Friday 6 March 2015

Perkongsian..


Assalamualaikum...

semalam ada ceramah keselamatan di ofis akak nih.

okeh penceramahnya sangatlah kelakar,buat kami tak kering gusi. ada ke katanya semua api boleh dipadam kecuali api asmaradana...hahaha bukan main dia bercakap walapon chinese sangat fasih okeh,siap berpantun segala.

Dalam pada gelak-gelak tu,dia menceritakan kisah ibu yang maut selamatkan anak-anaknya dari kebakaran...sobsobsob menitis jua air mata akak nih,mujur ada tisu ditangan dicover pulak dengan selsema jadi mungkin takde siapa yang perasan akak menangis,Ya Allah..pengorbanan seorang ibu kan sanggip gadaikan nyawa sendiri demi selamatkan anak-anaknya,akak pasti semua ibu pun akan melakukan sedemikian..sayangkan anak-anak melebihi nyawa sendiri,lepas tu biras lak share satu kisah sedih lagi..bertambah sedih lah akak dibuatnya...selalu akak mohon agar usia ini dipanjangkan, jika nak ambil nyawa akak biarlah masa anak-anak telah faham erti hidup ini...

ok cukup kisah sedih,kalau berlarutan mau gugur lagi airmata akak ini.

Akak rasa mungkin ada yang sudah tahu,tapi akak share juga disini.

Kebanyakan kebakaran yang berlaku sekarang adalah disebabkan oleh litar pintas..kita terlalu banyak menggunakan elektrik..jadi

semasa tido jangan charge henpon dan powerbank,kerana ia akan mengambil masa yang lama, ini disebabkan bila kita tido kita dah tak terbangun lagi untuk menutup suis charger tersebut dan kita akan on suis itu sehingga 6-7 jam,ini merbahaya.api yang paling dasyat adalah api dari litar pintas kerana kita tak sedar akan kebakaran yang berlaku,bila kita sedar api telah besar.

Bila kebakaran berlaku,pembunuh utama bukanlah api tetapi asap,setiap rumah perlu ada alarm detector kalau boleh la kan...hehehe akak pun takde juga,dalam kereta pun sepatutnya disediakan alat pemadam api,bukan yg besar tp yang kecik je,mungkin ramai yg dah ada tapi akak belum ada.menakutkan bila dipertontonkan video kebakaran dalam kereta,dengar orang menjerit2 minta tolong,rasa sedih sangat..

banyak lagi yang dikongsikan sebenarnya,setakat ini itu je yang akak ingat.

itu je perkongsian akak moga bermanfaat untuk semua.apapu yang penting kita berhati-hati..inshaAllah

4 comments:

  1. Cas masa tido tu selalu saya buat.. hoho.. ada masa saya bagun kul 3 saya cabut plug.. tapi kalau masa penat memang smapai ke pagi la casnya.. ai.. bahaya.. nak cuba elakkan

    ReplyDelete
  2. memang kak meremang bulu roma dengar orang mintak tlong yang dalam kebakaran ni huuuu bab cas tu pun adakala memang tercas lama sbb tertido konon nk tgu la smpi dapat separuh pun jd la sbb dah kong sgt2 sekali sampai ke pagi haaaa sobssss

    ReplyDelete
  3. ye saya pernah juga attend benda camni
    lampu pun boleh jadi penyebab kebakaran kan
    ada yang saya dengar tu, dia lupa tutup gas, dia on lampu aje, meletup

    apapun malang datang tak berbau, kita perlu sentiasa beringat
    nice sharing kak =)

    ReplyDelete
  4. Tq sudi share..
    lps ni x cas da masa tdo..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...