Showing posts with label cerita hari lahir. Show all posts
Showing posts with label cerita hari lahir. Show all posts

Friday, 26 January 2018

Terharu sangat

Assalamualaikum...

Hari ni rehat panjang jadi mama berjanji dengan 2 orang sahabat untuk berjumpa. Nama je duduk dekat kami ni tapi susah sangat nak berjumpa yelah masing2 dah ada kehidupun sendirikan. ini sahabat mama ni memang sejak dari tadika kami berkawan sampailah sekarang.

Mulanya berjanji nak makan di seksyen 9 tapi kata kawan mama yang bekerja di hospital tegku ampuan klang nanti takut dia tak sempat nak  rempit balik pulak kalau pergi jauh2 oklah mungkin dia ada banyak kerjakan, takpelah kita makan je dekat alam sentral tu. Nana dah sampai dulu, sementara menunggu miza kami lepak dekat garden cafe dululah.

Tengah borak2 dengan nana miza sampai, aduhh terkejut mama miza datang dengan belon dan kek, rupanya budak 2 orang nih dah berpakat nak surprisekan mama. ehhh terharu mama dibuatnya tau dah umur 40 tahun ni dapat pula belon2 dengan kek di hari lahir...kena pulak tu belon dengan kaler baju mama, tahu je dorangkan mama suka pink.

Kata miza tak dapat nak makan kek sedap kalau pergi nanti surprise tak jadi pulak sebab dia akan datang ambik mama dan nana, jadi nanti mama nampaklah belon yang dibawa, nak tak nak kenalah makan dekat kawasan sekita ofis mama je, eh makan dekat dengan ofis pun takpe. lama tak jumpa seronok bersembang tak sedar dari 12.15 membawa ke 2.45..sedih pulak nak berpisah sebab dah lama tak jumpakan, inshaAllah dah berjanji nak jumpa lagi sebab nak bawa nana makan kek sedap jugak hehehe.


Amacam...comel tak mama dengan belon2 tu, ini bawak balik konpomlah jadi hakmilik adelyakan, tunggulah petang nanti mesti makcik bawang tu sibuk tanya ini belon siapa punya?.


Bawa belon masuk ofis dalam lif ada yang bertanya besday siapa? mama cakap besday mama semua pakat ucap selamat hari lahir..adoii malu pulak rasa tapi alhamdulillah seronok juga. Sampai dekat tempat pulak ada sau bungkusan mama terima, rasanya takde pulak mama beli apa2 online, rupanya biras mama poskan hadiah untuk mama..alhamdulillah rezeki berganda hari ni untuk mama. Bagus sangat nih semua tahu warna kesukaan mama. Terharu sangat2 sampai tak sabar nak update kat blog

Untuk sahabat mama...moga ikatan persahabatan kita ini membawa sampai ke syurga, untuk biras mama terima kasih banyak2 tak sangka dapat hadiah. Moga Allah berikan ganjaran buat semua kerana berikan kegembiraan dan senyuman buat mama hari ini. Moga Allah mudahkan urusan buat semua.

Wassalam

Monday, 22 January 2018

Fasa baru hidup 🎂🎂🎂🎂

Assalamualaikum....

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih dipanjangkan usia mama, Alhamdulillah juga hari ni mama memasuki satu lagi fasa umur yang baru, dah angka 4 kat depan tu ya. Moga dengan perubahan angka ini, maka kehidupan mama juga akan berubah ke arah yang lebih baik, bak kata ustaz yang datang ceramah life begin at 40 ni maksudnya... 40 tahun tu penanda arasnya, kalau masuk 40 tu kita berubah ke arah kebaikan maka inshaAllah hidup kita seterusnya akan kekal dalam kebaikan, begitu juga sebaliknya..wallahu'alam.

Dengan pertambahan usia juga maka makin pendeklah masa mama didunia ini..moga dengan pertambahan usia ini maka bertambah-tambah jugalah keimanan mama ni, bertambah2 jugaklah ibadah dan kebaikan mama. Segala yang kurang perlu di topup dan perlu istiqomah, bak kata ustaz dunia ini tempat untuk kita berpenat2 supaya kita dapat berehat di akhirat kelak, Banyak yang perlu dikejar ni, biar sedikit tapi istiqomah. Moga dipermudahkan oleh Allah segala niat yangbaik itu.

Pagi sampai ofis macam biasa je..lepas tu dengar suara berbisik2, kemudian adik2 ni ramai2 nyanyi lagu hepi besday untuk mama...hehehe dah cukup berbunga hati ni, terima kasih adik2..family antara yang terawal wishlah, tapi opcos yang paling awal en.azmikan...wish pun dah ok tapi kalau bagi hadiah lagi ok hakhakhak..takpe takde hadiah pun, sesungguhnya kita lebih tahu. dihari ini mama doakan semua kesayangan mama sentiasa dalam rahmat dan redha Allah swt.

