Kek Batik Mama

Assalamualaikum...

Lama sebenarnya mama tak buat kek batik nih, kek yang paling mudahkan tak perlu nak bakar kasi goreng saja. Buat pun main ikut sesedap rasa mama je.

Kebetulanlah sebenarnya mama dan jiran-jiran diva bentara ni nak buat pot luck di taman depan rumah. sajalah nak berkenal mesra sebelum ramadhan hari tu. Tengok bahan-bahan yang diperlukan ada, jadi mama buatlah kek batik versi mama.



Inilah rupanya kek batik mama tu,bukan kain batik okeh tapi kek batik. Amacam menyelerakan tak??? eh tertanya pula puasa-puasa ni, sendiri yang tunjuk gambar sendiri yang tertelan ailio, aih nape macam sedap jek nih, ehhh tapi memang sedap pun..kikiki sendiri masak sendiri puji. Tempeklah resepi kat sini..

Bahan-bahan :

Sebungkus biskut marie ( mama guna semua je)
Butter 250gm
Milo sebungkus peket kecik tu (250gm kot berat dia, lupa lak mama)
Susu pekat manis setengah tin
Telur ayam 2 biji (letak telur lagi gebuss kek)

Coklat (dicairkan untuk topping)
Badam cincang

Cara membuatnya :

1.Cairkan butter dalam kuali
2.Kemudian masukkan susu pekat kacau sebati.
3.Masukkan milo kacau lagi sampai sebati.
4.pecahkan 2 biji telur kacau lagi
5.Masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan(mama patah 4)
6.Tutup api, kacau lagi sekejap.
7.Masukkan dalam bekas dan tekan-tekan bagi padat.

Bila dah sejuk mama cairkan coklat (kaedah double boiler), campur sesudu butter. Bila dah cair tuangkan ke atas kek batik tadi, kemudian tabur badam cincang.

Bolehlah disejukkan dalam peti sejuk. Dah petang tu bawaklah sebekas ke taman makan dengan jiran-jiran, tak sangka kek batik mama jadi rebutan..eewaahh. anak-anak pun suka juga. Apa yang paling menggembirakan si tukang masak ini bila bekas yang dibawa berisi dan dibawa pulang kosong.

Wassalam

Comments

  1. nieyl dtg membalas kunjungan dan komen..:)
    sedapnyaaaa...

    ReplyDelete
  2. memang senang sangat nak buat kan kak? e'in pun dah lame tak buat..

    ReplyDelete
  3. Kek batik ni banyak version kan? rasa pun pelbagai jadinya. Hehehe..

    ReplyDelete
  4. Akk buat tk penah lak letak teloq, tapi kek batik ni mmg kesukaan budak2, kalau buat simpan dlm freeze sedap sgt mkn sejuk2 tu, ada gak kadang tk jadi, terlembik, ntah mana silapnya.

    ReplyDelete
  5. siap ada topping lg kak, mmg cun...
    time raya nnti nih msti jd pilihan bdk2 nih....

    mule tingin lak nk bt kek batik time raya nti...
    tp yg simple2 jelah... bkn la mcm akak bt nih hhehehhe

    ReplyDelete
  6. yummy....topping coklat ngn badam tu buat semakin sedap....

    ReplyDelete
  7. Rajin Ilah buat kek batik.Akak kalau rasa teringin beli saja,kat sini mmng ada jual satu potong 1.20.Satu bekas tu dlm 32 hinggit lah gitu.Tapi sebenarnya makan sepotong pun akak tak boleh abis....manisss.

    ReplyDelete
  8. topping coklat tu yang membangkitkan selera bila memandangnya. Budak-budak mmg sukalah kan. Anak lelaki saya si abang, sebab feveret sampai belajar buat sendiri.

    Puas hati kan bila kita buat semua suka dan habis.

    ReplyDelete
  9. Sedapnya dengan coklat topping tu tapi takda rasa telur ke kak letak sampai dua biji masak atas api lagi? Ke sebab coklat topping tu pekat so tak terasa.

    Milo peket kecik tu 250g. Taw sebab baru buat kek batik haritu hehe

    // afifahaddnan

    ReplyDelete
  10. lama tak buat kek batik. boleh cuba resepi ni

    ReplyDelete
  11. Kalau tak letak coklet pun dah sedap.

    ReplyDelete
  12. Sedapnya kek batik.. Terliur plak.. Hihi..

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts