Tuesday 1 September 2015

Ini ujian dari Allah

Assalamuaaikum...

Bersabarlah ini ujian dari Allah,mungkin ada dosa yang ingin Allah hapuskan.

Luluh hati mama bila mendapat berita adik mama patah kaki. Baru pagi tadi berwhatsapp tiba-tiba kawan dia call bagitau dia patah kaki semasa main bola.

Sudah dibawa ke hoshas temerloh kebetulan mama berada di temerloh waktu mendapat berita tu tapi masih sempat lagi ke rumah adik ipar makan tengah hari,bukan mama tak risau pasal adik mama tapi perut perlu diisi juga jangan biar lapar.

Mama call adik mama tapi tak berjawab. Akhirnya dia call mama bila dah masuk wad. Pergilah mama ke hoshas bersama buah hati mama. Sebelum tu singgah beli makanan dulu untuk adik mama, lapar katanya.



Dah bersimen,khamis ni akan dioperate masukkan besi kesian adik mama dah la sorang-sorang dekat kampung tu mujur ada kawan-kawan yang baik yang sudi temankan di wad. Suruh tukar hospital dekat sini dia tak mahu. Kakak-kakak hanya mampu berdoa dan tanya khabar dari jauh saja lah. Moga segala urusan adik mama dimudahkan.

Tulang kering patah dua..ada unsur-unsur sengaja untuk mencederakan...Adik mama yang MA tu kata kalau patah macam tu boleh berlaku kalau eksiden je tapi tak mengapalah kita redha je..Allah lebih tahu apa yang terbaik.

Allahhumsolli a'la sayyidina Muhammad
Waala a'li sayyidina Muhammad

Wassalam


8 comments:

  1. semoga cepat sembuh dah kuat utk laluinya.
    seriau pulakk dengar

    ReplyDelete
  2. tak mustahil kalu sengaja almaklum tgh main bola kan... moga adik tuh kuat n cpt sembuh...

    tp nk operate msk besi lah apa lah, kite yg dgr pun ngeri... hrp2 sentiasa ada kwn2 yg membantu n meneman sepanjang kt hospital

    ReplyDelete
  3. Alahai ngerinya.. moga adik akak ni cepat baik ya.. kalau pasal pasang besi ni..alahai.. jiran saya rasanya kes mcm ni juga tahun lepas..kena masa main bola juga.. tak baik lg walau dh hampir setahun.. moga akhirnya baik ya..

    ReplyDelete
  4. allahuakhbar..kesiannya dia
    benda nak jadi kan...adalah hikmat disebalik kejadian tu
    sampai kena msuk besi...teruk bendar bunyinya tu
    moga cepat sembuh ye...sampaikan salam saya pada dia

    ReplyDelete
  5. moga adik mama cepat sembuh..amin

    ReplyDelete
  6. Allah kesiannya. teruk sangat ni haaaa. takpe la kak redha je. kalau betul ada yang niat tak baik. biar Allah balas segalanya kan. moga adik akak cepat sembuh aminnnn

    ReplyDelete
  7. Ya! allah...siannya. Bertabahlah. Smoga beliau cpt sembuh.

    ReplyDelete
  8. Lps satu..satu ujian menimpa.. smga tabah menghadapinya.. inshaaAllah, ada hikmah disebalik ujian yg Allah beri..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...