Ini saja nak share ucapan dari family..hehehe sajalah nak share dorang tu sukakan buat lawak, ucapnya semua kopipes jek, tapi oklah kopipes pun kan, tengok nama group pun family kopipes hehehe

tengok...julia robert wish besday kat mama tu..hahaha ada ke cakap mama 19 tahun, mama baru 17 tahun la


Daniel dah kantoikan pulak cakap umur 40 tahun hehehe, share sikit je lah sebab ucapan semuanya sama pun kan, semua pun wish dalam group, oklah tu kan walaupun mama tahu mesti pesbuk yang remindkan??? hehehe ye lah mana nak ingat besday semua orangkan, kalau adik-beradik mungkinlah ingat, adik ipar tu mungkin tak ingatlah kot kan, tapi oklah adik2 ipar pun nak wish juga, anak buah je tak wish lagi nih, ye lah sekolah kan pagi2 ni, tak wish malam kang siappp..hahaha

Ini ucapan yang paling menyentuh hati, ya di hari lahir sendiri ni pastilah yang mama tak boleh lupa adalah orang yang melahirkan mama dan yang membesarkan mama hingga mama sampai ke usia ini, terima kasih mak ayah...kalau mak ayah ada tentu mak ayah tak ingat pun besday anak mak ni kan, ye lah faham sangat, tapi anak mak ni mesti akan ingatkan mak yang hari ni besday dia kan..hehehe


Ucapan dari mak mentua..terharu dan bangga rasanya bila mak mentua pun bagi ucapan besday untuk mama..InshaAllah mak terima kasih mendoakan anak mak ni, inshaAllah moga kami sentiasa tabah dan sabar salam melalui setiap ujian dalam hidup ini. Selain mak mentua adik2 ipar dan biras pun bagi ucapan juga. Siap request lagi suruh adik ipar buatkan durian crepe hehehe...bila nak dapat tu tak tahulah..yang penting minta dulu kan.

Wassalam.

Friday, 22 January 2016

tentang mama

assalamualaikum...

nor fazilah bt ibrahim itulah nama diberi tapi lebih mesra disapa kak lah..adakalanya ketika zaman kanak-kanak dulu dipanggil 'pak dollah sayang' hhahahha nama ejekkan lah nih ....dilahirkan pada tarikh hari ini 38 tahun yang lalu...alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas dimuka bumi ini selama 38 tahun.Semoga terus dipanjangkan usia mama ni, dan semoga usia yang ada ni diberkati Allah swt.

merupakan anak ke 3 daripada 9 beradik..6 perempuan 3 lelaki, mama dilahirkan di negeri Perak sebenarnya ate...teman orang felda ijok, selama perak.tapi dibesarkan di negeri Pahang, Al-kisahnya arwah mak dan arwah ayah merantau ke Pahang dalam usaha mencari rezeki, permulaannya kami duduk di Kg.Awah, Temerloh, lama juga menetap disitu, sebelum arwah ayah mohon untuk masuk ke tanah rancangan felda.

Setelah dapat masuk felda, bermulalah kehidupan mama sebagai anak felda, mula-mula masuk felda susah tak macam felda yang sekarang, dulu api air pun takde, merasalah mama mandi air telaga, guna pelita minyak tanah, kalau nak up sikit guna lampu gasoline, ada kat blok mama tu merangkap guru mengaji mama, berada sikit dari jiran-jiran yang lain, rumahnya sebuah yang ada televisyen dan lampu bermentol, itupun hidup guna generator.

Teringat dulu-dulu dirumah itulah kami berkumpul setiap malam untuk tengok cerita jepun oshin, rin hanikoma, berkumpul ramai-ramai, walaupun tv hitam putih yang jenis buka pintu tu, itupun dah seronok sangat, dihalaman rumahnya juga tempat kami berkumpul bermain di petang hari, masa zaman moero attack, semua pakat main bola tampar, yang sezaman dengan mama mungkin ingat cerita ni kan, dulu-dulu glamer citer jepun, takde citer korea...hehehe yang masih mama ingat, miss comec, kesatria baja hitam dan macam-macam lagilah, banyak jika nak disenaraikan.

Dulu-dulu jalan tak bertar, hanya jalan tanah merah yang berbatu kecil-kecil, bila hari hujan, habislah merah kasut sekolah, arwah ayah bijak, disuruhnya kami, bungkus kaki dengan plastik, jadi bila berjalan, kasut takdelah terkena percikan tanah merah tu.

