Friday, 23 March 2018

Taman-taman Syurga

Assalamualaikum...

Katanya ustaz kalau nak berada dalam taman-taman syurga di dunia ni, hadirilah majlis ilmu. Alhamdulillah dekat tempat kerja mama ni setiap hari dekat surau bangunan bermula tahun ni MBI ada buat kuliah zuhur bersama ustaz jemputan setiap isnin hingga khamis. Jadi dah ada peluang tu janganlah dilepaskan ye tak, kalau nak keluar rumah ke masjid2 dengar ceramah tu takdelah mama ni kan, rasa macam susah je (alasan sangat nih) Jadi bila dah disediakan kemudahan wajiblah hadir. Bukan saja dapat dengar ceramah, setiap hari pihak MBI jugak sediakan makan untuk tengah hari, alhamdulillah  rezeki juga tu kan..jimat belanja makan tengah hari.

Selain tu jabatan mama sendiri pada jumaat buat pengajian kita hadith 40, alhamdulillah katanya ustazah yang datang berceramah, pihak majikan sepatutnya sediakan juga hal2 berkaitan pengisian kerohanian ni untuk pekerja, jadinya ketua jabatan dan pihak MBI dah buat yang terbaik untuk pekerja disini. Selain ceramah dan pengajian kitab ada juga pengajian quran dengan imam besar masjid negeri..eh lawak tau pak imam nih masa mengajar. Kata pak imam, datanglah belajar sebab sekarang ni tok guru yang datang cari murid,bukan murid cari tok guru jadi gunakan peluang yang ada ni sebaiknya.

Mama nak share sedikit ilmu yang mama dapat, bukan sekadar share tapi untuk peringatan buat mama juga jika terlupa...

Dari Ustaz pahrol Mohd Juoi.

Lakukan 3 perkaran jika hati tidak tenang.

1. Baca Al-Quran, perbanyakkan baca al-quran bukan saja untuk ketenangan hati tapi al-quran jika sebagai syafaat untuk kita ketika didalam kubur kelak - Pastikan kita ada al-quran peribadi sebagaimana kita ada henfon peribadi. Bagaimana hari ini aku dengan al-Quran? Sebagaimana jarak kita dengan al-quran,begitulah jarak kita dengan ketenangan. nak tenang bacalah al-Quran.

2. Perbanyakkan zikir - macam2 zikir yang kita boleh baca dan sepatutnya setiap orang ada zikir peribadi, tak kisahlah zikir peribadi tu apa, al-fatihah pun boleh jadikan zikir, misal kata kita baca 3 kali setiap lepas solat, zikir jangan yang pelik2 atau yang susah2 zikir ya Allah pun boleh yang penting kita istiqomah buat disamping zikir2 lain.

- Zikrullah pada hati umpama air pada ikan, tanpa air ikan akan mati, tanpa zikir hati akan mati.


3. Meluangkan waktu menyendiri dengan Allah. jangan hanya ketika susah kita ingatkan Allah, tetapi diwaktu senang juga kita perlu ingat Allah pendek kata setiap masa kita ingatkan Allah.

Beza tangan dengan hati - tangan akan lepaskan apabila terpegang benda panas, tapi hati tak begitu, bila ada masalah kita pegang dalam hati - solat dan sujud, belajar lepaskan masalah semasa sujud. Manusia paling kuat ialah apabila merasa lemah didepan Allah. Sujudlah dengan penuh rasa kehambaan.

Hidup ini penat mari kita berehat dengan solat, solat kerana cinta... macammana nak tahu kita solat kerana cinta? bila kita solat kita rasa tenang.

Setakat itu perkongsian mama, moga beroleh manfaatnya..nanti mama kongsi lagi di jumaat akan datang inshaAllah.

pic dari gugel

Wassalam

Tuesday, 20 March 2018

Tiba-tiba balik kampung

Assalamualaikum...

Takde perancangan nak balik kampung pun, sebabnya gaji mama memang dapat awal bulan 2 hari tu kan, dah hujung2 ni nazak la kan, en.azmi punya gaji pun lambat jugakkk bulan ni, jadinya kata en.azmi memang tak baliklah walaupun tok telefon suruh balik. mama pun takdelah nak ambik cuti walaupun cuti sekolah seminggukan.

