Monday 18 January 2016

Demam

Assalamualaikum...

Petang sabtu lepas balik dari rumah kawan mama melawat baby imran, kami ke rumah kakak mama yang sulung ataupun ibu panggilan anak-anak mama.

Seronok sangat abang adam dan adrien berkejaran ditengah panas,bermain panjat-panjat bukit. Sudahnya pagi ahad badan adrien dah mula panas, demam lah sudah. Tengah hari tu join adik-adik ipar makan,adrien tak mahu makan walaupun ada churos kegemarannya. Betul-betul takde selera lah tu, kalau tidak pasti dah habis churos tu adrien makan.


Malamnya selepas mandi,mama hanya pakaikan adrien singlet dan seluar pendek biar wap panas keluar, minta nak makan roti tapi cuma habiskan separuh saja,en.azmi belikan sup kot mahu makan,adrien tetap tak mahu makan.

Hari ni tak sekolah...mama tinggalkan dengan tecer taska,sedih pulak demam mama tak jaga kan, setiap masa tecer berikan report,alhamdulillah panasnya dah ok cuma masih tiada selera makan,cuma nak minum air masak saja, malam tadi pun banyak kali juga bangun dari tidur minum air masak, bagus jugalah sebab nak minum air masak.


Ini pula abang dailami darwisy, dah warded sebab denggi semalam, ini anak buah mama, alahai...kesiannya kesayangan-kesayangan mama nih.

Moga dua-dua cepat sembuh ya...sedih tengok muka keduanya tak ceria pun, mama pun jadi risau dibuatnya. Risau pun mama tetap pergi kerja jugakan..itulah nak buat macammana tadi mama nak bawa adrien ke ofis,tapi risau pula dia tak selesa. Tengoklah esok bagaimana,moga cepatlah sembuh hendaknya, sedih tengok anak tak ceria macam biasa.

Allahummasolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam

13 comments:

  1. InshaAllah moga cepat sembuh anak AA dan anak buah. bagus mahu minum air masak.

    ReplyDelete
  2. anak2 demam ni mmg merisaukan kita. semoga anak2 yg demam tu sedera sembuh.

    ReplyDelete
  3. Semoga mama-mama kepada dua anak ni teruskan berusaha dan berdoa ukt cepat sembuh. Anak-anak demam pun ujian buat kita ni sebenarnya. Kesian tengok kan bila demam makan pun tak selera..

    ReplyDelete
  4. Syafakallah buat kedua-duanya..
    Semoga cepat sembuh..
    Sekarang musim cuaca panas yan..
    Elakan anak2 main diluar dan kena minum air kosong banyak2 tau..

    ReplyDelete
  5. semoga cepat sembuh doa dari kaknoor ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. syafakallah...moga Allah beri kesembuhan ye...

      Delete
  6. Kakak anak besar demam pun risau yan...biasalah mak2 kan apatah lagi pada yan kerja tentu ingat anak yg tinggal.

    ReplyDelete
  7. semoga cepat sembuh ya, anak2 walaupun da besar diorg sakit kita still risau kan

    ReplyDelete
  8. anak dah besar pun kita risau juga kan, semoga cepat sembuh ya

    ReplyDelete
  9. Budak yg besar baye anak anak Azra ni mmg tgh rajin demam. Sebab depa jevik.lagi sebenar, antibodi pun lum kuat sangat. Moga abg Adrien cepat sembuh yer...
    Kalau demam, dihidang apa pun semua pahit kan Azra

    ReplyDelete
  10. Dah baik ke kedua-duanya? Moga dh kebah ya.. buda skrg ni saya perhatikan demamnya dlm 3 hari baru btl2 kebah.. naim pun demam jg dh 2 hari.tp alhamdulilah arini mmg nampak dh byk kurang, dedor je skit bdan dia..

    ReplyDelete
  11. Moga cepat sembuh Adrien sayang. sekarang musim tak menentu. uwais aritu pun tgh malam tiba2 naik demam tapi alhamdulilah esok paginya tengok sejuk dah badan dia. Adrien pahit tekak kot tu. tu yang tak lalu nak makan apa2 agaknya. kesianyaaaa

    ReplyDelete
  12. anak-anak di rumah pun baru baik demam. penutup ayahnya yang kena. ayuhlah minum air banyak2.

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...