Tuesday 20 March 2018

Tiba-tiba balik kampung

Assalamualaikum...

Takde perancangan nak balik kampung pun, sebabnya gaji mama memang dapat awal bulan 2 hari tu kan, dah hujung2 ni nazak la kan, en.azmi punya gaji pun lambat jugakkk bulan ni, jadinya kata en.azmi memang tak baliklah walaupun tok telefon suruh balik. mama pun takdelah nak ambik cuti walaupun cuti sekolah seminggukan.

Alih-alih petang jumaat tu en.azmi call katanya maklang(adik ipar mama) cakap nak ambik anak2 malam jumaat tu nak bawa balik kampung. eh macam risau jugalah kalau maklang dengan anak2 je balik malam tu, pulak tu nak bawa abang adam dengan adrien je, tu lagi satu masalah tu, nanti kalau abg dengan adrien takde adelya mula buat perangai mengamuk taknak pergi rumah pengasuh, sudahnya malam tu kami semua balik juga ke kampung dengan maklang, takde pitihkan kita tumpang je la maklang balik hehehe...jimat belanja.. bukanlah takde duit langsung adalah untuk isi minyak dengan tol. Dalam 9 lebih jugak gerak balik kampung, dekat pukul 1 baru sampai, sampai2 terus tidurlah pening kepala dah berapa malam tidur lewat.

Siang tu mama dengan en.azmi keluar ke temerloh, saja cuba nasib nak baiki telefon. dekat sini en.azmi tanya semua takde barang. kata adik ipar ada satu kedai repair telefon dekat temerloh tu, kami ke sanalah, kebetulan pekerja tu cakap dia memang nak pergi beli barang, jadi kami tunggulah sekejap kan sambil minum air kelapa dekat hogoh de coco tu. lepas tu ke kedai tu lagi tunggu lagi, dekat pukul 2 takde call lagi en.azmi naik ke kedai tu, rupanya pekerja tu tak pergi beli lagi, esok kedainya tutup, kami pun nak cepat, adik tu kata boleh pergi kedai kawan dia berhampiran agro bank. ke sanalah kami lepas tu. Alhamdulillah dekat situ, pekerja tu repair supaya boleh on je enfon mama ni kan. dah boleh on tu legalah kan walaupun button on tu takde. dah ok tu boleh balik dengan gumbira.

Malamnya..abah ajak makan western dekat caribou wok & grill. Hari tu lagi en.azmi dah cakap ada kedai baru dekat situ, dah ajak pergi tapi tak sempat2 nak pergi,kata maklang kali ni jomlah pergi, nak tu memang la nak tapi kitakan belum gaji macam tak best pulak, tapi dah orang ajak kita pergi je lah heheheh...gambar makanan takde pulak mama amik sebab dah penat,anak2 pun buat hal bising lapar sebab makanan lambat sampai, bila mee goreng mama sampai dorang sibuk tadah mulut ehhh berbulu je mama okeh, perut mama pun lapar tau, berebut makan dengan anak2 memang tak kenyanglah dibuatnya, tok lagi best siap order 2 menu nasi goreng cina dengan grill chicken lagi. acu order fucilli carbonara, mama tumpang la rasa ehh sedaplah pulak.bagi mama makanannya ok sedaplah.. macam biasalah sudah makan dah ada orang yang bayarkan hehehe...moga murah rezeki tok yang belanja kami makan..nanti mama belanja pulak eh, bila tu taktahu lagi.


Ahad takde buat apa,kemas2 baju je sebab nak balik dah, mula tu abg adam nak tinggal dekat kampung, nanti acu hantar balik, tapi kalau abg adam tinggal adrien pun nak ikut sama, kalau dua2 abang takde adelya mesti buat hal,jadinya semua jangan tinggal, ikut je balik, oklah semua nak dengar cakap mama takde buat perangai walaupun mama tak bagi tinggal, adelya pulak yang buat perangai, mengamuk sebab mama tak bawa khalish balik, aduhaiii mana maunya acik imah nak bagi bawa khalish balik, kalau bawa balik pun siapa yang nak jaga nanti mama kan kerja...hai macam2 lah anak dara sorang tu.

Alhamdulillah walaupun balik kampung 2 hari je oklah kan itupun menumpang maklang, kalau tak tak balik jugak kami. Hikmahnya balik kampung juga, selain dari dapat jumpa orang tua, enfon mama tu dah elok, cuba kalau tak balik mesti tak ok lagi sebab tanya2 kedai yang ada semuanya takde barang lepas tu bila minta bagi on je enfon tu tak boleh buat pulak. itulahkan setiap yang terjadi tu ada hikmahNya.

Wassalam

9 comments:

  1. SEROOKNYA YAN N ANAK2 BALIK KAMPUNG YA

    ReplyDelete
  2. seronoknyaa balik kampung.. dah lama tak balik ke kampung huuu
    follow sini

    ReplyDelete
  3. walaupun balik sekejap tetap ada keseronokkannya..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah ada rezeki dpt blk ke kg juga kakg bulan ramai yg kering sementara nk.tggu hujung bulan sbb gaji bln 2 dpt awal kan. Sekoga dipermudahkan segala urusan ye kak.

    ReplyDelete
  5. Kita pun balik kampung awak.....
    Seronoklah ye atok tu....dapat gader gader dengan anak cucu....
    Tak dapat aji tak per yang penting balik kampung free hihi..... makan western lagi, sapa nak bagi???
    Lepas ni dah boleh menggila wa sebab enfon dah baik hihi

    ReplyDelete
  6. yg penting dpt jgk balik kg kak.... kadang yg tak plan ni walaupun kita sblum ni nk balik pun bajet2 tp bila tak plan kadang ada pulak jln atau kemudahan nk balik... Allah permudahkan agaknya, sbb nk jumpa family kt kampung kan

    ReplyDelete
  7. Balik kampung time cuti mmg seronok kumpul ramai2, makan ramai2, tidur ramai2, hehe.. Cuma jenuh nak bertudung je.


    Khalish tu sepupu bebudak tu yea? Aii mama, adeylia dah bagi hint tu tak paham lagi kr, nak adik tu><

    ReplyDelete
  8. Kalau nk bwk ke, nk tggl ke..kene tiga2 skali la ye. Susah jgk nnt kalau xnak pg umh pengasuh, terpaksa ikut mama pg ofis.

    Sedap jgk western kat situ. Cuma fish n chip dia je kurang sikit pd tekak ira la. Hihi.. Maybe sbb tak biasa makan kot.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...