Tuesday, 21 May 2019

Tragedi berbuka puasa

Assalamualaikum...

Betullah anak2 tu ujian. Ujian terbesar untuk mama anak2 lah,ujian lain mama masih mampu bersabar, bila tiba bab anak2 rasanya kesabaran mama ni nipisss sangat tapi masih mampu untuk bersabar. Kata ustazah jangan rotan anak ketika marah tapi rotan bila dah reda marah dan rotan juga kerana Allah bukan rotan sebab marah, jadi apa yang mampu mama buat adalah bersabar.

Cuti panjang weekend lepas, kalau ambil cuti dapat 5 hari tapi mama tak dapat cuti lagipun abg adam dan adelya exam hari selasa tu. Jadinya ahad mama adik-beradik berkumpul dirumah ibu berbuka bersama-sama siap bakar kambing. Macam biasa mama jadi tukang masak. Tengah memasak daeisha dan adelya berlari ke dapur mengadu yang adrien baling batu kena cermin kereta ibu. Ingatkan takde apa2 sekali tengok "cermin retak seribu", ibu senyum je, mama ni dah mendidih. Masa dengar tu masih bersabar tapi lepas tu kena marah jugalah...ehh kena la marahkan kesalahan besar tu sebab mama dah larang, dah la dekat nak raya ni, terbayang dah bonus yang belum dapat tu berterbangan "okeh anak2 tahun ni kita takde baju raya ye, mama nak beli cermin kereta ibu" redha je la memasing bila mama cakap macam tu.

Malam tu sepatutnya semua anak2-tidur rumah ibu tapi adrien nak ikut balik takut agaknya bila mama takde ibu marah dia haaa tau pun takutkan. Mama dah takde rasa apa dah, marah lebih pun dah takde gunanya kan benda dah jadi cuma boleh nasihat je la kan. Sampai rumah dia cuci kaki dan terus tidur.. Hai la anakk...takpelah ujian untuk kita kan. Dalam dok terkebil2 tu ibu whatsapp tanya adrien balik ke? Tadi masa balik ibu tengah mengaji. Mama cakaplah dia ikut balik. Ibu pesan mama jangan nak rotan adrien pulak. Takk mama tak rotan pun, benda dah nak jadi kan kalau bukan sebab Adrien pun Allah dah tentukan cermin tu pecah ia tetap akan pecah. Ibu cakap takpe cermin tu biar abah yg tukar guna duit abah, beli je baju raya untuk anak2. Terus mama jadi sedih bila ibu cakap macam tu. Nak juga anak2 sedara dia pakai baju baru  dihari raya, mama ni yg serba salah dibuatnya. Beli baju raya atau ganti cermin kereta? Baju baru ada dah mak-mak sedara beli cuma baju sedondon je la yang belum dibeli heheh..

Itulah tragedi berbuka puasa dirumah ibu,nak menangis ke nak senyum mama ni pun tak tahulah. Yang mama nak menangis tengok penerimaan ibu dan abah dua-dua boleh senyum je tengok cermin retak seribu, bila mama tanya abah berapa harga cermin kereta tu? Abah senyum je... Mama??? Tawa dalam tangisan. Moga apa yang berlaku jadi pengajaran buat anak2 apa yang mama papa larang itu pasti bersebab.

Wassalam

13 comments:

  1. Takpe...jadi pengajaran untuk mereka. Lain kali tak buat lagi

    ReplyDelete
  2. kalau cermin depan r belakang, mahal juga tu.
    Tak cukup duit bonus.

    ReplyDelete
  3. Cermin depan Ada insured x? Kalai Ada insured selamat sikit.. sabar ye mama

    ReplyDelete
  4. Allahu budak-budak gitu la mama. Bulan puasa lagi la banyak dugaannya. Tenang sungguh ibu kan 😊

    ReplyDelete
  5. Saya pun pernah ada pengalaman anak rosakkan barang kat rumah sedara, alahai paniknya rasa tapi orang tu pulak cakap tak apa jgn risau.. kita lak yang rasa serba salah. dugaan betul kan. InsyaAllah lepas ni budak-budak tu akan beringat.. biasalah budak-budak kan.. lagi kita larang, lagi diorang nak buat.. naik angin pun kadang-kadang tak membantu

    ReplyDelete
  6. Tahniah mama aryan sebab boleh menahan sabar lagi... kalau saya entahlah...

    ReplyDelete
  7. Agaknya abg yen tak sengaja tu, nak baling benda lain tapi kena cermin kereta plak, nak buat camana kan, benda dah nak jadi..memang menguji sabar tu.

    ReplyDelete
  8. Agaknya abg yen tak sengaja tu, nak baling benda lain tapi kena cermin kereta plak, nak buat camana kan, benda dah nak jadi..memang menguji sabar tu.

    ReplyDelete
  9. alahai :(
    aida is speechless bila baca ni, AA.
    kalau terjadi kat diri sendiri, hmmm mesti dah naik antu!!!

    ReplyDelete
  10. Aduhai anak.....yelah benda dah berlaku ek. Tak sedap jugak kalau kita tak ganti cermin tu ye Azra walaupun ibu mcm tak kisah. Untung dpt adik beradik yg saling memahami mcm tu

    ReplyDelete
  11. Betul benda dah jadi jadikan pengajaran. Nak marahmpun buat apa.. Tp namanya kita manusia biasa memang la marah. Mujur ibu dan abahnya cool aje hehe

    ReplyDelete
  12. Allah.. betul-betul ujian tu mama.. Sha tak pasti Sha boleh sesabar mama.. mau kat situ juga kena piat.. huhuhu.. Abah dan ibu betul-betul cool..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Jauh atau dekat?

Assalamualaikum... Masih dalam mood syawal. Jadi mari kita menulis berkisarkan syawal lagi la. Tapi bukan nak cerita pasal raya mama lagi ...