Thursday, 7 December 2017

Cendawan goreng krup krup

Assalamualaikum...

Kalau semalam dan kueyteow kungfu panda hari bercendawan goreng krup krap pulak ini lama dah mama buat, saja nak buat kudap-kudap petang, asyik makan biskut cicah tamar cocoa je kan, jadi kita kasi ubah lagi, tengok anak-anak suka ke tak. Cendawan ni penjaga transit adrien yang tanam, gemuk-gemuk cendawannya tu. mama beli setengah kilo je sebab kalau sekilo rasa macam banyak pulak, sekali eh bila buat anak-anak suka pulak sampai tak cukup. tapi 1/2 kilo tu boleh buat 2 kali lah.

Bahan-bahan :

Cendawan tiram(basuh dan toskan)
tepung beras(agak2lah banyak mana hahaha..mama takde sukatan pun)
sedikit tepung jagung (1@2 sudu)
sedikit tepung bistari yang spicy (nak bagi ada rasa pedas2 sikitlah)
sebiji telur
garam
air secukupnya.

Cara membuatnya macam biasalah macam kita nak goreng pisang ke cempedak ke. Rangup je bila dikunyah eh memang sedaplah cendawan goreng nih rangup krup krap..haaa sendiri buat sendiri kata sedaplah, buat kali pertama tu sampai tak cukup anak-anak makan, siap abang adam mintak buatkan lagi. Seronoklah mama sebab berjaya buat anak-anak makan sayur sebab anak-anak mama jarang nak makan sayur, tapi kalau kat rumah pengasuh tu makan je sayur..ehh macam-macamlah anak-anak ni.




Kemain cendawan goreng siap salad lagi tu, eh jangan main-main mama memang ngapp salad tu tau, dah berusia ni kenalah makan lebih tumbuh-tumbuhankan hehehe..salad segar dan rangup walaupun dah seminggu dalam esbok, apa rahsianya?? hahaha..nanti mama share lagi. tu diaaa lepas nih banyaklah entri dari dapur mama agaknya kan, ye lah tilik-tilik enfon nih banyak juga gambar yang ada jadi sebelum mama clearkan mama share kat sini je lahkan.

Wassalam



Wednesday, 6 December 2017

Kueyteow Kungfu panda 🍝🍝

Assalamualaikum...

Khamis lepas dok fikir-fikir nak masak apa untuk berbuka , rasa malas nak makan nasi, sudahnya dapatlah idea nak buat kueyteow kungfu (panda tu mama tambah je la heheh). Mama guna bahan-bahan yang ada didapur saja waktu tu, lagipun kueyteow yang en.azmi beli dah bertapa lama dalam esbok tu, asyik buat kueyteow goreng je kali ni kita kasi tukar pulaklah kan.

Mudah je nak membuatnya, tak sampai sejam pun sambil lenggang-lenggang kangkung dah siap.... eksen sangat bunyinya tu mama hahahah, alah sesekali nak eksen.

Bahan-bahan yang digunakan:
Sebungkus kueyteow
4 biji telur

Bahan kuah (mama guna apa yang ada didapur je waktu tu)
Sayur pak choy
Karot
Isi ayam
Fish kek
Bawang putih
Halia
sos tiram
tepung jagung

Cara membuatnya:
Pecahkan 4 biji telur tu dan kacau kueyteow tadi mama asingkan 6 bahagian, alah buat sikit-sikit je sebab bebudak tu bukan makan banyak pun, kalau orang2 besar nak makan bahagi 4 atau 5 bahagian pun ok kot, kemudian celup dalam telur tadi dan goreng dengan minyak yang sedikit, ulang proses tu untuk semua bahagian dah siap ketepikan.

Kuahnya pulak, macam biasa buat sup tu lah kan, tumis bawang putih dan halia dulu, ,kemudian masukkan ayam dan fish kek, dah hujung-hujung baru masuk sayur dan tepung jagung, tepung jagung macam biasalah nak pekatkan kuah tapi mama letak sikit je sebab taknak pekat sangat, Last sekali cili kicaplah, ptong cili letak kicap sajek, dah siap. makan panas-panas sedap. pakjang yang tak gemar sup tu pun makan jugaklah.

Trngok gambar tetiba rasa nak makan lagi 😂
Tak nampaklah kueyteow nya tu terlindung disebalik timbunan sayuran, up kat group wasap, makngah kata nampak sedaplah "ehhh..bukan nampak je tau, memang sedap nih" hahahah, nak makan datanglah rumah nanti..ecewah kemain ajak dorang datang makan.

Sekian dari dapur mama.

Wassalam

Monday, 4 December 2017

ehhh tetiba nak membebel

Assalamualaikum...

Amboi syok baca cerita kawan-kawan pergi jalan-jalan makan-makan cuti 3 hari ni, mama anak beranak mereput je la kat rumah tu ha, memasak, mengemas, mendobi baju berbakul-bakul dan melipat baju. Apa nak dibuatkan, en.suamiku busy kalah menteri, layan je laaa.. pakjang pun takde kat rumah, pergi rumah kawan jadi mama pun masak ikut sedap tekak je laaa..cemuih oiihh dok rumah je, tapi nak berjalan dengan anak-anak je macam risau pulak mama, sudahnya mohler mereput tengok movie kat rumah, layan cerita lama yang orang lain dah khatam tengok, mama baru nak tengok, hentam je lah kan.

