Saturday, 27 July 2019

Banci percubaan : Banci Penduduk & Perumahan 2020

Assalamualaikum...

24 julai 2019... Bermulalah Banci percubaan untuk Banci Penduduk & Perumahan 2020. Tujuan banci percubaan ini dijalankan untuk menguji mode yang akan kami gunakan untuk Banci Penduduk dan Perumahan 2020. Terdapat beberapa mode yang akan digunakan e-census,CAPI,CATI,PAPI,DOPU...gituuu singkatannya je yg mama guna e-census tentulah menggunakan website, CAPI tu sistem yang dibangunkan dan setiap pembanci perlu ada henfon android, PAPI menggunakan borang soal selidik,DOPU drop of pick up,CATI pula soaljawab melalui telefon.

Hari pertama kerja di lapangan, diTK (tempat kediaman) pertama kami disambut oleh 2 ekor angsa,mama tak boleh ni memang antara musuh yang digeruni sebab pernah dikejar angsa ni waktu kecik² dulu memang lari tak cukup tanahlah dibuatnya. Mujurlah pergi ramai² jadi ada yang berani, kita tumpang je la keberanian mereka, kalau tak mau mama lari pecut kalah usain bolt. Group mama perlu menggunakan mode CAPI. kata untuk uji sistem kan prosesnya agak lambat sesi temuramah mengambil masa 1 jam hmmm memang lama tu sebab kami perlu lawat 8TK sehari.

Selesai di TK pertama,langit bertukar mendung. Sedang menemuramah di rumah kedua hujan turun dengan lebatnya. Terus makcik tu ajak masuk rumah. Rumah tersebut merupakan TK baru dalam peta BP kami. Rumah dari pusat zakat kata makcik tu,tak apalah makcik rezeki tu,tapi tak banyaklah maklumat yang kami dapat perlu ulang lagi tu sebab anaknya pergi bekerja. Setelah hujan reda perjalanan diteruskan. Masuk kawasan kampung macam ni hati tercuit sedikit. Moga² dengan bancian yang bakal dilakukan pihak tertentu dapatlah buat sesuatukan.

Lepas ni bila datang lagi kesini perlu sediakan sesuatu untuk diberikan pada anak² yang mama jumpa. Bila kita pernah lalui apa yang kita nampak, kita merasakan perlu untuk lakukan sesuatu, tak dapat bagi banyak bagi sedikit,melihat mereka senyum itu  sangat membahagiakan.


Rumah pertama yang kami pergi,kreatif betul pakcik tu kerusi,buaian semua dia buat sendiri, itu ada pangkin kecik berbumbung siap kincir angin lagi semua dia buat sendiri,tengoklah langit mendung waktu ni. Bila angin bertiup kencang kincir angin tu pun ligat berputar. Menarik betul,kreatif sangat.

Semoga banci percubaan ini berjalan lancar dan dapat disiapkan seperti yang telah ditetapkan, banci ini bermula 24 julai dan berakhir 7 ogos. Dah lama mama tak buat kerja dilapangan nih,sesekali seronok juga. Mama cuma turun sesekali je tengok prmbanci buat kerja sebab kerja dipejabat juga perlu diselesaikan. Mari laksanakan ibadah ini dengan sebaik mungkin.

Wassalam

Sunday, 21 July 2019

NightBus 127


Assalamualaikum...

Hari jumaat biasanya hari mama bercuti,balik kerja petang ada la masa lepak²,sembang² dengan jiran² sekejap,takde nak terkejar² bersilat didapur heheh,jumaat cuti memasaklah. Kalau isnin-khamis tu sampai rumah,angkat² tangan senyum terus masuk rumah tuju ke dapur.

Dah cuti² masak tu kita jalan² cari makanlah, biasa pergi area jalan kebun je,makan chicken chop yang boleh dapat rm5 sepinggan. Pergi makan ikut selera anak²lah, mungkin masa mengandung adrien dulu mama selera western agaknya, jadi sekarang bila  tanya nak makan apa? Tak habis² chicken chop, kalau takde je muncung itik keluar, apak eh selera kampung,jadi kena cari kedai yang ada dua² makanan, mama,abg adam dengan adelya semua bedal je kampung ke western ke janji makan.

