grey ke merah sebab baju melayunya ada dua-dua warna tu...haaa kan dah jimat heheh.

Raya mana tahun ni? mama tiap-tiap tahun pun raya dua-dua kampung sebab dekatkan. tapi untuk raya pertama tu bergilir jugalah. mula-mula kawin dulu memang raya rumah en.azmi dulu tapi lepas tu buat sistem giliran juga walaupun mama yatim piatu. Ada yang tanya yatim piatu pun tetap bergilir juga? eh mestiii sebab masih ada adik-beradikkan, pulak tu ada yang masih belum berkahwin dan mereka tetap balik kampung, jadinya mama pun nak berkumpul dengan adik-beradik, suasananya lain di hari raya bila dapat berkumpulkan, sambil mengimbas memori masa mak ayah masih ada dulu. berebut-rebut nak bersalam, berebut-rebut makan kuih raya.

Alasan lain yang membuatkan mama nak bergilir sebab anak-anaklah, anak-anak macam tak berapa je nak balik kampung mama dulu, ehhh bikin mama sentap okeh bila ajak balik kampung mama je semua tak mahu, nangis je mama dalam hati. ini tak boleh jadi anak-anak perlu juga tahu yang mereka juga ada kampung lagi satu walaupun tok dengan wan dah takde. Bila anak-anak dah makin besar ni barulah mama terangkan pada mereka tentang kampung mama dan tentang wan dan tok yang dah tiada. sikit-sikit mereka fahamlah tapi sebab dah jarang balik mereka jadi tak suka jugakan nak pulak rumah tok sebelah papa ada wifi seronoklah mereka dok layan youtube dari pagi sampai malam ehhh geram je mama tau, orang balik kampung pergilah kejar ayam itik kat tanah sana, kenal kampung sikit, pergi panjat pokok ke apa, ini nanti pokok pun tak reti panjat tengok mama nih pokok kelapa pun boleh panjat..ehemmm itu dulu la sekarang tak larat dah nak membawa badan panjat pokok.

Hari tu ada kawan mama dok bercerita sedih...dia pun yatim piatu tiap kali raya memang balik kampung suami, tapi kali ini adik-beradik telefon suruh balik kampungnya. mama cakap baliklah tapi janganlah tak balik kampung suami pula. esoknya dia gembira cerita nanti lepas balik kampung suami dia akan balik kampungnya pula, tak sabar nak balik jumpa adik-beradik katanya. ye lah bukan tak berjumpa dekat sini, macam mama jugalah dekat sini pun berjumpa adik-beradik siap berkumpul buka puasa sama-sama lagi tapi ye lah suasana di hari raya itu lainkan bila kita dapat berkumpul adik beradik nak pulak di rumah peninggalan arwah mak dan ayah, suasana sayu dan gembira terasa. duduk masak-masak sambil imbas kenangan lama best wooo. walaupun jauh disudut hati sedih dan hiba tapi inilah suratan takdir, redha dan sabar sajalahkan. selalu terbayang alangkah seronoknya kalau saat ini mak dan ayah masih ada tentu gamat seisi rumah kalau nak raya.

Teringat rendang ayam mak, lemang ayah. Sehari menjelang raya mak dah sibuk membuat rendang ayah pula membakar lemang, sedap lemang yang dibuat ayah, ada jiran-jiran yang order. sayangnya kami tak sempat nak ambil ilmu dari ayah cara buat lemang, boleh je nak buat tapi mesti tak samalah macam arwah ayah buat, part jaga api lemang pun satu hal, panasnya la hai tapi seronok. mama tolong jugalah sikit-sikit, rendang pun pandailah juga hasil dari tengok arwah mak buat jadinya sampai sekarang tender buat rendang untuk raya mama lah orangnya. ini nanti sabtu baru balik kampung ohoii sibuklah mana nak kemas rumah masa nak masak lagi, tapi takpe kita buat sama-sama. nampaknya tahun ni kena terus balik kampung mama dulu la, teringin juga nak berbuka puasa di kampung mama, hari tu dah balik berbuka dikampung en.azmi kira adillah kan heheh. Lagipun kami tidur pun semalam dua je dikampung mama selebihnya memang dekat rumah en.azmi sebab raya kedua adik-beradik yang dah kawin pergi rumah mertua pula yang bujang pun cuti tak lama, takpelah dapat sekejap je dikampungkan asalkan balik juga.

