Wednesday 6 January 2016

Kedatangan mertua

Assalamualaikum....

Cuti 3 hari minggu lepas family mertua bertandang ke rumah, paklong nak tengok rumah untuk disewa..alhamdulillàh lega lah sebab paklong nak kerja dengan en.azmi kalau tidak kesian juga en.azmi tu buat keje sorang-sorang.

Family bertandang..mama pun gantung periuk kuali tak masak,sebab keluar berjalan je, masa hari mereka sampai mama nak masak makan malam tapi eñ.azmi kata makan kat luar je.jadi malam tu kami pergi makan di masita steak, lepas makan terus balik, semua pun dah penat.

Pagi sabtu...sarapan en.azmi beli bungkus je,kemudian siap-siap keluar ke seksyen 7, jakel buat sale, acu nak beli baju... Sekali dengan mama pun terjebak lagi...hahaha hari tu dah beli 2 pasang,hari ni pun 2 pasang,dua-dua en.azmi pilih sebab yang mama pilih en.azmi tak berkenan jadi kita biarkan dia pilih..hihihi tapi ok je pilihannya tu, mama suka



Tengok sempat lagi dia snap pic mama hantar kat family group "shopping lagi..." Katanya...ala dah lama pun mama tak membeli bajukan, oklah untuk buat pakai pergi kerja. Itu mak mertua dan adik-adik ipar, acu beli baju kurung, mama macam biasalah jubah dan dress.


Selepas penat bershopping kita makan pula, dah alang-alang kita dekat situ kita belanja makan ayam penyet wong solo lah. Disebabkan hari cuti dan memang waktu lunch jadi ramai sangat orang,terpaksalah beratur untuk mendapat tempat, dapat yang bersila, kira ok lah walaupun agak sempit dengan kami yang ramai nih. Kongsi gambar diatas sebab abang adam yang snap pic nih..siap nampak jari abang adam lagi dekat gambar air tu, suruh paklong susun àir tu sebab dia nak snap picca.

Malamnya kami makan tomyam dekat kedai dirumah sahaja, kemudian layan anak-anak bermain malam itu di padang


Walaupun dalam perjalanan ke padang tu ada yang dah tertido tapi bila sampai padang terus cergas, bermain bola, lastik berlampu, pistol buih sabun dan makan makanan ringan yang dibawa, seronoklah anak-anak bermain bekejaran, mama pun join menyepak bola.

Ahad sesudah bersarapan kami melawat jiran mertua yang tinggal berhampiran situ, jiran mertua dikampung, kerana kesihatan kini mereka tinggal bersama anak disini, dekat sahaja rumahnya dengan rumah mama, guna google map cari jalan.

Ramah betul makngah ni bersembang, sampaikan mama pun tumpang sekaki rancak berborak hahaha...mama ni kalau kena gayanya memang sakan kalau berborak dengan makcik-makcik pun jadi, ye lah mama pun dah taraf makcikkan


Rezeki kami....dihidangkan dengan makan tengah hari, memang sedaplah, bertambah mama makan disebabkan jering dan sambal tu, habis sambal tu mama bedal... Fuhhh teruk sungguh perangai,mama nak stop tapi makngah paksa mama tambah nasi jadi terpaksa mama tambah agar tak mengecilkan hati hihihi pada hal memang nak tambahkan. .

Balik dari rumah makngah kami melawat rumah pula, sebab semua nak tengok rumah yang mama beli tu, so jom lah kita. Masa sampai tu berpagar, en.azmi masuk lah meninjau-ninjau keadaan tetiba pengawal datang bertanya, kami beritahu nak tengok rumah


Seronok anak-anak berlarian. Setelah dikhabarkan pada pengawal kami nak tengok rumah yang dibeli pengawal buka pagar dan izinkan kami masuk, tak sabar rasanya nak berpindah ke rumah sendiri, abang adam pun tak sabar,asyik cakap nak balik rumah baru je..hihihi sabar abang ye, inshaAllah moga Allah mudahkan urusan kita untuk masuk rumah baru nanti, apa tak sabarnya abang sebab rumah dekat dengan taman permainan.


Tengoklah abang adam yang teruja tu, dia orang pertama yang buka pagar. Sebenarnya mama pun tak sabar juga nak duduk rumah sendiri, ok lah perumahan ni dalam kawasan kampung dan penduduknya islam, cumanya dekat kawasan ini masih tak banyak rumah, sebelah sini hutan,belakang pula kelapa sawit dihujung pula kebun nenas, kata pengawal nak beli nenas senangla nanti laung je dari pagar hihihi


Semua meninjau dari luar je sebab rumah berkunci..hihihi ok lah kata pengawal elektrik semua dah ada, air pun tinggal nak pasang meter je lagi, duit nak masuk api air tak perlu bayar lagi sebab pemaju guna deposit yang dibayar hari tu je, duit lawyer mulanya kata kami kena bayar sebab gov loan, hujung-hujung kata tak payah bayar,pemaju yang bayar, mama pun tak tahu sangat,tapi kalau kata tak bayar tu ok juga la sebab bayar peguam pun dah ribu-ribu.