Alih-alih petang jumaat tu en.azmi call katanya maklang(adik ipar mama) cakap nak ambik anak2 malam jumaat tu nak bawa balik kampung. eh macam risau jugalah kalau maklang dengan anak2 je balik malam tu, pulak tu nak bawa abang adam dengan adrien je, tu lagi satu masalah tu, nanti kalau abg dengan adrien takde adelya mula buat perangai mengamuk taknak pergi rumah pengasuh, sudahnya malam tu kami semua balik juga ke kampung dengan maklang, takde pitihkan kita tumpang je la maklang balik hehehe...jimat belanja.. bukanlah takde duit langsung adalah untuk isi minyak dengan tol. Dalam 9 lebih jugak gerak balik kampung, dekat pukul 1 baru sampai, sampai2 terus tidurlah pening kepala dah berapa malam tidur lewat.

Siang tu mama dengan en.azmi keluar ke temerloh, saja cuba nasib nak baiki telefon. dekat sini en.azmi tanya semua takde barang. kata adik ipar ada satu kedai repair telefon dekat temerloh tu, kami ke sanalah, kebetulan pekerja tu cakap dia memang nak pergi beli barang, jadi kami tunggulah sekejap kan sambil minum air kelapa dekat hogoh de coco tu. lepas tu ke kedai tu lagi tunggu lagi, dekat pukul 2 takde call lagi en.azmi naik ke kedai tu, rupanya pekerja tu tak pergi beli lagi, esok kedainya tutup, kami pun nak cepat, adik tu kata boleh pergi kedai kawan dia berhampiran agro bank. ke sanalah kami lepas tu. Alhamdulillah dekat situ, pekerja tu repair supaya boleh on je enfon mama ni kan. dah boleh on tu legalah kan walaupun button on tu takde. dah ok tu boleh balik dengan gumbira.

Malamnya..abah ajak makan western dekat caribou wok & grill. Hari tu lagi en.azmi dah cakap ada kedai baru dekat situ, dah ajak pergi tapi tak sempat2 nak pergi,kata maklang kali ni jomlah pergi, nak tu memang la nak tapi kitakan belum gaji macam tak best pulak, tapi dah orang ajak kita pergi je lah heheheh...gambar makanan takde pulak mama amik sebab dah penat,anak2 pun buat hal bising lapar sebab makanan lambat sampai, bila mee goreng mama sampai dorang sibuk tadah mulut ehhh berbulu je mama okeh, perut mama pun lapar tau, berebut makan dengan anak2 memang tak kenyanglah dibuatnya, tok lagi best siap order 2 menu nasi goreng cina dengan grill chicken lagi. acu order fucilli carbonara, mama tumpang la rasa ehh sedaplah pulak.bagi mama makanannya ok sedaplah.. macam biasalah sudah makan dah ada orang yang bayarkan hehehe...moga murah rezeki tok yang belanja kami makan..nanti mama belanja pulak eh, bila tu taktahu lagi.


Ahad takde buat apa,kemas2 baju je sebab nak balik dah, mula tu abg adam nak tinggal dekat kampung, nanti acu hantar balik, tapi kalau abg adam tinggal adrien pun nak ikut sama, kalau dua2 abang takde adelya mesti buat hal,jadinya semua jangan tinggal, ikut je balik, oklah semua nak dengar cakap mama takde buat perangai walaupun mama tak bagi tinggal, adelya pulak yang buat perangai, mengamuk sebab mama tak bawa khalish balik, aduhaiii mana maunya acik imah nak bagi bawa khalish balik, kalau bawa balik pun siapa yang nak jaga nanti mama kan kerja...hai macam2 lah anak dara sorang tu.

Alhamdulillah walaupun balik kampung 2 hari je oklah kan itupun menumpang maklang, kalau tak tak balik jugak kami. Hikmahnya balik kampung juga, selain dari dapat jumpa orang tua, enfon mama tu dah elok, cuba kalau tak balik mesti tak ok lagi sebab tanya2 kedai yang ada semuanya takde barang lepas tu bila minta bagi on je enfon tu tak boleh buat pulak. itulahkan setiap yang terjadi tu ada hikmahNya.

Wassalam

Tuesday, 6 March 2018

disebalik kesulitan

Assalamualaikum...

sunyi dan sepi masih bertamu..ecewaaahhh..enfon masih diam membeku, perlukah dibeli baru.. hmmm garu kepala yang tak berkutu, selagi hidup tak haru-biru, kita biarkan je lah dulu, kalau ada yang nak belikan dulu, wahhhh tak cukup tapak tangan stadium shah alam mama tadahkan kahkahkah...besor mana sangatlah sampai nak guna stadium shah alam tu mama oiii. sekarang ni guna je apa yang ada asalkan boleh call ok lahhhhh (panjang harkat nampaknya tuuu mama kikiki).

