diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Friday 27 March 2015
#kenangan mengusik jiwa1
Assalamualaikum....
terkenang semasa dulu...
hatiku merasa rindu..
Tetiba terkenang zaman dulu-dulu...zaman sekolah yang pasti punya banyak kenangan manis..
Masih relevankah nama itu?
Hahaha..okeh ini memang taktau la relevan ke tidak,tapi masih lagi ada yg panggil akak dengan nama itu,member sekolah dulu la...disebabkan nama itu glemer akak satu sekolah dibuatnya. Al-kisahnya...
Masa akak form 3 dulu..waktu tu 4U2C baru keluar dengan lagu fiona ko...glemer sangat waktu tu. Masa dalam bengkel kerja kayu,cikgu suruh la tulis kat kerja yg kami buat tu nama masing-masing. Akak dengan kawan akak (dah arwah pun..sobsobsob) siap letak nama lain kat kayu-kayu kitorang tu, kawan akak letak nama Leez - sesuailah juga dengan nama dia Saliza, yang akak nih tau letak nama apa??? Fiona...nahh amikkk..kononnya esoknya tu,nak amik sendiri la kayu-kayu kitorang tu,sekali cikgu panggil nama sorang-sorang, ohoiii...berdebor akak dibuatnya..tiba tang nama fiona tu dipanggil serba salah nak keluar, yang budak-budak lain,semua dok pakat tanya sesama sendiri,siapa fiona? wakaka...keluarlah akak sambil tersenyum simpul....bermula dari hari itu,terkenallah akak dengan panggilan fiona,sampaikan cikgu itu tak ingat dah nama sebenar akak,dia tetaplah panggil akak fiona... siap citer kat kelas kakak akak,barulah k.ju tahu yang fiona itu adik dia kahkahkah...
sekarang ni..ada la beberapa kerat geng lelaki yang masih panggil akak dengan nama itu.. ok lah tak kisah pun.
Banyak lagi kenangan yang mengusik jiwa ini,..nanti-nanti akak sambung lagi ye
Wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
hehe...kelakar baca cite ni
ReplyDeleteteringat pada diri sendiri plak
dulu minta howie d kumpulan bsb
saya guna nama yan d untuk berinteraksi dengan penpal
even kawan sekolah pun
kalau sekarang orang panggil yan d, rasa malu plak...hehe
Haha.. kak fiona... kak fiona buat apa tu? Haha.. kemain lgi nama penanya ya.. masa muda2 remaja gitu minat sangat kumpulan rap ya. Saya penah gak minat giler kumpulan tomok.. tp bila dah tua ni, ai tgk tomok pun xda perasaan .. kalau tak dulu, hafal lagu2 dia
ReplyDeletehihihi mcm nama blogger ni jugak. klu kata syakira mesti org x kenal klu kiera sakura @ ummi uwais msti org kenal. xsemua lah hihi
ReplyDelete