Monday 30 November 2015

cameron highland - day 3

Assalamualaikum...

malas mama nak tunggu lama-lama cerita pasal cuti-cuti cameron nih, habiskan terus untuk hari ketiga.tapi ada lagi nanti untuk entri penginapan dan muzium 3D hehehe...

malam kedua kami ke pasar malam brinchang, walaupun hujan kami redah jua, mama bukan nak cari apapun cuma nak cari t-shirt untuk kami anak-beranak, tapi terbeli jugalah topi untuk anak-anak, ok lah waktu hujan sesuai juga dipakai, laju je mama dan buah hati jalan cari kedai menjual baju. jumpa satu kedai terus borong kat situ je, baju mamapapa dan anak-anak cukuplah sehelai sorang sebagai kenang-kenangan kan...

selesai membeli baju, baru follow wan dan adik-adik ipar membeli barang-barang lain teh, coklat dan barang-barang lain lagi, mama follow je sebab tak tahu nak beli apa lagi.


hujan malam tu semua berpayung, abang adam pula luka lututnya sebab terjatuh, walaupun hujan orang tetap ramai, mama tunggu dari jauh je melihat wan adik-adik ipar membeli barang.

esoknya selepas check out kami singgah makan dan membeli belah lagi di satu tempat macam pasar yang mama tak tau apa namanya, atas sikit dari kea farm atau memang termasuk dalam kea farm tu...hehehe tapi memang ramailah orang berenti membeli barang disini, mama juga rembatlah juga teh dan coklat sebagai buah tangan untuk orang terdekat.

selepas membeli belah kami tuju ke bee farm..sayangnya tak dapat pun tengok lebah sebab hujan, jalan nak turun ke bawah tu licin kang ada yang terlentang hahaha, mama la takut terlentang so kita duduk je dekat atas, kemudian bersalam-salamam untuk balik, kami berpisah dengan family in law dekat bee farm tu, mereka balik ikut koyan kami balik ikut simpang pulai.



bunga ini menarik hati mama juga, ada bermacam-macam warna, diletakkan bergantungan sepanjang jalan semasa dalam big red strawbery farm yang mama pergi semalam...hahaha saja mama nak share juga bunga ni sebab cantik..

berakhirlah percutian 3 hari 2 malam kami di cameron highland, moga semua berpuashati dengan percutian ini. walaupun pergerakan terbatas tapi tempat yang hendak dituju tu dapatlah juga masuk, cuma ada lagi beberapa tempat yang mama nak pergi masih tidak dapat pergi, mungkin lain kali jika ada kesempatan boleh pergi lagi kan, mama dah usha-usha hotel yanga da berdekatan situ, mungkin boleh pergi untuk honeymoon ke...hehehe

oklah sampai ketemu lagi

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

18 comments:

  1. Terima kasih belikan aimy topi..
    Kalau ikutkan banyak lagi tempat yang tak singgah..
    Baru ni ada terbaca pasal S'corner.. katanya kat situ brg murah2..
    dpt tau psl tmpt tu pun lps da balik dari cameron..
    next time kalau pegi lagi blh la cari tempat tu pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama...

      aah banyak lagi tempat nak singgah sebenarnya, mujur juga amik 3hari 2 malam dapat juga pergi banyak tempat kalau semalam je, mesti tak sempat nak pergi

      Delete
  2. 3D muzium cepat2 update nak tahu jugak apa yg best

    ReplyDelete
  3. kak kalau nak pegi lagi sila pegi bukan musim hujan. dekat sana ada rumah peranginan untuk kakitangan semalam RM50 tak silap. tapi tula kena selalu check kekosongan dia. murah je kan. rumah tu tak jauh pun tanah rata

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke kira, akak ni tak pernah check pun rumah untuk kakitangan...hehehe, murah tu rm50 je semalam

      Delete
  4. penah pg ke CH akhir tahun mmg lah ujan je kejenyer... sejuk toksah cakap lah bila dh asik ujan je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa akak pergi ni hujannya sekejap2, sejuk tu memang la, gigil kena air

      Delete
  5. nampak apdet pasal cameron teringin plak nak pegi..
    dah sampai sana cam bosan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang suka bunga2, strwbery tak bosan la macam akak ni...hahaha

      Delete
  6. klu tak hujan , mesti seronok jln2 kat pasar brinchang tu ...

    ReplyDelete
  7. Haha. Hujan pun kemain seronok tu kurang kat sana. Ok sangatla tu ya. Kalau pergi ramai2 memang syok snagatla.. sian abang adam ya, arap lututnya dah ok ya.. biasalah budak2 ya..

    ReplyDelete
  8. thn depan da inform mr.asben, aida nak ajak dia gi CH lg skali.
    another 2 nights :)
    ari tu gi musim ujan. best tapi lebih best kalau x ujan :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...