Lari dari kebiasaan jln kebun, kali ini kami ke NightBus 127, jenjarom. Sajalah nak mencuba yang lain pulakkan, konsepnya makan dalam bus. Menu semuanya western mulalah en.azmi terkebil² tak tahu nak makan apa, harga pun boleh tahan la. Air paling murah pun rm10 segelas, makanan rm15 dan ke atas,tapi banyaklah sepinggan tu memang kenyanglah kan. Kata en.azmi "kalau kat jln kebun boleh dapat 4 chicken chop ni" hehehe.. Sekali sekala mencuba sesuatu yang lainkan. Lagipun jenis en.azmi kalau ada duit belanja je anak² nak makan apa,kalau takde kita duduk diam² makan chicken chop rm5, tapi anak² dorang bukan kisah pun harga berapa yang penting dapat makan. Bila ada lebih tu kita belanjalah yang lebih sikitkan untuk anak², inshaAllah rezeki kita Allah bagi lebih lagi

Layanlah gambar anak² dan makanan yang kami makan. Bagi mama ok rasanya semua pun sedap paling win tentulah pilihan mama spaghetti beef carbonara, creamy je sama naik pulak dengan adelya dok berebut makan dengan mama,tapi sebab banyak memang cukuplah,adelya pulak memang suka carbonara tu "adik nak mee kuah putih" kata dia. Chicken chop tu ada 3 keping ayam rm23 sepinggan. Brownies dengan aiskrim tu pun sedap rm15. Spaghetti mama rm20. Standardlah harganya kat kedai macam tu kan.


Makanan yang jadi pilihan, alhamdulillah sedap semuanya..honey lemon tu mestilah air untuk mama, brownies aiskrim tu ehh sedap pulak nak buat sendiri malas.


Muka keriangan anak² sementara menunggu makanan sampai.


Lagi riang bila makanan dah didepan mata.

Oklah sesekali belanja anak² ditempat yang lain sikitkan, ada rezeki nanti kita jalan² cari makan lagi, mama survey banyak juga tempat makan yang best berdekatan dengan kawasan rumah tu. Sajalah share tempat makan yang mama pergi yang ada kelainan sikit,mana tahu ada kawan² nak cuba kan, bolehlah terjah nanti.

Wassalam

Saturday, 13 July 2019

Jalan-jalan ambik angin, makan²

Assalamualaikum...

Penat balik dari bertaklimat belum hilang..mengantuk sebab tidur lambat tapi sebab kasihan anak² kena tinggal mama paksa en.azmi bawa kami jalan²  hahah..takde lah jalan jauh pun dekat² rumah jugak.

Setelah menggoogle apa yang patut jumpalah satu tempat tu dekat je dengan morib, dari rumah ni dalam 40minit macam tu je,so ok lah jom la kita tengok ok ke tidak tempatnya.

Kuan Wellness Eco Park nama tempatnya, ok jugalah tempatnya kan tapi takdelah besar sangat, ini atas tanah persendirian. Mama tengok macam ada lagi pembangunan yang akan dibuat, macam nak buat resort, sebenarnya dekat situ tempat sarang burung walid dan memang ada dijual produknya disitu, cuma mungkin pemilik menambahkan sedikit tarikan dengan membuat mini zoo disitu.

Bayaran dikenakan untuk masuk mini zoo tu sebanyak rm5 seorang, kira oklah untuk anak² dapat bagi makan ikan dan arnab, makanan ikan rm3 dan arnab rm2. Anak² mama ni mudah je asalkan dapat berjalan dah gumbira walaupun tempatnya takdelah besar mana pun.

Banyak jugalah haiwan dalam tu... Ikan, burung,itik,ayam,merak yang tak mahu kembangkan ekor, musang, ayam serama,iguana,rusa, ayam belanda...ehh banyak jugalah kan,cuma kawasannya tak luas manalah.

Dalam bangunan bersebelahan kami masuk juga, ada tempat untuk menonton info tentang burung walidlah agaknya tapi mama tak tonton sebab dalam bahasa cina, terlupa pula nak bagi cadangan nanti buat dalam bahasa melayu atau english. Seronok masuk dalam ni sebab nak aircon bagi sejuk badan sekejap.

Kincir angin tu.tempat cantik untuk.bergambar, mama bayangkan kalau ada bunga tulip lagi cantik tu
Keluar dari situ mama ajak lepak pantai pula, kami pergi tempat mama taklimat tu lah sebab kata anak² mama naik buai tak ajak dorang ok pergilah naik buai tu anak². Tapi adrien.dah membebel kenapa mama tak bawa baju mandi kitorang,kitorang nak mandi kolam... Adoiii, siap cakap sabtu depan datang lepas tu kita tido situ ahad baru balik...inshaAllah anak² ada rezeki kita datang, senang juga dekat dengan rumah kan.


Haaa...berbuailah anak², seronok juga lepak2 tepi pantaikan

Gambar mama berbuai...en.azmi la tunjuk pada anak² gambar mama ni. Sesekali mama ko nak fefeeling bawang merah kan bila anak² tak ikut,kalau anak² ikut mesti nak terjun kolam je.

Cendol durian,Milo tabur float dan milo nestum float
Balik tu pekena cendol durian pulak, tengah panas memang layanlah. Selesai makan baliklah kami. Tak sampai sehari pun berjalan hahaha.   Mama penat hokey,nak cover tido pulak. Nanti ada rezeki kita jalan² lagi ye

Wassalam

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...