Ok lah lupakan pasal enfon mama tu, tapi kalau ada kawan2 nak bagi hadiah enfon boleh pm tepi hahaha(nak pm apanya mama ko enfon pun takde). cerita minggu lepas nih tentang anak-anak mama. Jumaat lepas dalam tengah hari, ibu ct (tempat anak2 transit, sebelah rumah je pada hal hehehe) call mama dekat ofis, dah tak sabar la tu nak tunggu mama balik bercerita siap call mama tu hehehe, mulanya tak tahu siapa call sebab takde nama naik kat skrin enfon nih,tapi mama jwab jugaklah kan. berita yang dibawa tu agak sulit jugalah kan, tapi kita tenang2 aja.

Kata ct, kak ana driver van sekolah anak2 tu dah taknak ambik anak2 lagi, adoiii dahla hari jumaat, masa yang ada cuma 2 hari je lagi nak cari orang baru. eh..bukan sebab kami tak bayar duit van, tapi kata kak ana dia jadi susah sebab nak masuk taman kami dia kena turun van untuk buka gate kat depan. ye lah taman kami ni ada letak gate kat depan dan siapa masuk atau keluar kena tutuplah gate tu, ini sebagai langkah2 keselamatan yang kami telah sepakat. Nak ambik guard dan bayar bulanan kami tak mampulah sebab ada berapa bijik rumah je dekat taman mama ni, dalam 67 biji rumah je, itupun belum semua diduduki lagi. jadinya kami letak gate je kat depan tu. Dah buat kira2 kalau nak ambik guard, tapi ye lah bukan semua orang dapat bagi komitmen kan kalau bayarannya agak mahal. Mama sendiri pun pun belum tentu mampu nak bayar kalau cecah ratus sebulan. Kadang tak sedap juga bila ada jiran2 yang komplen, van sekolah tak tutup gate, serba salah nak cakapkan. tapi cakap jugalah dekat kak ana tu, tapi tu lah lepas tu kak ana taknak dah bawa anak2. tak salahkan kak ana jugaklah kan mungkin melambatkan kerja dia.

Setelah berbincang, kami sepakat nak minta cik ida jugalah, cik ida ni jiran mama juga dan cik idalah orangnya yang menghantar adelya ke pasti kalau en.azmi out station. legalah kami sebab ida bersetuju untuk hantar dan ambik anak2 dari sekolah. sebabnya dekat taman tu cuma anak mama 2 orang dan anak ct seorang yang naik van kak ana tu. semalam merupakan hari pertama anak2 naik dengan cik ida. pagi tu berbuih mulut mama berpesan nanti cari kereta cik ida tau bukan cik ana, ye lah takut anak2 ternaik pula van cik ana tu lagi. Alhamdulillah hari pertama berjalan lancar, ye lah lagipun anak2 pun dah kenal sangat dengan cik ida, naik kereta pun selesalah sebab mereka bertiga je. petang semalam 6.40 keluar sekolah 6.50 dah sampai rumah. seronoklah anak2 siap boleh main basikal lagi lepas tu. kalau tak biasanya 7.15 atau 7.20 baru sampai rumah. ini kira oklah kan. Pagi pun takdelah awal sangat pergi sekolah, dalam 7.15 baru pergi sekolah, kira oklah sebab sekolah pun tak jauh 5 minit je dari rumah, jalan pun tak jem sebab kawasan kampung kan.

Inilah dikatakan setiap kesulitan pasti ada kemudahan. Alhamdulillah Allah mudahkan urusan mama dan ct ni. Semalam lepas ambik anak2 berboraklah dengan ida tanya dia, macammana ok ke? boleh ke lepas ni ambik dan hantar anak2 ke sekolah lagi, ida kata ok je..alhamdulillah..kalau tak mama nak suruh je en.azmi cari van lepas tu dia pulak bawa van sekolah ahahaha. ye lah mana lah tahukan kalau2 boleh buat bisnes van sekolah pulak lepas ni ok jugak tu..haaa berangan je lah kan.

gambar pinjam pakcik gugel..tq

ok lah wassalam...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...