Hari ni mama dah last kerja masuk lambat sikit ambik time off sebab nak ke pasti adrien ada perjumpaan ibu bapa untuk.ambik buku rekod periksa yang lepas.entah apa la result adrien ni nanti ye. Apapun resultnya tak kisahlah yang penting dah pandai menulis, membaca dan mengira, ada juga yang dia kata tak sempat jawab sebab mualimah dah suruh berhenti hehehe...lambat sangat nak jawab siapa suruhkan. Tengah menunggu 8.30 ni bosan pula mama. Jiran-jiran ramai juga yang dah balik kampung, kami ni sabtulah balik nampaknya, disamping mama nak settlekan kerja rumah jumaat tu en.azmi pun kena kerja juga sampai jumaat tu, takpelah kita tak payah kalut-kalut. Kalau jalan sesak pun apa nak buat memang itupun yang berlaku tiap-tiap perayaan, layan sajalahkan setahun sekali je kan.

Selamat hari raya dari kami 


Dikesempatan ini mama nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. Selamat balik kampung, berhati-hati dijalanraya.

Panjang pula celoteh mama ni ikutkan nak sambung lagi kang ada yang muntah membacanya, lagipun dah 8 lebih ni eloklah mama ke pasti dulu, lepas ni nak masuk ofis pula. Oklah... Sehingga bertemu lagi

Wassalam

12 comments:

  1. Bgs jgk kan kak, walaupun mak ayah dh takde bkn semestinya tak blh balik time raya kan.. jumpa adik badik sama2 pun seronok jgk kan... ttp boleh bergilir jgk kan...

    mcm adik badik abah, ttp dtg beraya umah kami walaupun arwah nenek n atuk dh takde, dulu mmg wajib diaorg balik kg sbb nk tgk arwah tp walapun skrg dh takde, mmg kunjung mengunjung sesama adik badik tu ttp ada...

    dana pun last day keje arini kak, tp dr ptg smlm rasa tak sedap badan, ingat nk amik halfday balik nk pi kinik jap...

    selamat hari raya maaf zahir batin ye kak... klu selama berkwn ni ada gurau senda dana yg menyinggung hati akak

    ReplyDelete
  2. SELAMAT HARI RAYA YAN N FAMILI

    ReplyDelete
  3. selamat menyambut hari raya..
    Maaf zahir dan batin..

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya kak.. mohon maaf untuk segala salah silap ye..

    ReplyDelete
  5. Eid Mubarak akk ucapkan buat mama Yan sekeluarga. Samalah akk pun last semalam keje, so Hari jumaat bolehla rehat sikit smb kemas3 rumah, acah2 buat kuih Raya sikit, jeles gak tgk kuih Raya mama dh berbalan 2 kan, hihi.

    Samalah akk pun walaupun mak dah tkde ttp juga ada gilir2 balik kampung, ank2 teruja juga nk blk kg arwah tokma walaupun tokma takde, yelah..tokma tu baik sgt dengan dorang dulu.

    Akk juga nk amik kesempatan utk mengucapkan Salam Aidil Fitri, maaf Zahir Batin.

    ReplyDelete
  6. Betul juga tu Mama AA...
    Walaupun emak ayah dah takde..
    memanjangkan silaturrahim pada darah daging dan sahabat handai org tua kita yg telah pergi pun sesuatu yg dituntut agama.

    ReplyDelete
  7. Selamat hari raya aidilfitri kak lah..
    Walaupun mak ayah dah takde, kena juga beraya di kg sendiri kan? Nk juga berkumpul adik beradik pagi raya..

    Dulu2 masa kitaorg kecik2 sbb kg dekat2, boleh la kejap ke kg mak, kejap ke kg abah. Tapi disebabkan kami ni xde kete, harap pak cik la hantar/jemput. Kalau xde sape, kami angkut la naik motor. Pernah juga beraya asing2 dgn mak abah. Kitaorg balik dulu dgn pak cik, mak abah balik kemudian. Mak blk kg mak, kitaorg pak cik bwk kg abah.. Punya la tak bestnya beraya mcm tu.. Org lain ada mak ayah, kita pandai2 la bwk diri..
    Huhu..

    Selamat balik kg ye.. Hati2 dijalan raya..

    ReplyDelete
  8. salam aidilfitri buat akak dan keluarga.. cantiknya gamba latar belakang sawah tu..sejuk mata memandang.. :)

    ReplyDelete
  9. Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin ye AA😊

    ReplyDelete
  10. time raya ni kena lah berkumpul adik-beradik walaupun mak ayah dah takde.yang penting suami mama memahami dan tak berkira.budak-budak tu nanti lama-lama diorang fahamlah.raya jangan monyok sis. ;)

    ReplyDelete
  11. Logik jugak alasan tu Azra....Takkan asyik nak balik kg dia je.... Nak gak berkumpul dengan adik beradik sendiri ek... Seonok tu mmg lain macam sikitkan ...
    Sokong sokong ! haha....

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...