Hidup sebagai anak felda ni dulu tidaklah sesenang mana, dengan kami yang 9 beradik ni, arwah ayah cuma menoreh getah,arwah emak pula surirumah,  pernah juga kami makan nasi dengan garam, pernah juga makan nasi berkuahkan minyak bekas goreng ikan semata...Walaupun mama ni anak penoreh getah, tapi memang tak pandai menoreh, bukan setakat tak pandai menoreh ladang getah arwah ayah pun tak tahu di mana,kerana apa? kerana kami adik-beradik tak pernah ke ladang, jangan haraplah ayah nak bawa, arwah ayah memang tak pernah nak bawa kami menolongnya diladang, saat kami dengki dengan kawan-kawan lain yang sering ke ladang, tanpa kami tahu mereka lebih dengkikan kami, kerana tak perlu berpenat ke ladang setiap petang seperti mereka.

Baru mama tahu kenapa arwah ayah tak pernah mahu bawa kami ke ladang, kerana arwah ayah tak mahu kami merasai kesusahan seperti yang dia lalui, susahnya biar hanya dia yang rasa, kerana katanya penat kerja menoreh ni, nak tolong mengutip getah pun arwah ayah tak bagi, katanya penat nanti, getah tu busuk nak dikutip dan diusung dengan baldi, berat...anak-anak tak mampu nak buat nanti, sudahnya buat je lah berdua, arwah mak dan arwah ayah...begitulah pengorbanan mereka.

Haiii panjang pula cerita mama ni ye.. Sek.men.dato' bahaman lanchang,sekolah mama dulu,sesudah spm mama ambil stpm,maklum tak berapa nak bijàk mohon masuk u tapi tak dapat,dengan pangkat 2 spm tu,mama masuk form 6, di sek.men.abu bakar temerloh,sapa orang temerloh mesti tahu sekolah tu tepi jalan je hehehe

Yuran stpm pun bayar sendiri, masa cuti sekolah bulan nov,dis tahun 1996...mama bekerja disebuah kedai baju di chow kit,kedainya betul-betul dibawah jejantas yang pernah arwah sudirman hj arshad buat persembahan dulu, masa kerja duduk di flat belakang tu wisma hock ann namanya kalau tak silap,tak tahu lah wujud tak lagi tempat tu.

Stpm dapat 4p. .tak teruskan pelajaran terus bekerja sambilan di jab.perangkaan malaysia negeri selangor selama 2 tahun, kemudian mama dapat tetap di jabatan yang sama pada mei 2000 dan mama masih disini mencurah bakti. Apa itu perangkaan? Mama pun tak tahu dulu,yang mama tahu buat banci penduduk sahaja,tapi banyak cabang kerja dijabatan ini,pengalaman yang mendewasakan.

Bertemu jodoh pada umur 30tahun...alhamdulilah bertemu juga jodohnya bersama rakan sekelas masa form 4 dan form 5, itulah kita tak tahu jodoh kita siapa kan, kalau tahu mungkin lepas spm mama ajak en.azmi kawin hahaha, tapi jodoh itu rahsia Allah kan,Dia lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya, hasil perkongsian hidup mama dikurniakan 3 orang cahayamata..alhadulillah dengan rezeki anak yang Allah bagi,syukur sangat-sangàt kerana apa yang mama dan en.azmi rancang dan doa Allah makbulkan.

Dah 38tahun ni mama harap akan bertambahlah keimanan dan ketakwaan mama ni,kerana dengan meningkatnya umur mama ni,maka makin dekatlah mama untuk ke alam yang satu lagi,moga mama dapat membuat persiapan dan bekalan yang secukupnya apabila mama dijemput Ilahi nanti, semoga Allah jemput mama disaat Dia benar-benar redha akan mama.

Hadiah untuk mama? Hehehe...takde dah pun hadiahnya sebab dekat-dekat dengan anniversarykan,masa tu kan dapat hadiah surprise dari en.azmi,jadi cukup-cukuplah apa yang mama dapat tu,tapi tak tahulah kot dapat lagikan,tak dapat hadiah, belanja makan pun jadilah hehehe...kità tunggu je lah mana tahu ada surprise lagi nanti...kuikuikui,en.azmi itu suka buat terkejut-terkejut jek...




Hadiah mengejut yang mama dapat masa anniversary dulu, cukup dah rasanya untuk màma,menggantikan yang lama yang asyik bermasàlah dengan bateri sudah beberapa kali ditukar,masih juga tak elok,sudahnyà trade in sahaja yang lama dàpatlah yang ini,jadilah untuk mama yang tak berapa pandai dengan gadget-gadget nih.

Panjang sungguh mama tulis rasanya nih, syabas buat yang membaca sampai abis...


Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam


Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...