Surat Cinta untuk mama

Assalamualaikum...

semalam diruang tamu sambil melipat kain yang 2 bakul itu mama biarkan anak-anak bermain. Adelya dengan play dohnya. itu satu hal dah dicampur semua warnanya menjadi coklat sahaja, sudah itu habis pula playdoh yang kecil-kecil melekat di lantai, bersabar je lah menahan hati mama sorang-sorang, en.azmi ke luar kawasan.

Sedang melayan kain yang berbakul tu mama perhatilah anak-anak bermain, abang adam sedang meniarap sambil menulis sesuatu di atas kertas A4 yang dirembat dari papanya. memang kertas A4 itu dah menjadi kertas lukisan buat anak-anak. sesudah melukis mereka tampal pula di dinding, sekrang wall deco mama penuh dengan lukisan anak-anak, nampaknya bakal ditambah lagi tu.. huhuhu. tambahlah anak-anak, nak dilarang pun dah malas mama ni.

Tiba-tiba abang adam datang bagi sesuatu pada mama "ini surat untuk mama" katanya. Mama pun ambil belum sempat mama buka Adrien pula datang katanya nak pinjam surat yang abang adam bagi tu. "kenapa yen nak ambik?" tanya abang adam. "yen nak tiru sekejap" jawab adrien terus ambil surat abang adam tu, kemudian tekunlah dia menulis, dah agak lama abg adam pun jenguk apa yang ditulisnya, sekali dalam masa yang lama tu dia baru tulis namanya saja, terus abang adam cakap biar abang saja yang tulis.




Inilah 2 pucuk surat yang mama dapat semalam. Sweet sangat siap dapat 3 pasu bunga tu, abang adam bagi satu adrien bagi 2, kata yen dia bagi lebih dekat mama sebab yen sayang mama lebih, love yang dia buat pun terpaksa dipadam satu tu sebab katanya love itu tak menjadi hehehe..ada-ada sajalah budak adrien ni kan, love yang dilukis pun lebih besar dari love abg, yen memang kalau boleh nak lebih je dari abang. Okeh nanti mama tengoklah apa yang ditulis dalam surat tu terlaksana ke tidak ye..hehehe.

Semalam hari pertama sekolah setelah cuti 2 minggu, mama sampai rumah abg adam dah sampai dulu sebab sekolah balik awalkan, terpaksalah duduk rumah pengasuh dulu sementara mama nak sampai rumah. Alhamdulillah walaupun sekolah mama ingat abg nak buka puasa balik tu tapi abang tetap bertahan, bangga mama dengan abg tau tak, solat pun alhamdulillah abg buat walau kadang-kadang liat juga bila disuruh. Harapnya abg dapat bertahan dan berpuasa penuh.

Wassalam

Comments

  1. Sweet je anak2 ni kan. Kat rumah ni si Abang la jugak yang rajin tulis surat cinta untuk Umi especially time dia nak minta maaf atau nak minta sesuatu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kadang2 anak2 ni sweet sangat

      Delete
  2. ala comel nye... bile la adam kite nak buat cmni jugak (adam kite br setahun lebih. hehehehe)

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah satu hari nanti adam pun akan bagi surat pada sya

      Delete
  3. alololo sweetnya anak2 😍
    cair kejap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan bikin cair je hati mama ni

      Delete
  4. Hihi..
    Sama dgn nabil ni..
    Suka kasi surat cinta..
    Skrg dah tak bagi lagi..
    Sebab mama tak balas suratnya..

    Teringat kata2 Datuk Dr Fadhilah Kamsah..
    Kena balas tu sebab anak2 akan ingat melalui tulisan kita.
    Dan dia boleh baca berulang kali..

    Skrg CH dah balas surat2 mereka..
    Lepas tu CH tengok ada perubahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih CH..saya akan balas surat anak2 ni, nak tengok pula macammana bila mereka dapat surat dari mama mereka ni

      Delete
  5. Nasib baik ada kertas A4. Kalau tak, surat cinta tulis di dinding.

    ReplyDelete
  6. Ank akk yg suka buat mcm ni yg pompuan dua org tu, si kakak besar tu masa zaman sekolahnya bila besday akk jr dapatlah kad dia buat sendiri, ada lagi akk simpan.

    Kena simpan tu mama Yan, sweet memory sangat tu.

    ReplyDelete
  7. Sweetnya mereka.. simpan buat kenangan nie..

    ReplyDelete
  8. surat paling sweet untuk mama :)

    ReplyDelete
  9. Alahai....suwitnya...
    Surat cinta dari En Azmi tak de ke?

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts