Assalamualaikum...
Dah lama si Adrien dok minta mama buatkan bubur tapi mama ni dok tanyalah bubur apa yang dia nak? dah macam-macam bubur mama buat bubur kacang, bubur keledek, bubur labu comel pun mama dah buat. Adrien kata nak makan bubur yang macam baby tu...Adelya pun dok sibuk suruh buat bubur macam mak yang transit pasti dulu buat...
Sudahnya mama pun taram je lah buat bubur nasi ala-ala bubur ayam Mcd tu, tengok bahan-bahan semua ada, guna apa yang ada didapur saja. guna nasi sejuk je, dapatlah seperiuk kecik, bahan yang mama guna nasi sejuk, kiub ayam, isi ayam,minyak bijan sikit, lada sulah, cuma daun bawang je takde. Siap masak masing-masing makan licin bubur seperiuk... kenalah tu dengan selera masing-masing.
Setakat hari ni dah 3 kali mama buat bubur ayam ala Mcd tu, suka sungguh budak-budak dekat rumah tu, rasa pun alhamdulillah..ada la juga rasa lebih kurang bubur ayam dekat Mcd tu hehehe lama dah tak makan bubur tu tapi masih ingat rasanya, dekat rumah mama ni takde Mcd, yang ada kfc,texas,pizza je kalau nak makan Mcd jauh ke banting sana,itu yang malas tu, dah boleh buat bubur tu kira oklah tak perlu nak mencari Mcd lagi huhu
Rupa bubur mama...nampak rupa macam biasa tapi alhamdulillah rasa bukan biasa-biasa hahaha sendiri masak sendiri puji kikiki.. Kalau ada daun bawang ditabur nih tentu nampak lebih menarik.
Wassalam
diari mama untuk anak-anak soleh dan solehah mama... adam aryan, adrien aryan & adelya azra.. penyejuk dimata,penawar dihati.. bila suatu hari nanti mereka boleh membaca,dapatlah mereka membaca kisah tentang mereka yang mama coretkan disini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kejohanan Silat Olahraga
Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...
-
Assalamualaikum... kali ni mama nak cerita pasal muzium 3D kat cameron highland.mama memang sukalah bab-bab lukisan ni teruja je dengan ga...
-
Assalamualaikum.... Salam isra' Mi'raj semua, ada yang berpuasa hari ini? alhamdulillah..rezeki tu dapat berpuasa, tak dapat berpu...
Takpe sendiri masak sendiri puji, sebab sendiri yang merasa..haha
ReplyDeleteKalau baca bahan2 tu pun memang boleh bayangkan kesedapan bubur ala bubur mc D ni :)
seronok bila dah masak anak-anak selera makan yek kak... dana nk kene cari minyak bijan lah sebab orang kata bubur mcd tu ada minyak bijak sikit...
ReplyDeleteSuka makanan kalau ada letak minyak bijan.
ReplyDeleteCakap terus-terang saya pun yang dewasa suka bubur nasi. Boleh cuba resipi puan ni.
Jenuh cari satu Perth minyak bijan yg bertanda HALAL.. tapi tak de. Yg vegan ada tapi selagi tak de tanda halal.. mcm seram pulak, udahnya memendam impian nak masak menu2 Korea anak request.
ReplyDeleteya, saya pun suka makan bubur nasi ni. tabur bawang goreng dan telur masin yang kuningnye tu je... heheh
ReplyDeleteSedapnya bubur McD Mama ni 😋😋😋
ReplyDeletekalau ada daun bawang dengan bawang goreng
ReplyDeletemesti bertambah best
hehehe
Anak2 akk pun suka bubur nasi ni. Sedap makan panas2 kan, taruk sambal kicap sikit..peeghhh..berasap telinga.
ReplyDeleteEhh mmg lah sedap makan bubur mcm ni, kita suka je, tapi masalahnya org lelaki dlm rumah tak berapa puasa makan bubur gini jadinya kenalah masak lain jugak....huhu..guna nasi sejuk? Kenapa tak guna je beras mutk masak bubur ? Ohh ada lebih nasi eh
ReplyDeleteSedapnya bubur tu.. tengok dari bahan dah boleh bayangkan.. tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng lagi sedap tau..
ReplyDeletesebenarnyakan kita yang dewasa ni pun kadang2 suka makan yang macam ni.. tekak tak lalu menu lain nak makan bubur jugak. ehhe budak2 lagi suka =D
ReplyDelete