Assalamualaikum...
"Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang darinya atau kedua-duanya samapi ke umur tua dalam pemeliharaanmu, maka jangalah engkau berkata kepada mereka dengan perkataan kasar sekalipun perkataan "ah" dan janganlah engkau menengking mereka, tapi katakanlah kepada mereka perktaan yang baik. Dan hendaklah engkau merendahkan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata): Wahai Tuhanku! cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil". Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat"
(al-Isra ayat 23-25)
Mulanya nak menulis sempena hari ibu, tapi bila tengok video ceramah Ustaz Azhar Idrus tentang sambutan hari ibu rasa lain macam pulak mama, tapi bila baca huraian Mufti WP Dr.Zulfikli Al-Bakri beliau tidak menganggap bahawa merayakan hari ibu dan hari bapa sebagai perkara yang tidak dibolehkan, tetapi hendaklah dengan menepati beberapa syarat.
- Menganggap hari ibu dan hari bapa sebagai penghormatan tambahan kepada mereka dan bukannya menyempitkan skop menghormati mereka hanya pada tarikh tersebut.
- Tidak menjadikan ia sebagai satu bentuk perayaan dengan ertikata perayaan keagamaan, tetapi sebagai sambutan secara adat sahaja.
Jadi semuanya atas niat kita kan. Jadi hari ni mari mama perkenalkan wan(mak mentua) dan tok(abah mentua) serta abang dan adik2 ipar mama.Insan2 mulia yang menerima mama masuk dalam keluarga mereka dengan penuh kasih sayang. Mama ni tak reti sangat nak tunjukkan kasih sayang sebab ala malu-malu gitu kan, kasih sayang tak pandai tunjuk nak menghulur bagi itu ini pun kurang jugak ehehehe, balik kampung pun jarang adehhh..entah apalah kan menantu ke hantu nih.
mama dan wan (mak mentua)amacammm ada iras tak rupa mama dengan wan?? |
Mama dan tok (abah mentua) amacam ada gaya pilem hindi tak berbunga2 gitu hehehe |
Kasih sayang ayah juga telah pergi dari hidup mama 12 tahun yang lalu tapi hampir 11 tahun ini Allah telah berikan mama seorang abah yang lain, walaupun lain tapi tetap sama. Masa mula-mula kawin dulu abahlah yang rajin ajak mama bersembang, abah jugaklah yang kadang2 minta mama masakkan itu ini dulu, sekarang ni adik2 ipar pun dah pandai masak semua yang mama masakkan tu jadinya, sekarang ni mama takdelah masak sangat cuma kadang2 bila ada permintaan tu baru mama masak kalau tak mama bersila je makan kuikuikui.
tengok dalam telefon gambar lama je ada, kira bolehlah ni hehehe |
5 bahasa cinta untuk mentua - ini lebih kepada menantu perempuan dan mak mentua. (dari kuliah ustaz elyas ismail)
1. Melalui kata-kata- ada mentua yang suka menantunya berbahasa, pandai berkata-kata mengambil hatinya (ini mama tak reti sebab mama macam tak pandai sangat nak bersembang apatah lagi nak keluarkan kata2 yang manis )
2. Servis/ perkhidmatan - ada mentua yang suka menantu yang tak banyak cakap tapi banyak buat kerja untuk mentua, balik kampung sesekali layan mentua dengan baik, masak makanan kegemaran mentua(ini jarang2 berlaku pada mama sebab mentua dan ipar2 yang selalu masak)
3. Sentuhan - ada mentua yang suka menantu tolong picit2kan tangan kakinya (yang ni lagilah mama tak pernah buat huhuhu), salam cium tangan (haaaa yang ni memang mama buatlah, siap cium pipi kiri kanan sekali hahaha itupun mula2 dulu tak buat pun entah bila mama mula buat pun mama tak ingatlah heheh mama kan tak pandai nak menzahirkan kasih sayang)
4. Hadiah - ada mentua yang sukakan kejutan/ surprise. dapat hadiah pada hari2 yang istimewa untuknya(inipun mama jarang buat melainkan kalau ada pakatan dari adik2 ipar tapi dah lama la mama tak join buat surprise nih)
5. Kualiti time - haaa ini kadang2 ada mentua yang suka waktu untuk bersama2 dengan menantu, suka juga tengok menantu dan mentua jalan shopping sama2(mama tak pernah buatlah jalan berdua dengan mentua kalau jalan ramai2 tu ada lah)
ehhh ko mama satu pun takde dalam senarai tu nampaknya, entahlah kan mama pun tak tahu apa yang mama nak buat pun, moga Allah berikan kesempatan untuk mama buat sesuatu untuk mentua mama kan.