Lepas tengok rumah, paklong nak tengok rumah pula di ken rimba, tapi bila sampai wan tak berkenan, katanya tak bersih dan jauh sikit bila en.azmi nak ambil paklong nanti, lebih baik yang di sek.8 sebelum ni dekat dengan ofis mama takdelah jauh en.azmi nak berpusing nanti,tapi terpulanglah, wan sungguh-sungguh tak bagi  yang di ken rimba tu.

Selesai urusan kami ke PJ menghantar anak buah pula, kakak aimy tak mahu ikut ibuayah balik semalam nak duduk rumah mama sebab nak bermain dengan sepupu-sepupunya, ye lah dah lama tak berjumpakan, jumpa sekejap tak puas bermain.

Kami berpisah dirumah adik ipar, kami pulang ke rumah kerana ada urusañ yang lain pula,walaupun sedikit penat urusan itu tetap diteruskan, pukul 10mlm juga sampai di rumah, penat betul mujur isnin mama cuti untuk uruskan persekolahan abang adam.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

24 comments:

  1. seronok kan bila family kita or family suami dtg bertandang... mmg nk bwk berjalan je lah kejenya... pastu nk ajak mkn situ sini sinun....

    bab shoping mmg lagi seronok... lagi2 kalu ada geng heheheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu dana, seronok sangat, nak pulak dapat sopping2..hahaha

      Delete
  2. Seronok yan dan keluarga bila ramai yg bertandang ...tentu meriah kan.
    Tak sabar anak2 nak duk rumah baru ya...tak lama lagi lah tu dah boleh tinggal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang meriahkan dengan anak2 ni ha dan sepupunya,

      itu la tak sabar nak masuk rumah baru, harapnya tak lama lagi

      Delete
  3. untunglah akak masih ada mertua
    ..yan tak merasa kasih sayang mertua :'-C

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yan alhamdulillah...tapi yan masih ada mak dan ayah, akak dah takde mak dan ayah lagi yan..

      Delete
  4. En Azmi mesti suka Azra sebab mak pak dia datang hihi....Awak suka jugak, sebab tak yah masak haha....

    Baca entri pun dah tau, betapa seboknya awak sepanjang mereka kat sana tu. Tp best jugaklah sebab dpt dresa dan jubah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yang paling tu tak payah masak hahaha

      aah memang masa terisi dengan padat, tapi seronok

      Delete
  5. jakel tu dekat dah rumah ky.banyaknya shopping baju..mcm nak raya :)
    rumah baru kat area mana Aryan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke kak yon, rumah kak yon dekat situ ke?

      itu lah kak, shopping baju kerja.

      rumah area teluk panglima kak

      Delete
  6. Assalamualakum, meriah bila keluarga berkumpul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam...betul tu memang meriahlah

      Delete
  7. Seronok bila berkumpul ramai-ramai..
    semoga dipermudahkan urusan pindah rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok berkumpul ramai2 macam ni.

      terima kasih, inshaAllah...itulah yang selalu saya doakan jua

      Delete
  8. bestnya! meriah bila seluruh keluarga berkumpul

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang meriah jijah, sesekali macam ni seronok sangat walaupun penat

      Delete
  9. Seronoklh ipar duai dtg gantung periuk..pilih mkn luar mmg sesuailah..lps tu mmbeli blh..

    Lauk kmpung mmg kesukaanku juga...sdppppp

    ReplyDelete
  10. Amboi kemain jalan sakan akak dgn mentua ya...bagus la gitu..mesra rapat hubungan..
    Dah tak lama lagi nak dapat masuk rumah baru ye? Mesti tak sabar la tu.. rezki anak2 sekai tu kan.. semua berjalan lancar..

    ReplyDelete
  11. seronoknyer jgh umah baru.
    confirm la x sabar :)

    ReplyDelete
  12. betul2 padat jadual dua hari tu . seronok sebenarnya berjalan dgn family ...

    ReplyDelete
  13. beshlah msk rmh baru nnti..paling syok, part deko2 la..

    bestnyer mborong kt jakel tu..berbaloi-baloi

    ReplyDelete
  14. wah kak! punya lama saya tak ke sini
    tak tahu akak dah beli rumah! tahniah kak!
    memang excited bila cite pengalaman pertama kali beli rumah ni
    akak beli kat mana ni. nanti nak buat tak malu datang boleh tak? huhu

    yang sale jakel tu, ada p juga. tapi saya rimas lah reramai gitu
    layankan mak mentua aje shopping sebab dia tailor kan
    saya tengok warna macam2 ni pening! hehe
    biasa cam akaklah, suh suami aje pilih.

    eh kat dataran tu kalau malam pun saya biasa lepak
    anak-anak suka main dekat situ.
    sekarang dekat situ happening. ada car-boot sale lagi

    ReplyDelete
  15. ayam penyet wong solo tu sedappppp. dulu dekat sini ada satu. tapi dah tutup pulak tatau sebab apa. nak kata kwasan tak strategik mustahil. nak kata tak ramai pelanggan pun mustahil. susah nak cari ayam penyet yang sedap. huuuuu

    kira tumpang sonok akak nak masuk rumah baru. kira tak dapat2 lagi hihihi. takpe usaha tangga kejayaan kan ;)

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...