Thursday 8 September 2016

Simulasi Haji Cilik

Assalamualaikum...

Semalam sempurnalah sudah program simulasi haji cilik buat anak-anak soleh mama adam aryan dan adrien aryan. Sebenarnya mama yang beria nak anak-anak join program nih, pada hal masa nak membayar tu bajet tengah kureng, siap mama wasap tecer minta tangguh untuk buat bayaran tapi tecer kata tak boleh tangguh...tetapi dengan baik hatinya tecer dahulukan duit dia bayarkan untuk anak-anak...alhamdulillah syukur sangat, dapat gaji je terus mama bayar...kalau ada yang tanya kenapa en.azmi tal bayar??? Haa kami dah agihkan mama perlu bayar apa dan en.azmi perlu bayar apa, yang remeh temeh ni mama yang bayar,untuk perbelanjaan besar en.azmi yang bayar,jadi tak perlu kacau bajet en.azmi hihihi.

Disebabkan semangat nak anak-anak join simulasi haji tu, sanggup pula mama ambil time off pagi semalam,masuk ofis lambat sikit. Alhamdulillah rahmat Allah turun dipagi hari, mungkin cuaca akan sedikit redup takdelah anak-anak mama berpanas sangat nanti. Mama ambil time off bukan apa sebab kena pakaikan.kain ihram untuk anak-anak, takde pengalamankan tecer hantar video cara pakai kain ihram, berpandukan video itulah mama pakaikan kain ihram anak-anak, siap beli pin napkin tu mama pinkan kain tu supaya tak terlucut. Abang adam mudah sikit nak pakai seban kain tu ngam dengan abang tapi untuk adrien terpaksa dilipat sebab terlalu labuh..hehehe

Sayu rasa hati mama tengok gambar ni...moga inilah bakal imam yang akan solatkan jenazah mama satu hari nanti inshaAllah...

Adrien cakap seronok dapat pergi haji dapat baling batu, rambut digunting sedikit, abang adam pula sedikit tak seronok katanya orang ramai dan panas, haaa...mama pun mulalah nak bagi tazkirah ringkas dekat abang adam...itu baru sikit panasnya abang, nanti kat padang mahsyar lagi panas, matahari tu dekat je atas kepala kita, kalau kita solat, buat nenda baik-baik, inshaAllah kita akan sejuk..jadi abg kenalah solat, dengar cakap mama, cakap papa, jadi budak baik...lepas tu terus abg ambil wuduk solat maghrib...mencabar juga nak mendidik anak-anak nih.

Abadikan sedikit gambar anak-anak yang dikongsikan oleh tecer.

Jemaah cilik sebelum berlepas menunaikan haji


Seronok.anak-anak ada tecer tolong payungkan


Abang adam cop.buku

adrien muka tu macam.takde perasaan je

lepas selesai setiap rukun buku akan dicop

Abang sempat lagi study sebelum meneruskan rukun haji yang seterusnya, muka nampak  macam dah penat tu

Melontar jamrah..ini yang adrien suka sangat nak baling syaitan katanya


Anak-anak soleh mama bakal imam inshaAllah..


Mama dulu tak dapat lalui semua ini, jadi untuk anak-anak jika ada program macam ni seboleh mungkin mama nak anak-anak sertai, moga apa yang dilalui anak-anak mama semasa program ini sedikit sebanyak dapatlah anak-anak tahu mengenai ibadah haji dan inshaAllah moga satu hari nanti kita semua dapat ke Makkah tengok kaabah ye adrien.

Pastinya pengalaman yang sangat berharga buat anak-anak mama.

Wassalam

19 comments:

  1. dalam hidup ni memang perlu dikongsi,,kadang-kadang en,suami dah kelaur banyak belanja,lainlah kalau suami memang berkemampuan terlebih-lebih.hanya kita yang tahu..
    seronok anak-anak dapat menjalani program ni kan

    ReplyDelete
  2. sekolah aiyan pun ada join... tp bdk2 yg umur 6thn je yg join...
    msti seronok lah bdk2 tuh kan...

