Monday, 17 June 2019

Rendang Daging palembang


Assalamualaikum...

Balik dari kampung hari tu, bawa balik sekali daging dan ayam yang banyak tok beli. Mujur kete kecik kalau besar mau semua benda nak.diangkutnya. Itupun dah sampai rumah baru tahu ketupat palas yang mama frozen tu ditinggalkan. Punah harapan nak makan ketupat palas dengan rendang, sudahnya rebus nasi impit je la.

Isnin 10hb tu mama memang saja ambik cuti sebab anak2 masih cuti sekolah. Pagi tu tengok tv sambil fikir-fikir nak masak apa? Ehh tengok2 ada pula chef tunjukkan cara masak rendang daging palembang. Mama pun main ingat2 je la, lepas tu terus ke dapur keluarkan daging...makanya hari tu terhasillah rendang daging palembang versi mama yang tak berapa nak cukup bahan.

Mama sertakan sekali resepinya,mana tahu lain kali nak buat boleh mama tengok resepi kat sini je
Lagipun masa mama up kat status whatsapp tu ada yang minta share resepi..


Bahan-bahan.
700gm daging
2 batang serai dititik
500ml santan
3 sudu kerisik
2 sudu serbuk kari
1/2 cawan kicap lemak manis
2 helai daun limau purut
Sehelai daun kunyit

Bahan kisar
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah kecil
2cm halia
3cm lengkuas
4 sudu cili kisar

Bahan tumis
Kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Cara2
Panaskan minyak kemudian masukkan bahan tumis. Kemudian masukkan bahan kisar dan semua bahan lain kecuali daging, masak hingga pecah minyak dan baru masukkan daging, tambahkan air dan masak lagi hingga pecah minyak. Tambahkan garam secukup rasa.
Dah siap...

Mama tak pernah rasa sebenarnya apa rasa sebenar rendang daging palembang ni, tapi mama rasa yang mama masak nih sedaplah eheh tercakap sedap pulak hahaha tapi sedaplah rasanya sebab en.azmi makan macam sodap jee tu.

Wassalam

10 comments:

  1. ala resepinya je... kita nak rasa yang mama aryan dah masak...

    ReplyDelete
  2. rendang daging palembang - first time dengar resipi ni masa tengok show minyak sawit Chef Wan kat tv3, hari sabtu petang 8 jun hari tu. hehe

    ReplyDelete
  3. Terima kasih resepinya mama. Nak try lah nanti.

    ReplyDelete
  4. Mesti sedap ni mama, resepinya pun taklah seremeh mana.
    Akk kadang masak daging kicap letak rempah kari, sedappp.

    ReplyDelete
  5. dana biasa dgr ayam msk palembang... rendang daging palembang ni nengok resepi lbh kurang je yek, tp mmg sedap lah kak msk palembang

    ReplyDelete
  6. Wow beza ya Ada kicap dgn Kari.. Boleh try nanti

    ReplyDelete
  7. Resepi baru bg saya ni.. Tq sharing, nanti blhla saya cuba.. Naim suka sgt kakau rendang.. G open house setakat ni itu je yg dia amik.. Benda lain xpulak nak disentuh..

    ReplyDelete
  8. dari rupa paras nyer tu, mcm sedap sgt, AA.
    kesedapan nyer, if tekak kita anak-beranak ok, ok la tu :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...