Saturday, 30 September 2017

Urusan sekolah

Assalamualaikum...

Jumaat mama cuti untuk buat urusan sekolah adrien dan adelya. Best jugak ni 2 minggu keje 4 hari je, minggu lepas pun cuti 3 hari jugakkan. Pada hal urusannya takdelah lama manapun alang-alang ada urusan katanya kita kurangkanlah baki cuti yang masih ada 55 hari tu kan. 3 bulan lagi ada ni entah macammana nak perabih pun tak tahulah.

Lepas en.azmi hantar adrien ke pasti barulah ke sekolah yang bakal adrien belajar tahun depan. Mulanya fotostat dulu dokumen yang diperlukan. Tak banyak pun yang diperlukan. Pengesahan online dah dibuat pun cuma pihak sekolah perlukan dokumen dan surat tawaran yang perlu diprint  tu je la. Sekejap je urusannya kemudian ke sekolah agama pula.

Mudah je sebab sekolah rendah dan sekolah agama bersebelahan je. Untuk sekolah agama memang belum daftar lagi pergi tu memang nak daftarlah. Kata en.azmi kerani tu kata pendaftaran sudah ditutup tapi masih ada kekosongan,alhamdulillah masih ada rezeki, cuma isi borang dan kembalikan minggu depan. Senang je keje mama ikut je dan tunggu dalam kereta segala urusan en.azmi yang buat hihihi.

Selesai urusan sekolah adrien, urusan adelya pulak dah booking dengan pasti cuma dokumen yang diperlukan tak bagi lagi, bawa adelya ambik.gambar. Mujur mudah je dia nak bergambar tapi mulanya dia senyum dan buat peace tapi bila auntie tu suruh turunkan tangan terus masam mukanya tu hehehe..


Tengoklah tu masam sangat mukanya tu.. Tak sangka nak sekolah dah anak dara mama ni. Rasa macam kecik lagi, tapi dah 5 tahun dah tahun depan, moga semua berjalan lancar hendaknya nanti. Adrien pun dah darjah 1 tahun depan. Besar-besar dah anak-anak mama.cabaran tahun depan... Tiga-tiga dah sekolah. Haa yang tu kena tunggu tahun depanlah kan macammana.

Wassalam

Friday, 29 September 2017

Muzium Insitu Jugra

Assalamualaikum...

Tujuan utama kami sebenarnya bukan nak ke bukit jugra tapi dah lalu di jalan yang sama dan terpesong dulu ke laluan bukit jugra tu makanya kami singgahlah ke bukit jugra dulu hehehe kira oklah kan dapat pergi bukit jugra juga,. tujuan asal nak ke muzium insitu jugra tu sebab adrienlah nak ke muzium kan. google map bawa sampai dipersimpangan jalan kanan ke kiri, teruslah mama ajak ke kanan dulu menuju puncak bukit jugra kan dah alang-alang sampai katanyakan.

Turun dari bukit jugra kami singgahlah ke Muzium Insitu Jugra, muzium apa tu??



Bangunan asal muzium ni merupakan balai polis lama atau dikenali juga sebagai rumah pasung. Bangunan ini berfungsi sebagai tempat pesalah jenayah terima hukuman, menerusi sistem kehakiman British pada ketika itu yang mana bahagian atas merupakan mahkamah dan tingkat bawahnya sebagai penjara. Di Bina pada tahun 1878 oleh Kapten Harry Charles Syers seorang pegawai polis british.

Bagi memelihara dan melindungi nilai sejarah dan warisan yang dimilikinya bangunan ini telah diwartakan sebagai monumen lama/tapak tanah bersejarah oleh Jabatan Warisan Negara pada 19 Nov 2002. Muzium ini ada tiga buah balai pameran yang mempamerkan pelbagai maklumat mengenai daerah Kuala Langat, sejarah pemerintahan kesultanan selangor di Kuala Langat termasuklah hasil kerja-kerja ekskavasi di sekitarnya seperti struktur binaan penjara, mahkamah mini, perigi lama dan lain-lain.

