Friday 2 June 2017

Projek Ramadhan mama

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sudah berada di kampung sekarang. Semalam lagi mama balik kampungnye, saja ambik cuti 2 hari dapat lama sikit dekat kampung. Lagipun cuti masih banyak, hai mama pun tak tahu lah kenapa cuti mama banyak sangat,nampak sangat jarang bercuti nih. Tahun ni cuba habiskan sikit, nak habis semua memang tak dapatlah sebab cuti berbaki 63 hari lagi..hadoii. Giler keje ke apa nih cuti banyak lagi.

Okeh lupakan pasal cuti mama tu, nanti-nanti mama cuba habiskanlah. Ini projek ramadhan mama...hmmm kemain lagi ada projekkan. Minggu ni projek nak jahit langsir,nak tak nak kena siapkan juga, nanti nak projek sekuk raya pulak. Walaupun balik kampung,mama hangkut juga langsir mama untuk dijahit. Nak bawa mesin jahit mini mama tu macam malas pula, jadi guna saja mesin jahit mak mentua mama. Mujur mak mentua ada mesin jahit, walaupun mesin jahit biasa bukan letrik,mama ok je biasa guna dulu-dulu yang arwah mak punya.



Gigih sangat mama ni siap menjahit kat kampung, takdelah gigih sangat sebenarnya tapi sebab nak siapkan cepat,itu yang bawa balik lagipun dekat kampung takde apapun yang mama nak buat,dah alang-alang tu kita jahitlah langsir ada juga kerjanya. Disamping tu dapatlah tunjuk bakat kat mak mentua, dah lah cantik terror masak pulak tu, boleh juga menjahit lagi menantu dia ni ahahaha...ok itu tipu tak terror masak pun sebenarnya,menjahit pun yang lurus-lurus bolehlah...yang cantik tu??? Ehemmm...boleh la sikit-skit hihihi takdelah macam miss world, miss kampung pun jauh sekali.

Langsir tu jahit lurus je untuk day curtain sliding door je haa, lepas tu langsir untuk pintu ke dapur dan pintu 2 bilik depan. Jahit simple-simple je janji ada. Kot la ada tetamu nak datang nanti takdelah nampak terus ke dapur dan bilik. Nampaklah kemas sikitkan walaupun tak pandai nak deko-deko sekurang-kurangnya bagi nampak kemaslah sikit. Takdelah jemu mata memandang, nak juga rumah nampak cantik dan berseri sempena ramadhan dan aidilfitri nanti. Alhamdulillah bab langsir dah legalah sebab siap. Bab sekuk raya ni tak tahu lah menjadi ke tidak sebab dah lama tak buat sekuk raya ni, takut skill dah lari pulak.

Oklah mama nak lurus-luruskan pinggang ni pulak,duduk lama menjahit tadi rasa lenguh belakang pulak. Adelya ajak teman makan biskut kering..hai bulan2 puasa ni tengok anak makan biskut 4 segi pun mama tertelan ailio..haiii teruk sungguh mama ni hahaha. Ok mama nak rehat..tudia boleh lagi baring-baring kat rumah mentua..kikiki sikit lagi membuta.

Wassalam

11 comments:

  1. rajin nya menjahit. langsir lak tu. nak tengok bila dah siap ya ;)

    ReplyDelete
  2. MOGA PROJEK YAN SELESAI DGN JAYA

    ReplyDelete
  3. rajin kak menjahit. untung family akak, sebab tempah jahit menjahit sekarang ni bukan main mahal harganya.

    selamat berpuasa kak. :)

    ReplyDelete
  4. Bestlah pandai jahit sendiri, kalau mia ni jari tak seni sangat. setakat jahit baju koyak tu bolehlah hehe

    ReplyDelete
  5. Fuyooooo.....dasat ah!! Langsir baru, sofa baru, taman bunga baru, rak baru. Mmg perghlah raya ni nampaknya hihi....

    Psst....dah tunjuk terer cenggitu kang kena jahit rumah kampung baru tau! Haha...
    Cantik curtain...pink lagi

    ReplyDelete
  6. Rajinnya menjahit... saya tempah je mama aryan. Dah pasang pun kat rumah.

    ReplyDelete
  7. rajinnyer menjahit mkcik tuu., cuti dua bulan leh gi honeymoon kot., hehe2

    ReplyDelete
  8. Banyaknya cuti, AA! Saya ni macam-macam hari nak cuti tapi cuti cuma tinggal 10 hari aje. Macamana nak divide adil dan saksama macam ni? Hahaha!

    Eh, mesin jahit mini tu boleh guna jahit langsir ke? Saya ada satu kat rumah. Beli sejak bertahun sudah, gunanya tak pernah. Elok aje tersembunyi belakang almari ^_^

    Baguslah menantu yang ini - dahlah cantik, pandai masak, pandai berniaga, pandai menjahit lagi. Memang mak mertua sayang. Tidur di siang hari pun mak mertua tak kacau tau sebab banyak kelebihannya. Kalau saya ni, boleh terlelap duduk kalau mak mertua ada di rumah. Takut sungguh sampai asyiklah berdrama hari-hari ^_^

    Betul, AA. Nampak anak minum Milo pun terasa hausnya tekak macam dah berpuasa berhari-hari tanpa berbuka tau ^_^

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. Semoga projek ramadhan akak sukses..

    ReplyDelete
  10. Pelan2 habiskan cuti..bnyk tu 63 hari..
    Ira ada 23 hari je.. Hehe..
    Sbb nk carry pun 20 hari je yg boleh, baki kena abiskan.

    Best la projek da siap.. Ira x sambung pun lagi.. Huhu..harap2 sempat la..

    Hehe.. Ira blk kg bnyk tidur je.. Siang tidur.. Mlm tidur.. 😅😅

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...