Friday 6 November 2015

Dapur penyet

Assalamualaikum....


Hari ni kita jalan-jalan cari makan lagi...hehehe tak abis-abis makan ye, okeh memandangkan hari ni jumaat rehatnya lama dan mama pun tak bawa bekal hari ni, moh ler melayan tekak dekat kedai. Kali ni kita layan adik buyung mama sorang nih, sbeelum bersalin kita layan selera dia.

Tak jauh pun kami pergi makan, makan dekat PAS je sebelah je dengan opis mama, kedai baru buka, so jom lah kita cuba tengok sedap tak makanannya...



Nilah kedai yang baru buka tu..Dapur penyet namanya, tengok nama pun dah tahu apa menu yang tersediakan...

Masa masuk tu orang belum ramai, terus ke kaunter order makanan yang kita nak, lepas bayar dia bagi nombor, pastu pergilah cari meja mana yang kita nak duduk.

Itu lah gambar yang sempat mama ambil, signboard pun nampak sipi-sipi je sebab mama malas nak bangun snap picca..hiasa didinding adalah gambar menu yang ada dikedai tu, tenang nampak dengan suasana lampu yang suram tu kan.


Tengok adik-adik mama yang 3 orang ni over tau bila mama cakap nak masukkan dalam blog..hehehe antara menu yang kami pilih, pecel lele, ayam penyet dan ayam bakar, sedap ayamnya lembut je...takdelah mama nak potong tu sampai bergegar meja...hahaha Teh botol sorso tu...hmmm sedapnya, mama pernah minum masa pergi bandung dulu, kat sini ada jual jadi mama belilah sebotol, lama tak minumkan..kita try la.

Ok sesiapa yang nak cuba bolehlah cuba, puas hatilah kami makan...nak cari kedai ni pun senang je, terletak di ruang legar plaza alam sentral, dulu tempat ni merupakan kedai video speedy, tetapi speedy dah tutup diganti dengan kedai dapur penyet ni...haa kau sambil makan, sambil hapdate blog ker???

Makan dengan kawan-kawan sedaplah nak snap picca, semua sporting je, siap boleh ambil gambo makanan satu-satu, kalau dengan buah hati mama tu, boleh juga ambil gambo tapi dengar dulu la dia membebel...itupun nak ambik gambar ke? katanya...hehehe, tapi kalau pergi tempat bercuti, dia pulak yang lebih-lebih suruh ambil gambar, lepas tu ambil segala info yang ada, nanti senang katanya bila orang baca orang faham...bila orang cari maklumat pun senang, kalau ada info yang banyak..gituuu

Ok lah semua...selamat menjamu selera ye...

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam


11 comments:

  1. wahhh... nampak menu pun sedap2 ya sis... sy peminat tegar ayam penget.... pecel lele tu pun suka juga ..hehehe
    samalah kmi, harus lah di cuba klu ada tempat makan baru buka... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la atie kan..sedap je dapat cuba masakan dikedai yang baru, sesekali bertukar2 selera, makan masakan sendiri pun kadang2 takde idea apa nak masak

      Delete
  2. skrg saya pergi mkn kat luar xdan nk snap pic dh. mnta tlg suami, jwpn nya mcm suami akak le hikhiks.
    sudahnya x da gambar.
    saya suka mnu ala penyet ni. sejak ddk jb dlu la.

    ReplyDelete
  3. nampak sedap tu.. saiz hidangan pun nampak besar dan pastinya kenyang..

    ReplyDelete
  4. Biras saya kalau ke ioi mall suka ke dapur penyet ni.. saya setakat ni tak pernah lagi. Nampak ok dan sedap je menunya.. lain kali bolehla kami pulak try..

    ReplyDelete
  5. sedapnya...
    biasa mkn kt ayam penyet AP je...

    ReplyDelete
  6. dap nyer... da le tgh lapar ni hah...
    kat melaka ada satu kedai yg kami suka gi.
    ayam penyet.
    aida paling suka order sotong penyet :)

    ReplyDelete
  7. betul tu...kalau ada entri x de gambar agak bosan dan kurang juga faham

    ReplyDelete
  8. sedapnya ayam penyet. kat sini dah ada tempat baru yang sedap nasi ayam penyetnya. terubat rasa dengan kedai ayam penyet yang renovate tak bukak2 dah tu. nak kata tak laku tak sedap. sedap je tatau apa masalahnya

    ReplyDelete
  9. belum penah cuba...tapi nampak sedap
    harga dia ok dak kak
    ayam penyet pena makan tapi hak brand ni belum penah cuba
    manalah tau kot berubah hati en bos nak ke tempat gini...hehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...