Info bagi sesiapa yang nak kesini, kalau kebetulan ke sini boleh singgah tapi kalau saja-saja nak datang dari jauh semata-mata nak ke sini mungkin tak berbaloi kot. Tapi kalau nak datang pun boleh sebab boleh dapat ilmukan selain tu boleh cuba aktiviti paragliding juga
Di muzium ni ada tapak khas pameran diluar dimana terdapat sebuah kereta perisai model GMC 15 CWT yang telah digunakan oleh Polis Persekutuan Tanah Melayu ketika zaman darurat (sekitar tahun 1948-1960). kereta perisai ini diletakkan di bahagian depan muzium.
Itu je yang mama bole bagi info, sikit-sikit je lah kan


anak-anak mama bergambar dengan kereta perisai. Macammanalah keadaannya masa zaman darurat dulukan, takut mama mengenangkannya. Arwah ayah mama pernah cerita masa zaman je pun dulu teruk juga, moga kita tidak lagi dijajah. Kereta ni mrmang terletak diluar muzium, didalam muzium tak boleh ambil gambar.

Anak dara bawa kereta perisai

Adrien pun nak bawa juga



Ini satu lagi yang terdapat diluar muzium, batu giling besar sangat nih buat giling apa entah, tak sempat mama baca info kat sebelah tu dok sibuk amik.gambar je kan en.azmi lah yang baca tu nampak.bayang-bayang dia tu haa.. Kira oklah dapat juga bawa anak-anak pergi muzium. Selepas tu terus ke pantai morib.


Lepak-lepak makan goreng pisang dengan kepok lekor je saja nak ambik angin pantai, tak lama pun kat situ lepas tu balik rumah, anak-anak sibuk nak main basikal pulak. Itu je lah aktiviti cuti-cuti minggu lepas. Eh hari ni mama cuti lagi tau hahaha... Seronoknya cuti. Cuti hari ni sebab nak uruskan hal persekolahan anak-anak. Sebenarnya en.azmi urus sorang-sorang pun boleh tapikan eh saja nak suruh kita cuti juga, habis urusan dia pergi kerja pulak dah, ingatkan boleh la gi shopping-shopping tapi nan hadoo.












Thursday, 28 September 2017

Bukit Jugra

Assalamualaikum...

Minggu lepas cuti 3 hari kan, tapi takde rancang nak kemana-mana pun. Jumaat tu jiran ada buat kenduri doa selamat dan nikah adiknya. maka kami pergi makan kenduri sajalah. lauknya simple tapi sedap. buburnya paling sedap mama siap bertambah-tambah makannya hahaha..ye lah orang tak ramaikan, waktu kaum adam pergi solat jumaat, mama dan jiran-jiran pergi kenduri dapatlah makan dengan tenang sebab mama dengan adelya je, abang adam dan adrien haruslah ikut papa ke masjid.

Sabtu mereput dekat rumah sebab en.azmi kerja. jadi sebagai surirumah dihujung minggu makanya marilah kita buat kerja rumahtangga memasak dan mengemas. sekarang ni kalau malas pun tetap kena masak sebab pakjang adakan, kebiasaanya dalam sebulan tu ada juga hari-hari yang mama malas masak jadi kita makan je apa yang ada, apa yang ada tu maksudnya goreng mee ke, kueyteow ke, tak masak nasilah kiranya kan, masak yang simple-simple je.

Ahad..memang dah rasa bosan, adrien pun asyik sebut nak pergi muzium. nak ke muzium negara memang tidaklah buat masa sekarang ni. jadinya kita carilah sesuatu juga untuk gembirakan anak-anak. lepas zohor tu paksa en.azmi bawa keluar hahaha walaupun mukanya nampak malas ada mama kisah, kalau taknak juga mama je drive bawa anak-anak pegi pantai morib hahaha sebab senang je nak ke pantai morib tu kan. akhirnya en.azmi pergi jugalah kan. dalam nak tak nak tu 3 tempat jugalah kami pergi, walaupun sekejap oklah kan untuk mama dan anak-anak..ehh mama yang lebih-lebih mestilahhhh..bosan kot terperap dalam rumah.