    ReplyDelete
  3. Pendedahan awal yg sangat baik
    Tapi sekarang ni kalau nak tunaikan umrah atau Haji sentiasa ada saja kursus dan praktikal dijalankan. Yg penting niat kena ada dan buka hati seluas-luasnya utk sama-sama berada di taman ilmu begini.

    ReplyDelete
  4. Seronok anak2 dpt pengalaman mengerjakan haji..
    Untung ada bakal imam.. semoga menjadi imam dan ank2 yg soleh ye adam & adrien.. bagus program mcm ni..

    ReplyDelete
  5. SUKANYA TENGOK ANNAK2 KECIL BERSEMULASI HAJI..PENDEDAHAN AWAL TNTG RUKUN ISLAM KE 5

    ReplyDelete
  6. Inilah program yang saya nampak tunjuk kat TV masa tengah breakfast beberapa hari/minggu lalu. TV kat foodcourt tu tak bersuara jadinya saya tak tahu details pun. 'Sejuk' hati bila tengok anak-anak ni pakai ihram. Kalaulah anak-anak saya dapat turut serta juga!

    Ini di Shah Alam ya, AA?

    ReplyDelete
  7. Bagusnya anak2 dah didedahkan dengan panggilan haji ni..baru diorang rasa betapa bestnya pergi menunaikan haji tu kan..

    ReplyDelete
  8. Terfikir2 gak sebelum smp tu nak mencari anak2 mama yan, tapi bila dah smp sana, dgn ramainya, dgn hujannya, dah terlupa semuanya. Nak pegang phone snap gmb pun tak sempat.
    Datang perasaan dlm hati akk ni, bilalah dpt peluang utk ke sana..terutama bila ikut tawaf ngn bebudak tu..moga ada umur akk ke sana.

    ReplyDelete
  9. Beruntung ank2 skrg, kecil2 dh di ajar bersemulasi haji ni..
    Sklh ank2 kak nur bilalah nak buat, patut diajar ni, satu pengalaman yg berharga ni

    ReplyDelete
  10. tanamkan impian sebegini pada usia yang awal sesuatu yg bagus kak yan.
    inshaAllah akan diterapkan didikan yg sama pd anak sy nanti.
    ^_^
    anak kita, harapan kita.

    ReplyDelete
  11. seronok ya, anak2 ada pendedahan macam ni. kalau ada kat KK ni, boleh jugak hantar anak2 join.
    dulu2 zaman akak sekolah pun ada tau, simulasi haji ni tp pakai baju sekolahlah. buatpun kat perkaranagn sekolah je utk belajar subjek agama.

    ReplyDelete
  12. Salam Jumaat. Seronok anak2 skang dapat peluang belajar sedari kecik ni. Menanam semangat mereka utk ke sana juga satu hari nnti insya allah

    ReplyDelete
  13. irda pun rasa sayu bila tengok pic anak akak..alangkah indahnya ada anak lelaki kan kak,nanti kita jadi jenazah dia boleh imamkan solat kita.allahu..sebak irda...tahniah kak.moga anak-anak akak menjadi seperti yang akak harapkan..insyaALLAH amin..

    ReplyDelete
  14. menarik program ni, tengok ramai juga kawan2 share kat fb.

    ReplyDelete
  15. Pehhh mmg terbaik ada program mcm ni

    ReplyDelete
  16. Seronok depa kan dapat merasa naik haji walaupun olok olok...hihi...
    Si abang nampak kuyup rambut tu berpeluh ek...

    ReplyDelete
  17. Alhamdullilah untuk program sebegini. Di usia yang muda diterapkan pengajaran yang berguna kepada anak-anak. Insyallah. Moga anak-anak akak membesar dengan baik dan menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin.

    ReplyDelete
  18. seronok kan mama dapat tengok dorang buat program macam ni. sayu hati je tengok tetiba terbayang kalau betul kan

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...