Tuesday 10 March 2015

Laman Seni Seksyen 7,Shah Alam

Assalamualaikum..

Ahad lepas bawa adelya dan adik ipar pergi ke darussyifa' berjumpa ustaz,Alhamdulillah tiada apa2 yang serius.

Selepas balik dari darussyifa' sebelum hantar adik ipar balik,en.azmi ajak lucnh dulu,hajat hati nak ke wong solo tetapi ya ampunnn..ramainya orang sampai beratur,tak sanggulah akak nak beratur dengan budak bertiga nih,terus en.azmi ajak ke kedai yang baru dibuka kat situ..tijaarah western cuisine ke apa namanya..hantam sajalah...



untuk lunch set en.azmi amik grilled lamb tu,akak ngan adik ipar amik chikcen picatta.. ada dua keping ayam tu,kenyang la makan,cuma kurang kick sebab tak pedas,akak suka kalau pedas sikit..hehehe,setiap set tu harga rm16.90 termasuk air,ice lemon tea, abg adam order fresh oren,yeyen air tembikai.yaya makan chesse cake stoberi..

sambil menunggu makanan yg lambat tiba, kami pun berjalan-jalan kat laman seni sek.7 tu, kat dinding2 bangunan tu diorang buat lukisan,menarik juga ramai yang ambil gambar,akak pun tak lepaskan peluang la...


kreatif kon2 yang digunakan masa sekatan jalan tu dorang lekat kat dinding,pastu cat jadilah macam aiskrim,sukalah budak berdua tu tengok.

  

antara gambar gambar lain yang ada.


adelya pun bukan main seronok berlari sana sini.







sebabkan adik ipar ada,makanya adalah gambar berlima..macam cantik je gambar ni,boleh framekan nih

Wassalam



6 comments:

  1. cantiknya wall seni tu... daripada kosong mengotorkan baiklah dibuat macam tu kan... yer tak... ramai pulak tu yg datang promote

    ReplyDelete
  2. bagus kan kak dinding tu cat dgn mural gitu. kita yang tengok pun takde la sakit mata sangat

    ReplyDelete
  3. rasanya student uitm yg buat tu . mcm pernah baca kat blog lain . bagus juga dapat manfaatkan seni disitu selain dpt menarik minat pelancong ...

    ReplyDelete
  4. betullah saya teka! yes! hehe
    tapi saya pun tak penah sampai...dengar cite orang aje...hehe
    yelah, cantik gambar berlima tu, boleh frame tu
    jarang nampak akak sekeluarga punya gambar =)

    ReplyDelete
  5. Sedapnya menu2 tu..
    terliur tgk gmbr..
    cantik gambar k.lah satu fmly

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...