destinasi pertama kami ke bukit jugra, sajalah nak tengok apa ada kat situ. perjalanan lancar je sebab lalu jalan kampungkan, tenang jugalah kan cuma tak tenang didalam kereta sajalah riuh dengan suara anak-anak, dalam kereta pun nak bermain dua beradik tu, adelya pula sibuk suruh touch up lipstik yang kononnya dah tak nampak dibibirnya tu, hei geram je mama tau. sampai dikaki bukit en.azmi turun tanya orang boleh ke naik atas bawa kereta? boleh rupanya jadi mendaki bukitlah kami sampai ke atas ada juga yang berjalan kaki, gigih sungguhlah dorang tu.

takde apa pun kat atas tu cuma ada rumah api dan tempat orang buat aktiviti paragliding. sempatlah kami tengok waktu tu orang buat aktiviti paragliding tu, seronok pula mama tengok, adelya siap cakap dia pun nak naik.hehehe...eh kalau pitih belanar mama pun nak jugaklah sebab mama pun suka aktiviti mencabar macam tu, tapikan kos yang perlu dibayar untuk aktiviti tu separuh dari bajet makan sebulan mama jadi mama pun pendam je lah hasrat tu dihatikan, dah lah hujung bulan belum gaji lagilah tak payah, kita tengok je sudahhh. inilah nasib seorang marhaen, nak buat apa-apa pun kena fikir beratus kali hahaha



Haa...tengok tu dorang melayang best apa, lepas dah terjun dan terbang, kat bawah sana tempat padang ragut tu lah tempat mendaratnya tu yang nampak macam petak kat bawah tuu, haa bawah tu cantik juga tempat lembu-lembu meragut rumput, itu kalau silap landing tu mau landing atas belakang lembu hehehe..nanti adalah orang-orang yang tunggu kat bawah tu untuk bawa naik ke atas semula. atas ni itu jelah aktivitinya selain itu kita dapatlah tengok keindahan sungai langat tu , eh tapi view memang cantiklah cuma mama takde kamera cantik gambar pun nampak biasa-biasa je lah kan.

untuk maklumat lanjut tentang aktiviti ini dan cara untuk menyertainya boleh lihat di sini

Itulah je lah cerita di bukit jugra, jalan-jalan pusing situ tak luas mana pun tapi ada juga nampak sepasang pengantin cantik berphotoshoot kat situ. dah moh turun anak-anak kita ke tempat lain pulak. kemana lagi lepas tu?? nanti ah mama cerita lagi, kang panjang berkajang-kajang pulak karangan mama nih. lagipun kalau cerita semua nanti takde pulak modal lain nak up entrikan. jadi tunggulah cerita seterusnya kemanakah kami hehehe


Rumah api nampak gelap lak gambar nih macam nak malam pada hal tengah panas lit-lit nih. Ye la enfon cap ayam mama guna jadi gambar pun  nampak malam je, takpelah janji ada gambar ye tak.


Tunggu giliran untuk terbang tu hehehe...ini tempat menunggu dan melihat, ruang memang kecik je, tapi oklah sebab orang tak ramaikan. Memang betul-betul tepi lereng bukit ini kalau tergolek mau jatuh ke bawah ni, adelya seronok je dok berlari-lari risau je mama takut bergolek, sebelah belakang tu lah terletaknya kawasan rumah api, berpagar dan tak boleh masuk, kalau boleh masuk mesti best nih.


View sungai langat, tengok.depan mata memang cantik rasa tenang je walaupun anak-anak tengah bising hehehe

Itulah je lah cerita di bukit jugra, jalan-jalan pusing situ tak luas mana pun tapi ada juga nampak sepasang pengantin cantik berphotoshoot kat situ. dah moh turun anak-anak kita ke tempat lain pulak. kemana lagi lepas tu?? nanti ah mama cerita lagi, kang panjang berkajang-kajang pulak karangan mama nih. lagipun kalau cerita semua nanti takde pulak modal lain nak up entrikan. jadi tunggulah cerita seterusnya kemanakah kami hehehe

Wassalam.

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...