Tuesday 13 June 2017

Hebatnya Ujian

Assalamualaikum...

Semalam mendapat perkhabaran sedih..Allah terlalu besar ujian buat sahabat mama yang seorang ini. Ya Allah selepas ini moga kebahagiaan akan mengiringi perjalanan hidupnya hingga ke dalam syurga. Mama hanya mampu berdoa dari kejauhan ketika ini, tak mampu berada bersamanya diwaktu-waktu sedih dan sukarnya.

Sahabat ini kawan sekampung, satu sekolah rendah, sekolah menengah dan tingkatan enam, walaupun bukan terlalu rapat tapi kami memang berkawan. Syawal lepas mama melawatnya di hospital klang. menjalani pembedahan untuk melahirkan anak kedua dalam pada masa yang sama rahimnya terpaksa dibuang kerana terdapat beberapa komplikasi. Waktu itu dia tetap tersenyum dalam kepayahan. Kisah ujiannya sejak awal mengandung anak kedua ini, dia berpisah dengan suaminya...Allahu Akbar..sebaknya mama memikirkan, mengandung anak kedua sendirian.

Semalam terima perkhabaran duka lagi, kali ini mama tidak sempat berjumpa dengannya, pagi dia whatsapp minta doakan anak kecilnya yang akan menjalani pembedahan kerana terdapat darah beku dikepala akibat terjatuh, bagaimana terjatuh itu tidak dapat mama nak huraikan kerana itu saja yang diberitahu. Peluang yang ada 50/50, Allah Maha Besar.. sekali lagi mama rasa terpukul, hebat ujian untukmu sahabat, mama yang kadang diuji dengan sedikit kesusahan pun dah mengeluh, kalau diuji seperti sahabat mama ni tak tahulah kan.

Pembedahan berjaya dilakukan, tetapi keadaan Nor Iman Amany masih tidak stabil, kami kawan-kawan hanya mampu titipkan doa, moga ada keajaiban yang berlaku. Tapi Allah lebih mengetahui semuanya, Pukul 10 lebih mendapat perkhabaran Nor Iman Amany telah dijemput pulang, Allahu Akbar luluh hati mendengar perkhabaran itu, moga sahabat mama itu tabah menghadapi semua ujian yang datang, ya...Allah tahu dia kuat maka Allah uji dia dengan ujian ini kan, tapi ye lah kesedihan pasti dirasai jugakan..Damailah kau Nor Iman Amany, sesungguhnya Allah lebih menyayangimu, tunggulah ibumu dipintu syurga kelak dan bersamalah melangkah kedalam syurga nanti. Anak syurga itu baru selesai menjalani post mortem, nanti akan dibawa balik dan dikebumikan dikampung. Moga segala urusan sahabat mama ini dipermudahkan..inshaAllah.

Ujian kifarah dosa?

Apabila kita diuji hati berbisik..orang sekeliling menasihati..
Allah uji sebab nak hapus dosa, Ya betul..tapi kita makin sedih, makin kecewa, makin meratapi dosa. Allah jua diajukan soalan kenapa dan mengapa??

Wahai kesayanganku berhenti sejenak dan tukarkan fikiran kita yang negatif itu. Allah dah janji "inna ma'al usri yusro"(setiap kesusahan itu bersama kesenangan)

Nabi Muhammad SAW juga diuji, Bahkan lebih hebat daripada kita...lalu adakah kerana dosa? (Allahumma solli a'la saiyidina Muhammad)

Nabi Zakaria dipotong badannya hingga terputus dua..adakah kerana dosa?

Sumayyah dicampak ke dalam parit api. Hingga habis sekeluarga..adakah kerana dosa?

Bilal bin Rabah juga terseksa didunia.Dihenyakkan batu besar diatas dada..adakah kerana dosa?

Bukan..bukan..bukan kerana dosa semta-mata..Allah uji untuk menaikkan darjat,Allah uji sebab Dia kasihkan kita, kerana Allah rindu airmata kita.

Indahkan bila kita menangis Malaikat tadah airmata dan simpan di akhirah. Airmata keinsafan kita yang rindukan dan takutkan Allah mampu memadamkan api neraka.

Kesayanganku jangan prejudis pada Allah apabila diuji, jangan menghukum diri apabila diduga. sebaiknya ambil wudhu', solat dua rakaat, selepas salam istighfar dan selawat..Senyum memandang ke langit, biarlah airmata berlinang..bisik dalam hati sedalam-dalamnya.

Ya Allah terima kasih keran tidak lupakan aku..

Allah itu Adil, Allah itu penuh Kasih Sayang
Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Bersabarlah setiap kali diuji, Bukan Allah membenci, cuma merindui rintihan hati.
Kita hamba yang sering lupa diri, kita suka menunding jari. jangan berburuk sangka sesama manusia apatah lagi berburuk sangka pada Allah...pesanan mama untuk diri sendiri juga buat semua sahabat mama..

Wassalam.

9 comments:

  1. :(..saya tumpang simpati dengan sahabat akak..kuat ujiannya,mengandung ber[isah dengan suami,kemudian rahim terpaksa dibuang kemudian anak pula..ALLAHU...hanya orang yang kuat mampu bertabah...moga ALLAH mengangkat kedudukan kawan akak ini adalah sebaik2 hambanya ..aamin...

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar,terasa kerdil diri ni bila nak dibandingkan dengan kwan akak tu. Semoga dia terus sabar dengan ujian2. Sesungguhnya Allah sayangkan dia kan kak..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian ini. Membuka mata dan hati Ana. Ana yg baru di jentik sedikit dah jadi hilang punca. Malu rasanya.

    Semoga sahabat sis kuat dan tabah hadapi ujian ini. InsyaAllah ada hikmah dan ganjaran buatnya. Yg pasti anak syurga dah menanti untuk menarik ibunya masuk bersama2 ke dalam syurga.

    ReplyDelete
  4. Betul tu mama, ujian bukan sekadar penghapus dosa. Ujian juga untuk Allah tingkatkan darjat kita. Moga sahabat mama diberi kekuatan & kesabaran dlm saat sukar ni.

    Salam takziah.

    ReplyDelete
  5. sedihnya..macam manalah kawan awak hadapi semua ni sendirian..moga dia tabah..kalau sy kat tempat dia saya tak tahulah boleh hadapi ke tak ujian2 ni.. :(

    insyaAllah bahagia akan ada untuk dia..

    ReplyDelete
  6. sedihnya kak mcm terasa2 mcm nampk di depan mata, mmg bsr sungguh ujian bt sahabat akak tu... moga ada ganjarang yg lbh hebat nnti buatnya...

    teringat dulu, masa tahu aiyan ada jantung berlubang hati menangis hiba, menyalahkan diri sendiri, hati sering bertanya kenapa aku di uji sebegini, kenapa tega nya Dia menghukum kita sebegini... tp akhirnya redha sbb org lain ada yg lbh hebat lg ujian nya...

    ReplyDelete
  7. Kesiannya..
    Moga beliau tabah menghadapi segala pancaroba hidup.

    ReplyDelete
  8. sedih dengan kisah kawan Ilah ni ....semoga dia tabah meneruskan kehidupan ini.Disebalik musibah dia dah ada aset untuk akhirat sana yang menanti.

    ReplyDelete
  9. Semoga kawan kak lah tabah dan redha dgn ujian yg sedang dilaluinya ni..
    Semoga Allah berikan yg lebih baik..
    Beruntung kwn kak lah.. Dah ada yg menanti dia di syurga..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...