Tuesday, 30 June 2020

Sebelum PKP

Assalamualaikum...

Semoga kita semua sentiasa dibawah lindungan rahmat dan redha Allah swt, dijauhkan dari segala penyakit yang berbahaya dan bala bencana...aamiin

Weekend sebelum pkp diumumkan sempatlah mama dan adik-beradik sempat lagi berkumpul untuk sambut besday makdak. Perancangan spontan..kalau tak mama tak join sebab nak balik kampung adik en.azmi nak bertunang tapi lepas tu majlis ditunda jadi teruskan dengan perancangan asal.

Berkumpul tak jauh pun dekat dengan rumah mama je dekat taman di Rimbayu tu je dan hari kejadian tu orang tak ramai, mungkin sebab orang dah berjaga-jaga pasal covid 19 waktu tu. Buat stail potluck je bincang nak makan apa, semua bawa sorang sikit tugas mama kukus pulut je untuk makan dengan ikan masin.


kek pulut kukus ditabur dengan rendang daging dan dihias juga dengan ikan masin hehehe.. memang itu jadi menu utama kami hari tu, pulut kukus dimakan bersama rendang daging, ikan masin dan kelapa. redha je la makdak kan itu je kek nya tapi memang itu yang makdak nak pun sebab kalau beli kek pun bukannya makan sangat kami ni.


Bila berjumpa memang takde aktiviti lainlah geng gigirl nihh(gigirl lagi tuh kan heheh) memang penuh gambar kami je la, waktu ni pakciklah mangsa jadi fotografer kami. mujutlah ada adik2 lelaki yang rajin melayan kakak2 dia yang rajin nak bergambar ni ha. mama ni pun kalau sorang2 memang takdelah nak bergambar, bila ramai2 macam2 ni barulah nak bergambar. Ada yang tengok gambar ni cakap "muka mama dan adik-beradik nak sama bila tengok gambar kami tak tahu yang mana satu mama"hehehe ye ke


layannn je pakcik...kakak2 dia nak bergambar tetengah panas tu masa ni adalah 3 hari sebelum pkp diumumkan orang pun dah tak ramai di taman ni mungkin sebab orang dah mula berjaga-jaga dan tidak keluar rumah, kami ni pun memang duduk makan lepas tu balik rumah, berjaga-jaga jugakan demi kesihatan semua.

Selepas ni inshaaAllah berkumpul lagi adik-beradik untuk majlis lain pulak, inshaaAllah nak buat kenduri pulak. andai umur panjang dan diizinkan Allah nak menguruskan majlis pertunangan dan perkahwinan adik pula lepas ni, doakan urusan mama dipermudahkan ye.

Wassalam

4 comments:

  1. alah2 suka tengok akak adik beradik kalau buat sambutan memang meriah, siap tema.... comel bday girl yang dirai...

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam wr wb. semoga panjang umur

    ReplyDelete
  3. Hehe..sporting semua pakai telinga rabbit. Comel.
    Moga dipermudahkan urusan majlis, memang banyak nak kena fikir dan buat tu.

    ReplyDelete
  4. uniknyaaa kek besday tu.. festime tengok orang buat.
    saya suka juga makan pulut dgn ikan masin eheh..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Menghitung Malaysia 7 Julai 2020

Assalamualaikum... Ada yang dapat info berkaitan menghitung Malaysia ni? Apa menghitung Malaysia tu? hehehe ok meh mama cerita walaupun da...