Monday 14 September 2015

penempatan sekolah 2016

Assalamualaikum...

Tak sangka mama, kejap je anak mama dah besar nak masuk darjah satu dah pun. masih terbayang lagi wajah comel abang adam masa kecik-kecik dulu...hehehe sekarang tak comel lagi,tapi dah hensem.

Mama mendaftar online, mulanya mama daftar disekolah yang berhampiran dengan rumah yang mama beli tu,tetapi bila difikirkan dan dibawa berbincang mama papa ambil keputusan untuk membuat pertukaran pula,alhamdulillah urusan pertukaran dipermudahkan dan alhamdulillah abang adam ditempatkan disekolah yang telah dipilih.

Kenapa bertukar sekolah? kerana mama papa memikirkan banyak perkara, transport,transit, kawan-kawan..hehehe kawan-kawan pun penting juga tu,bukan kawan-kawan mama tapi kawan-kawan abang adam la. papa memilih untuk menggunakan transport kawan papa juga dan transit juga ditaska yang sama seperti sekarang, disekolah ini kawan-kawan abang juga adalah kawan-kawan yang sama seperti sekarang.

berdebar mama abang adam nak masuk darjah satu nanti...hehehe, persiapan baju sekolah,kasut sekolah, berapa pasang baju dan kasut mama nak kena beli nih? hai macam-macam ni, rasanya mama kena buka kedai stationery nih, bukan apa sekarang ni,asal balik sekolah je pensil pemadam hilang, dah banyak kali mama beli...buka kedai juga nampak gayanya ni, kedai untuk anak-anak je la hahaha

Adrien juga akan mula bersekolah tahun depan,dah masuk tadika 5 tahun dah kan, hai itupun macam- macam peel nyer tu, bangun pagi payah amat tu,apatah lagi nak mandi pagi,ada je alasannya .

Alhamdulillah pendaftaran untuk sekolah agama juga sudah dibuat,moga segala urusan selepas ini dipermudahkan jua.

Allahhummasoli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam.

6 comments:

  1. Wah.. lengkap dah semua persediaan utk adam masuk sekolah ni.. bgus akak bertindak cepat. Haha.. saya lak main2 bertangguh je.. mujur gak gigih buat juga beberapa hari lalu.. ni arapnya jangan pulak peram borang tu lama2 sampai lebih 14 hari. Huhu.. kena gak singgah khamis ni supaya tak jadi lama lagi..

    ReplyDelete
  2. hahhaha betul la.. anak saya yang dah darjah dua ni pun sama... pergi sekolah pencil case penuh... balik tinggal pensel kontot je sebatang.. hahahhaha

    setuju, faktor kawan2, environment, transit, transport anak2 utk pergi dan balik sekolah mmg kena pikir banyak kali.. moga semuanya di permudahkan Allah... mesti Adam pun excited nak masuk sekolah...

    ReplyDelete
  3. Skejap je da masuk sek darjah satu abg adam ye..
    Sama la mcm aimy.. brg dia yg dibeli ntah ke mana.. kdg2 malas nk beli baru, pakai je apa yg ada tu.. hihi..

    ReplyDelete
  4. akak tanya camtu, tetiba dapat idea nak buat entry
    pasal persiapan anak sekolah plak..hehe
    tapi tunggu hujung tahun nanti lah =)

    serious kita yang mak-mak ni, anak nak sekolah memang terlebih excited
    nanti time nak beli barangan dia, lagilah excited!
    balik terus suruh test, rasa cam cepat betul besa anak kita kan =)

    ReplyDelete
  5. Wah cepatnya buat persiapan untuk tahun depan...dah bujang dah abang adam

    ReplyDelete
  6. kejap je abang adam dah besar kan. moga abang adam dipermudahkan menerima ilmu amin

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...