Assalamualaikum...
Cafe yang terletak dekat jugalah dengan rumah, baru berkesempatan nak berkunjung 😁. setakat ni sudah 2 kali la pergi. pertama kali dengan family kecik mama je kali ke 2 pergi dengan family in law. Alhamdulillah makanannya semua sedap, kenalah dengan tekak kami.
Ohoi lama tak menulis ni tetiba takde idea nak tulis apa hahaha...cerita makan2 ni pun dah lama jadi tak tau nak cerita apa dah. layan gambar makanan je la kita. Gambar tak banyak sebab dah terdelete pulak 😂
Untuk anak dara yang tekak omputih, spageti carbonara, sempatlah mama rasa sedap, creamy kuahnya, cuma spageti tu agak keras sedikit, mungkin rebus tak lama, tapi masih boleh dimakan dan tetap sedap.
En.Azmi nasi goreng kambing, suka benor makan kambing ye..