wak oh wak


assalamualaikum..

kata dia disatu pagi kepada kakaknya....

"jiwa aku bukan dibandar, aku tak boleh hidup disekeliling yg orangnya sibuk,
keluar pagi balik petang,tak kenal jiran2,
aku serabut dengan kesesakan..
cukuplah dah beberapa tahun aku cuba hidup kat bandar tu..
aku nak hidup kat sini,kat rumah pusaka peninggalan arwah ayah dan mak ni..
nak aku nak usahakan ladang sawit tu..."

hati kakak tersentuh dan tersentak seketika..
tak sangka..
adik yg dulu taktau kemana arah tuju..
adik yg dulu takut utk buat apa2
sekarang kata2 itu yg keluar dari mulutnya...
dia bukan kecil lagi..dia dah dewasa..
kakak ini selalu merasa adik2nya masih kecil,
tanpa sedar yg waktu telah jauh berlalu meninggalkan zaman kanak2,
adik2 yg dulu kecil sebenarnya telah dewasa,
seiring dengan kedewasaan kakaknya sendiri..

setelah berbincang dan k.ju sebagai pentadbir harta ismet ulam raja telah berjumpa pengurus dan telah membuat kata putus..
biarlah dia yg usahakan ladang itu sendiri, setelah menimbang,menolak dan membahagi segala kemungkinan yg mungkin..



wak doyok aka rosyam nor aka atan..
atau nama sebenar mohd shahrizman bin ibrahim

dah besar ko atan..
dulu nak tekan loceng bas pun ko takut,
nak isi borang pun ko paksa org tuliskan..hehehe
 
moga bersungguh-sungguh la mengusahakan ladang sawit tu sendiri,
lepas dah jadi peladang berjaya, boleh la cari calon isteri pulak..
tak sabar nak ada adik ipar pompuan nih...
nak kasi buli sikit..hahaha

wassalam
 

Comments

  1. bagusnya adik kak lah..
    semoga adk kak lah jd usahawan berjaya..
    ada jgk org tggu rumah arwah kan..
    cantik ladang arwah ayah kak lah.. bersih..

    ReplyDelete
  2. dia bersemangat tu, bagus
    kena bagi galakan untuk dia teruskan usaha

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah, tumpang hepy tuk akak jugak. lelaki ni kan kak. lama sungguh nak tgu dia matang. mcm la nak tunggu abang dengan adik kira tu matang huuuu

    ReplyDelete
  4. Ooo adik akak dah balik kg ya? Bagus ..kita sokong keputusan dia. Moga dia berjaya dengan pilihan yang dibuatnya tu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Popular Posts