Wassalam.
syukur alhamdulillah ye kak, sesungguhnya Allah sebaik2 perancang,
ReplyDeletebest tgk akak ada family mertua yg baik n rapat ngn akak...
rezeki kan kak... dana pun alhamdulillah family mertua sgt baik, mil ngn fil pun ngam
tak pernah kita rasa tak seronok nk balik kg sana...
Kadang tu kita tak zahirkan melalui perbuatan atau perkataan tapi body language, layanan, pandangan mata dsbnya yang menambat hati mereka. Seronok dan untung mama punya keluarga yang baik dan bersatu hati. Alhamdulillah
ReplyDeleteHahahaha.... tak perlah walau tak de dalam senarai yg 5 tu yg penting sayang kikikiki....
ReplyDeleteMak mertua kita dulu rajin mintak picit kaki tapi menantunya pulak kurang suka hahhaha, lenguh wei jari, acane tu mmg derhaka sungguhlah mak...
Huhuhu.. kita pun ank yatim.. mak+abah xde dah....ada mak mentua aje... itu pun sama gak jrg blk kg..
ReplyDeleteKita buat apa yg kita rasa selesa..
ReplyDeleteSembang2 dgn mak tu, tgk pd topik la.. Kalau general boleh la sembang, psl anak2 ke..
Picit2 tu x penah juga.. Salam cium tgn dan pipi dah dibiasakan, dulu2 kekok jugak. Tp selagi kita x mula dan jadikan habit, selagi tu la kita rasa kekok. Ira sejak abah ira sakit, ira baru mula salam cium tgn, pipi dan peluk mak abah. Dulu2 tak sbb x biasa dr kecik. Dgn adik2 pun ira pesan supaya buat benda yg sama, tp org lelaki ni payah skit nk buat mcm tu.
Masak2 x berapa reti sgt. Haha. Setakat simple2 goreng sayur tu ada la.. Bg pd yg pakar je masak. Time xde org baru la kita buat. Hihi.
Shopping berdua dgn mak pn x penah, shopping ramai2 ada la. Jalan2 berdua tu ada jgk bila yg lain semua da kedepan, kami je jalan lambat. Hehe..
Apa2 pun bersyukur sgt dlm family in law yg sporting, caring, suka masak dan bnyk lg la. Family yg happening, suka bergurau sesama adk beradik. Keluarga yg penuh dgn kasih syg.
Alhamdulillah.
Erkkk...dalam senarai tu pun Mama Yan takde. Adehh...patut la bukan menantu faveret
ReplyDeleteSama la muka dgn mil tu.. mmg serasi tu
ReplyDeletePerkongsian yang bagus ni kak.. isu family in law ni kadang-kadang sensitif.. haha.. saya pun sama ni kak.. ada masa rasanya tak termasuk dlm mana-mana kategori yang kat atas tu. tapi, kita serahkan pada Allah nak menilai mana yang kita dah buat tu . Tak ada niat nak buat benda tak elok pun kan...
ReplyDeletehmmmm... aida hanya ada emak mertua.
ReplyDeleteayah mertua dah lama meninggal, time mr.asben kekecik lagi.
and now aida bebetul sedang diuji dgn emak mertua :(
aduhai... moga Allah beri yg terbaik utk kami. aminnn...
Alhamdulillah.. layanan yang baik bukan senang nak dapat.. Sesungguhnya kasih sayang yang diberikan tu sangat mahal.. Sha tinggal MIL jelah.. Abah baru je pergi.. huhuhu.. Ibu dah 3 tahun tak ada.. Mak sha pula dah 32 tahun pergi.. FIL pula dah 6 tahun pergi..
ReplyDelete