Wednesday, 8 February 2023

Teruskan berjuang Abang

 Assalamualaikum...


Asyik gambar makanan je ye. Kali ni mama nak cerita tentang anak-anak pulak. Oktober 2021 ronda-ronda keliling kampung terjumpa apa yang mama dan en.azmi cari..kelas belajar silat untuk abg adam dan adrien. Tak fikir panjang mama terus daftarkan si hero berdua tu. kelat je muka bujang berdua tu masa hari pertama mendaftarπŸ˜‚.

Pendaftaran RM 50 seorang, yuran bulanan RM50 seorang sebulan, kelas waktu malam setiap hari jumaat dan sabtu 9-11 malam.ok lah tu kan. Anak dara pula ambil kelas taekwando di sekolah, RM40 sebulan kelas hari ahad.

Macam yang mama bagitahu masa mendaftar masing-masing muka kelat, tapi lepas je latihan pada malam pertama tu waktu ambil lepas latihan, terus bagitau mamapapa "malam esok boleh ke kalau hantar awal pergi kelas silat?" amboi terus tak sabar-sabar ye nak pergi kelas, baru kali pertama belajar terus rasa seronok ye. alhamdulillah legalah mama bila anak-anak seronok.

Apa yang lagi seronok guru silat mereka suka cari aktiviti untuk anak-anak silat. Mereka sertai kursus keselamatan, mereka juga dijemput untuk buat persembahan di majlis kenduri kawin dan akan datang pada majlis kecemerlangan sekolah pulak,apa yang penting anak-anak seronok dengan segala aktiviti yang ada.

Bagi abang adam pula yang terbesar dia sertai kejuaraan silat terbuka kebangsaan di Paroi baru-baru ni. Belajar belum pun sampai setahun dah  sertai kejuaraan silat. tak apalah abang cuba je la ambil sebagai pengalaman tak menang pun takpe yang penting ilmu. Sungguh mama yang berdebar lain macam bila tengok anak sendiri yang bertanding dalam kejuaraan tu, biasa bagi sokongan dekat sukan sekolah je. Apapun tahniah buat abang sebab berjaya lalui pertandingan tu walaupun kalah yang penting abang berani berlawan dan tidaklah hanya berdiri tegak saja. mama risau je kalau abang tak buat apa-apa dan berdiri tegak je hahah 

Teruskan perjuangan abang, mama nampak abang minat dalam silat ni, mungkin kena dengan jiwa abang. Lepas ni moga Adrien juga akan masuk bertanding. Kita tunggu pemilihan untuk pertandingan di Sepang nanti terpilih untuk sertai atau tidak ye, apapun mama sentiasa doakan yangterbaik buat anak-anak mama. 

Wassalam.





Thursday, 2 February 2023

Warong selekoh Jalan Merpati

 Assalamualaikum...

Hujung minggu sesekali makan berdua, lepas hantar Adelya taekwando mamapapa ambil peluang minum pagi berdua sambil tunggu Adelya habis kelas.

Warong selekoh jalan merpati jadi pilihan sebab dah lama tak makan naan chessenya...bagi mama rasanya memang sedap kenalah dengan selera mama ni,boleh teringat-ingatlah dibuatnya.

Sebab ke sini pun nak makan naan chesse kan, jadi pilihan mama yang inilah..naan chesse dicicah pulak dengan kari kambing memang sedaplah layan. Chesse pun sedang-sedang elok makan panas-panas boleh ditarik-tarik chesse tuuu


En.Azmi pula makan naan garlic. Pun bagi mama sedap juga. Selain roti nan chesse dan nan garlic terdapat juga menu lain di warong ini. masa menunggu kadang agak lama bergantung pada pelanggan yang ada,kadang hujung minggu memang ramai pelanggan, penuhlah meja dengan yang bungkus lagi. tapi untuk makanan yang sedap tunggu sekejap pun tak mengapa kan.

Wassalam

Tuesday, 31 January 2023

Qidot Cafe

 Assalamualaikum...

Cafe yang terletak dekat jugalah dengan rumah, baru berkesempatan nak berkunjung 😁. setakat ni sudah 2 kali la pergi. pertama kali dengan family kecik mama je kali ke 2 pergi dengan family in law. Alhamdulillah makanannya semua sedap, kenalah dengan tekak kami.

Ohoi lama tak menulis ni tetiba takde idea nak tulis apa hahaha...cerita makan2 ni pun dah lama jadi tak tau nak cerita apa dah. layan gambar makanan je la kita. Gambar tak banyak sebab dah terdelete pulak πŸ˜‚


Antara kek yang menjadi pilihan, nama kek haruslah dah tak ingat tapi semua sedap yang paling mama suka, yang penuh kekacang atasnya tu, lupa betullah apa namanya...


ini pilihan mama, nasi ayam..bagi mama sedap..

Untuk anak dara yang tekak omputih, spageti carbonara, sempatlah mama rasa sedap, creamy kuahnya, cuma spageti tu agak keras sedikit, mungkin rebus tak lama, tapi masih boleh dimakan dan tetap sedap.

En.Azmi nasi goreng kambing, suka benor makan kambing ye..


Untuk Abang Adam macam biasa la pilihannya chicken grill. Adrien je mama tak sempat nak ambik gambar dia dah makan dulu nasi ayam butter, 2 kali pergi dia tetap arder menu yang sama, kenalah tu dengan selera dia tu.


ini rupa cafenya tepi jalan je.. dan sangat menarik untuk ambil gambar di sekitar cafe ini.



suasana dalam cafe, boleh juga buat tempahan awal untuk buat majlis sambutan hari lahir.

Banyak lagi nak ditulis ni, harap adalah kerajinan mama untuk menulis sebab mama memang suka menulis. cuma beberapa tahun ni menyepi la pulak dengan kerja yang banyak. hujung tahun lepas pula tetiba warded. sepanjang 22 tahun berkhidmat tak pernah MC, tetiba hujung tahun 2022 dapat banyak MC. ada kesempatan mama cerita nanti.

Wassalam

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...