Sunday 1 March 2020

Melawat kawasan bersama Mr.Perfect 10

Assalamualaikum

Hari ni angkut en.azmi dan anak² ikut mama pergi kerja. Kerjanya melawat kawasan jajahan banci penduduk yang mama ditugaskan untuk jaga. Pukul 10 gerak dari rumah, menggagau jugak wehhh dengan peta cd tu, entah dari mana nak mula pun mama dah confius maklumlah dah lama tinggalkan kerja di lapangan ini. Buka google earth di enfon pun tak begitu membantu. Sudahnya guna telefon en.azmi hahaha...enfon dia ok sikit boleh install arcgis,sistem tu lagi ok sebab boleh detect kita dimana.

Mama yang tak berapa nak reti ni terpaksa memandaikan diri install lepas tu satu hal pulak nak masukkan no cd mama dalam enfon en.azmi sebab dulu budak ofis yang masukkan dalam enfon mama, cari punya cari jumpa la cd tu dalam enfon mama mujurlah tak dibuang lagi,mujur juga lah mama masih ingat macammana budak tu buat,tu pun terkial² jugaklah nak share guna bluetooth,tapi alhamdulillah Allah bantu mudahkan dapat je masukkan dalam enfon en.azmi terus on arcgis dapatlah detect kita dekat mana dalam peta tu. Mudahlah nak cari mana sempadan cd mama, bukan apa takut termasuk sempadan orang lain nak pula kalau sempadan rekaan,kalau sempadan yang jelas tu takpelah.


Kawasan mama bercampur² ada bp kuarters kerajaan,orang asli,estet,taman perumahan dan kampung, buat dengan en.azmi ni satu je dia mesti cari sampai puashati macam dia pulak yang kerja tapi tadi sebab dengan anak² dah bising panas dan lapar terpaksalah berhenti dulu sambung minggu depan dia tak puashati tak jumpa jalan masuk ke bp 100 kawasan estet,yang jumpa jalan ladang sawit takut pula nak masuk, nak cuba cari jalan lain pulak.

CD mama ada 118BP, maknanya nak kena ada 118 pembanci,1BP 1 pembanci,ada juga penyelia mama tak buat banci cuma membantu saja,tapi sebagai pembantu pun mama kena tahu semua sebab nanti nak kena bagi taklimat dan mungkin juga kena tunjuk kawasan kepada penyelia dan pembanci. Doakan mama dapat penyelia dan pembanci yang komited dalam menjalanjan tugas ye. Sepanjang berkhidmat,ini kali ke-3 banci penduduk untuk mama tapi ini yang pertama,mama terlibat pertama tahun 2000 kedua tahun 2010 mama tak terlibat pun sebab tak suka nak berjumpa dengan orang tapi kali ini terpaksa terlibat apapun kita terima amanah yang diberikan ini.

Mujur ada mr.perfect 10 yang menolong,silap² hari banci pun mama heret en.azmi juga tolong hahaha. Kata boss mama suka tak suka kita kena buat juga walaupun kita rasa susah tapi percayalah hari banci ini pasti akan berlalu, kena kerja non stoplah masa hari banci nanti yang akan bermula 7 julai. Kawan² semua pastikan anda dibanci ye,kalau nak isi bancian melalui e-cencus pun boleh nanti mama akan bagitahu ye.

Mod banci yang akan digunakan semasa banci penduduk nanti, jika kakitangan awam akan menggunakan e-cencus

Wassalam

6 comments:

  1. Masa belajar dulu pernah join banci2 ni, Prof dekat u nak buat research. Seronok keluar masuk kg, interview orang sana sini.

    All the best ye mama.

    ReplyDelete
  2. Semoga urusan dipermudahkan dapat pembantu yang sangan membantu hendakNYA.

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan urusan kerja kak lah..
    Mujur ada mr.perfect10 membantu..
    Part mencari tempat ni, kalau xde pembantu mmg payah. Mana nk drive, nk tgk peta lagi kan..

    ReplyDelete
  4. dah sudah siap semua tu nnti belanja jelah en perfect 10 tu dengan anak-anak layan abc ke laicikang kak... mesti best layan di waktu musim panas ni

    ReplyDelete
  5. Teringatlah balik waktu membanci 10 tahun dulu. Susah rupanya nak interview orang tanya satu-satu rumah. Saya banyak kena rumah orang Cina masa tu (banci di kampung baru atau dipanggil Kurung)

    ReplyDelete
  6. best jugakkan membanci orang ni...tak delah boring duk ofis je. Nasib dapat husband sporting kan....kerja pun jadi senang

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...