Assalamualaikum...
Cafe yang terletak dekat jugalah dengan rumah, baru berkesempatan nak berkunjung 😁. setakat ni sudah 2 kali la pergi. pertama kali dengan family kecik mama je kali ke 2 pergi dengan family in law. Alhamdulillah makanannya semua sedap, kenalah dengan tekak kami.
Ohoi lama tak menulis ni tetiba takde idea nak tulis apa hahaha...cerita makan2 ni pun dah lama jadi tak tau nak cerita apa dah. layan gambar makanan je la kita. Gambar tak banyak sebab dah terdelete pulak 😂
Antara kek yang menjadi pilihan, nama kek haruslah dah tak ingat tapi semua sedap yang paling mama suka, yang penuh kekacang atasnya tu, lupa betullah apa namanya...
ini pilihan mama, nasi ayam..bagi mama sedap..
Untuk anak dara yang tekak omputih, spageti carbonara, sempatlah mama rasa sedap, creamy kuahnya, cuma spageti tu agak keras sedikit, mungkin rebus tak lama, tapi masih boleh dimakan dan tetap sedap.
En.Azmi nasi goreng kambing, suka benor makan kambing ye..
Untuk Abang Adam macam biasa la pilihannya chicken grill. Adrien je mama tak sempat nak ambik gambar dia dah makan dulu nasi ayam butter, 2 kali pergi dia tetap arder menu yang sama, kenalah tu dengan selera dia tu.
ini rupa cafenya tepi jalan je.. dan sangat menarik untuk ambil gambar di sekitar cafe ini.
suasana dalam cafe, boleh juga buat tempahan awal untuk buat majlis sambutan hari lahir.
Banyak lagi nak ditulis ni, harap adalah kerajinan mama untuk menulis sebab mama memang suka menulis. cuma beberapa tahun ni menyepi la pulak dengan kerja yang banyak. hujung tahun lepas pula tetiba warded. sepanjang 22 tahun berkhidmat tak pernah MC, tetiba hujung tahun 2022 dapat banyak MC. ada kesempatan mama cerita nanti.
Wassalam
mak oi sedapnya kek-kek tu... salam kenal dr sarawak bumi kenyalang
ReplyDeleteSelamat menjamu selera
ReplyDeleteNampak sedap2
Nampak sedpa makanan tu semua....cafe pun cantik dan cozy...
ReplyDelete