Monday, 19 June 2017

Kad raya

Assalamualaikum...

Ingatkan tahun ni tak dapat dah kad raya. Tetiba hari ni dapat juga sekeping, jadilah kan buat pengubat hati. Teringat dulu-dulu kalau nak raya ni memang tertunggu-tunggulah abg posmen datang bagi kad raya. Tapi sungguhlah memang banyak dapat kad raya dari kawan-kawan, siap lepas tu buat hiasan di pagi raya lagi gantung-gantung kad raya di dinding rumah tak pun gantung pada ranting pokok yang dah mama tebang di belukar,gigih tu meredah semak semata-mata nak cari ranting yang cantik untuk gantung kad raya, tapi sekarang tunggu kad raya macam nak tunggu bulan jatuh ke riba je.


Akhirnya dapat juga kad raya/ AR postcard, tapi mama panggil kad raya je la ye.Kad raya animasi dari pos malaysia. Kad yang dapat macam gambar atas tu, bila dah scan jadi macam gambar bawah tu, siap muzik dan suara lagi interesting la bagi mama, tak sabar nak bagi anak-anak tengok mesti anak-anak suka ni, biasa tengok dalam video je, kali ni mama bagi tengok yang real punya. Kad ini mama dapat dari biras kesayangan mama Ira pemilik blog Dear diary. Ira memang keje dekat pos malaysia senanglah beli kad nih,kalau harap mama ni teringin je la nak beli tapi nama nak menapak ke pejabat pos beli kad ni mau berfikir jugalah, sayang lemak-lemak terkumpul ni hehehe.

Sapa yang berkenan dengan kad ni boleh beli lagi kot tapi kalau nak pos tu tak tahulah sempat tak, pos tutup untuk pengeposan barang 21hb ye..haa sempat lagi ni kalau nak beli,bukan apa best kot kad raya ni..eheh sempat promote pulak, sendiri malas nak beli kikiki apapun terima kasih Ira untuk kad raya yang best nih. Apa yang ira tanya dalam kad mama jawab sinilah ye hehehe... Kuih raya dah buat dah, tinggal 1 je lagi belum buat inshaAllah nanti nak buat juga. Maaf juga andai ada salah dan silap selama ini ya. Jumpa dikampung nanti hehehe. Terima kasih untuk kad ini n I really enjoy it.

Wassalam

9 comments:

  1. kad zaman moden namanya nyer kak....

    tp ttp rindu kad raya dulu2 kan

    ReplyDelete
  2. bestnya...tapi sekarang dah xde orang bagi kad raya dah.rindunya..

    ReplyDelete
  3. SERONOK KAN DAPAT KAD RAYA...TAMBAH SERI SUASANA RAYA

    ReplyDelete
  4. Salam kak lah..
    Hehe.. Sama2..
    Saje je nk mengembalikan nostalgia bagi kad raya ni..

    Tapi memang betul la.. Dulu2 excited dapat kad raya..dekat bookshop sekolah pun ada jual..
    Bila dpt kad dari kawan2 sama ada jauh atau dekat, seronok sgt.. Siap compare adik beradik sape punya lg bnyk.

    Sekarang ni nk dpt 1 pun payah..
    Skg ni org senang htr wassap dan bg ucapan kat fb je kan..

    Haha..siap promote tu..
    Terima kasih kak lah.. Last posting 21hb.. Sempat lg kot nk htr..

    InshaaAllah..jmpa di kg nnt ye..

    ReplyDelete
  5. Bestnya dapat kad raya ... dulu2 siap bertanding lagi sapa yang paling banyak dapat kad raya :)

    ReplyDelete
  6. Ada juga dapat kad raya tu AA..
    Versi moden ye..
    Suka anak2 tu nanti..

    ReplyDelete
  7. Laaa...baru tau Ira tu rupanya biras hang. Ni kiranya kaum kerabat berblogginglah ni ek hihi....

    Ohh jadi gitu rupanya yeh. Kalau hang tak tunjuk apa jadinya sampai sudah tak tau Azra hihi...
    Kuih apa yg lum terbuat tu Azra

    ReplyDelete
  8. best nya kad animasi. memang zaman teknologi sungguh ni heheheh

    ReplyDelete
  9. makin canggih kad raya zaman sekarang ye.menarik idea ni

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...