Thursday, 13 June 2019

Deko-deko sikit

Assalamualaikum...

Sebelum syawal tu cuti sekolah dah mula, hero mama yang berdua tu dah balik kampung, tinggallah kami bertiga je. Sebelum ramadhan tu mama dah berkira-kira nak hias rumah, macam ustazah kata kalau nak cantikkan rumah biarlah masa nak sambut ramadhan bukan nak sambut syawal, tapi itulah kan kena fikirkan bajet juga, bajet tak mengizinkan jadi kita diam-diam sudah.

Seminggu sebelum raya tu walaupun ada ujian yang diterima hahaha ujian apa lagi kalau bukan adrien pecahkan cermin kereta tu kan, Alhamdulillah ada juga rezeki kami hujung-hujung tu tapi berkira-kira jugaklah tak boleh berlebihan, memang tak berlebih pun sebab takde beli barang yang besar pun dan bukan tukar sofa ke apa, cuma nak mengecat je hahaha nak beli cat pun nak berkira-kira jugak ye..ehh kenalah berkira kan.

Cadang balik hari isnin, jadi sabtu tu kami meneruskan rancangan, beli baju sikit lepas tu ke kedai cat, siap kira-kira lagi kat kedai cat, akhirnya dapatlah beli cat dengan warna yang dipilih,itupun takdelah beli cat yang mahal pun yang sedang-sedang je, nak mengecat tu sebab dinding rumah tu dah penuh dengan cap jari dan tulisan-tulisan yang meyakitkan mata mama nih. Balik dari kedai cat tu tanpa bertangguh mama paksa en.azmi mengecat bengang je member kikiki, jenuhlah suami isteri ni mencari idea apa yang nak dibuat supaya takdelah nampak boring sangat dinding tu kan.

Akhirnya dapat jugaklah kata putus setelah puas mengoogle itu ini, walaupun hasilnya takdelah woww sangat pun tapi asalkan sedap mata memandang dah ok lah kan. siap mama pesan pada adelya, tangan tu jangan nak letak dekat dinding,nak buka suis lampu pun tangan tu jangan sentuh dinding hahah kejam mak ko kan, lepas tu dia pulak pesan pada abang-abang "mama kata nak buka lampu jangan sentuh dinding" kikiki


Ini... kita bagilah ruangan untuk en.azmi berkreatif heheh, ruang yang lain kebanyakannnya mama yang punya idea. Alhamdulillah tercapai jugaklah hasrat nak bagi perubahan sikit pada rumah tu, tapi terhad pada ruang tamu je lah, ruang lain belum lagi,masih sama seperti sebelum ni, ada niat juga tu nak ubah tapi macam biasalah kita tengok pada bajet. Itu frame gambar yang besar rm2.10 je satu beli dekat kedai eco, yang frame kecik tu mahal sikit sebab kayu, tapi mahal pun takdelah sampai rm10, hanya rm8 dan rm9 je satu, itu beli dekat temerloh masa balik raya hari tu. kereta-kereta tu haruslah mainan anak2 je, papan bawah tu guna je kayu yang ada dekat rumah.

Itu je lah yang nak ditunjuk. biasa-biasa je yang lain tu tak payahlah mama tunjuk, segan je nak tunjuk sebab beshe-beshe je, ini saja tunjuk sebab nak abadikan jugaklah dalam blog ni hasil kerja en.azmi tu.

Oklah nanti kita sambung lagi cerita, masih mood syawal kita cerita deko-deko ramadhan syawal la kan. cerita raya rasanya dah takde apa yang nak diceritakan pun, gambar pun itu jelah yang ada pun. ok lah daripada takde kan.

Wassalam

13 comments:

  1. Cantik sudut abg mi deko tu..
    Dpt deko2 tu pun kira untung la.. Hahaha..
    Ira ni hajat nk mengecat dan mendeko2.. Tapi xde sokongan. Itu je la hajat dari sblm puasa, sampai la puasa dan lps raya yg belum direalisasikan.
    Apa2 pun, syukur sbb dpt juga bersihkan rumah sblm balik kg, tapi bila tggl dkt seminggu, bersawang balik. Lps blk dr kg, beli bunga 2 jenis dgn pasu utk hiasan. Jadi la.. 😅😅
    Sbnrnya, da bosan juga tgk rumah sendiri..

    ReplyDelete
  2. rajin betul akak mendeko2... dana ni berangan nk deko2 rumah tp tak berbuat2 kak...
    mmg takde idea betul lah, edy lg lah... kalau blh nk minimalis je katanya, tp tulah takkan nk ddk bawah je kalau ada org dtg kan ... ngn dinding pun kosong je

    ReplyDelete
  3. Cat memang mahallah Azra, rumah hakak ni pun nak cat cat sampai sudah tak bercat hahaha...Bajet tak berapa nak ada gitu. Lantaklah rumah berlmut pun hihi...
    Kiranya Raya tahun ni mmg bermaknalah ek...ada deko Raya gitu

    ReplyDelete
  4. peminat kereta vintage nih..

    ReplyDelete
  5. simple dan cantik..suka tengok bila nampak kemas gitu
    ni kat rumah pun baru sempat mengecat 2 bilik dan 1 bilik tu bilik anak dara jadi diaorg jer yg mendeko sendiri tapi bilik anak bujang..haihhh macam tu jer la. Ni bilik umi dan ayah dan 1 bilik lagi belum ada kesempatan..tu tak masuk ruang tamu...seronok nak mendeko tapi masa tu sungguh cemburu

    ReplyDelete
  6. Cantik hasil kerjanya tu mama. Kadang tu sedikit hiasan je pun dah mampu merubah/menaikkan seri ruang kan...

    ReplyDelete
  7. Rumah akk jugalah tak bercat baru sejak dari mula pindah smp skrg, huhu..ensomi kata nak beli wall paper je, pun tak beli2 juga.
    Cantiklah mama warna cat tu, sejuk mata memandang. Tak kiralah cat murah ke, frame murah ke kalo kena gaya mendekonya tetap cantik dipandang mata.

    ReplyDelete
  8. Yeay, dinding dah dimekap ...
    Bab bajet mmg penting, tapi once dpt usahakan apa yg diinginkan, happy rasanya kan ...

    ReplyDelete
  9. cantik warna dinding tu. pandai pilih.
    mesti rasa puas ati sgt2 sebab hasil sendiri.

    ReplyDelete
  10. Sy ygydok kuarters ni memang tak minat nak mendeco.. Klu rumah sendiri best.. Cat baru deco2 ruang, semangat pun baru

    ReplyDelete
  11. Cantik.. best Kan deco2 ni

    ReplyDelete
  12. deko bertema gitu. nice mata memandang.
    kemas.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...