Ini minggu ni cadangnya nak balik kampung, abah mertua pun dah call..eh siap call mama lagi tu tau tanya bila nak balik kampung?mama anytime je boleh nak balik, tapi en.azmi tu la busy je memanjang,cuti public pun dia keje. mama pun dah ambik cuti seminggu minggu depan sebab nak balik kampung, tapi kita tunggu tengok je macammana nanti kan, kot tak jadi kang kita mereput la seminggu pulak kat rumah..hahahah yang hero 2 orang tu dah siap mengajak mama tengok wayang citer pokemon 7 dis ni mula tayang. adehhh mama takde hati la nak tengok citer pokemon tu, tapi kita tengoklah nanti macammana kan kot-kot balik kampung boleh ajak mak2 sedara dorang pergi tengok. ngehngehngeh...kot takde tu nanti,kita fikir kendian je lah ye anak2, mana tahu tetiba mama gigih bawa anak2 g tengok wayang bila papa busy keje kan.

Tok sebenarnya dah suruh abang adam balik kampung awal ikut maklang minggu lepas, tapi nak kena hantar dekat ofis maklang, takde siapa pulak yang nak menghantarnya kan, en.azmi sibuk kalau mama memang susahlah nak keluar dari ofis kan, nak suruh maklang ambik dekat ofis, mama kena bawa abang datang ofis dulu, kalau bawa abang datang ofis dah sah-sah lah yang budak berdua tu pun mengamuk nak ikut, sudahnya semua tak payah ikutlah, lagipun sayang pulak nak bagi abang balik kampung lama-lama, nanti kena tinggal kelas mengaji pulakkan. dah kalau macam tu kita tunggu weekend ni je lah balik kampung sama-sama, lepas ni kalau nak tinggalkan sekejap tu kat kampung kita fikirkan kendian. sebab kemungkinan nak balik lagi hujung bulan ni sebab adik abah(abg ipar) nak kawin, abah dah jemput. Kalau jadi nak balik tu bolehlah tinggalkan anak2 sekejap kan.


Tengoklah anak dara sorang ni, dia yang sepah dia yang gigih snap pic, mama ambik enfon tengok macam-macam gambar pun ada. Malas dah mama nak memetir, penat kome wehhh high pitch je mama kalah tarzan punya suara jadi bawak2lah insof mama, kang satu  taman panggil mama tarzan pulakkan jadi mama biar je deme bermain, agak tak lalu nak tengok tu mama angkut penyapu je sapu mainan tu, itu jam barulah berdesup memasing nak selamatkan mainan, mama tak heran derr mama kaut je letak tepi, nak berjalan terpijak mainan kecik tu menyirap hokehh. dah mama kumpul letak tepi dorang pun senyap je lah, mama perati je memasing itu kalau takde sape yang ambik simpan memang mama masukkan tong sampah je la hahaha...kejam sangat ke, eh biarlah nak kejam pun, kalau tak buat macam tu, dorang tak reti nak hargaikan.

Mama pun dah buat peraturan baru kikiki... haaa pandai pun nak ikut, jadi kita tengok sampai bila boleh bertahan, cuma jangan ada campurtangan lain je, campurtangan papa dorang la, yang itu nampak garang tapi hati boleh cair, ni haaa..mama dorang ni lagi kental. kalau taknak kena libas dengan hanger beranilah korang lepas nih kikiki. cakap lembut tak jalan, kita guna cara lain pulaklah kan, ya betul ada orang guna cara lembut, tapi terpulanglah cara masing2 kan dalam mendidik anak, tapi janganlah dibantai sampai lebam dan patah riuk pulak. cukup sekadarnya saja kadang hanger tak sampai pun lagi kat betis tu, tapi dah menangis dulu..ceh pandai sangatkan nak berlakon, ini ikut perangai sapa ni..kadang bukan setakat sampai betis baru mama nak carik hanger dah meraung..heheh geram pulak dibuatnya, adalah sorang tu yang manja sangat..eh bukan adelya tau tapi adalah sorang abangnya tu, manja terlebih.


Tengokkk..penuh satu rumah ditaburnya mainan, ini memang keje makcik bawang ni lah takde keje orang lain lagi, sedap dia bersila, kita nak berjalan pun susah, terpijak mainan dia, tarik nafas pelan-pelan je lah mama dah tua2 ni kan kang darah tinggi pulak. agak tak lalu nak hadap mama masuk bilik pejam mata tidur kahkahkah..semalam memang mama malas dah nak mengemas kubiarkan aje, penat kome wehh..tetiba apak eh balik..membebel orang tua tu, balik keje penat tak sempat nak duduk dah mengemas rumah pulak, isterinya ni malas dah nak layan. tapi walaupun cenggitukan ada pulak dia hulur gula2 yang anak pesan suruh beli..ehhh kalau emaknya ni jangan haraplah selagi ko tak kemas segala sepah tu takde de mama nak bagi, dah kemas semua baru boleh bagi upah. ini dahlah kita yang kemas dorang pulak dapat upah..hah kalau mama simpan je gula2 tu untuk lain hari.

Oklah sekian bebelan mama yang hampir mereput kah!

Wassalam


Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...