Friday 3 July 2015

sedihnya hati mama

Assalamualaikum....

Terkadang terasa malas untuk menulis...haishh lah pada hal banyak yang hendak ditulis, nak share juadah berbuka yang mama masak...hahaha teruk sungguh,tapi nanti-nantilah..

Semalam banyak cerita yang mengundang airmata...

Paginya adik ipar taged mama dekat fb... dengan statusnya yang sedih ni (mama copy paste je statusnya)

Lagu raya dh start berkumandang di corong2 radio pg nie, rasa kosong raya tahun nie tanpa arwah tok. Selalu tiap kali raya mesti balik kg umah arwah tok, senyum jew sambut kepulangan kitaorang 1 family. Meriah raya di kg dpt makan rendang tok buat,(sedap smpai menjilat finger) tok siap pegi kedai jalan kaki dgn kitaorg semata mata nak belikn aiskrim utk cucu2 dia yg nakal nie, time tulah cucu2 nak manja dgn tok, Tp kini itu semua dh tak dpt kami rasai lg, hanya kenangan yg dpt mengamit memori kami 1 family..
feeling missing with Jinggo Azmi and 6 others.
 
kali pertama bagi acu (adik ipar mama yang bongsu) berpuasa dan beraya tanpa arwah tok, pasti terasa kehilangan,mama yang baru 6 tahun lebih masuk dalam keluarga ini turut terasa kesedihannya
 
Ingat lagi selepas berkahwin mama duduk termenung je ditangga tak tahu nak buat apa dirumah mentua, arwah tok datang duduk sebelah bersembang dengan mama..ramah, "takde buat apa kita duduk sajalah"  kata tok hahaha sempoi je..ingat nak suruh mama pergi buat kerja rupanya suruh mama duduk-duduk saja bersembang dengan dia, selepas itu arwah jugalah meneman kami ke temerloh mengambil gambar untuk buat kad kawin.

Kali pertama berkunjung ke rumah arwah yang merupakan rumah papan bertangga kayu sederhana tinggi, arwah pernah berkata pada mama " naik elok-elok,aok tak penah dak naik tangga gini?" alahai tok...cucu menantu tok nih bukannya orang bandar,rumah mama dulu juga punya tangga kayu yang tinggi,mama main lompat-lompat je atas tangga tu, tok yang sangat ramah, mesra.. pergi ke rumah arwah semua makanan dia nak keluarkan bagi anak cucu makan, melayan cucu-cucu yang nakal itu sampai sanggup berjalan kaki semata-mata nak belikan aiskrim untuk cucu-cucu, bukan cucu kecik tapi semua dah besar hehehe.

masa ramai-ramai dok ambil buah langsat yang berjuntai-juntai di pokok mama sempat ajak arwah bergambar, selamber je arwah bergambar dengan mama dibawah pokok langsat tu,sambil memegang dahan pokok langsat, gambarnya entah dimana mama simpan pun tak tahulah...

Petangnya pula...sekali lagi mendapat khabar sedih berkenaan kawan mama pula...

berbual-bual dalam group wasap, dia khabarkan berita sedih, mama tahu kawan mama kuat tetapi mama pula yang tidak kuat,gugur juga airmata ini...kandungan yang berusia 9minggu terpaksa digugurkan kerana anak yang dikandung sudah tiada denyutan jantung, beratnya dugaan Allah, sebelum ini tahun lepas dia juga keguguran...apapun mama doakan moga urusan sahabat mama yang seorang ini dipermudahkan olehNya..

Pesanan buat anak-anak mama :

Apapun dugaan dan ujian yang datang terimalah dengan hati yang terbuka,jangan berburuk sangka pada Allah, redha lah...sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita.


Allahhumma solli'ala sayyidina Muhammad
wa'ala ali sayyidina Muhammad

Wassalam
 

5 comments:

  1. Sedihnye.. smg arwah tok d klgn insan terpilih.. ameenn...

    ReplyDelete
  2. Salam takziah buat kawan AA. Sedihnya :-(

    ReplyDelete
  3. sedihnya kawan akak tu :(((( kira pun pernah ada kawan gugur. tiga kali tak silap. alhamdulilah akhiranya selamat jugak. dah besar pun anak dia sekarang ni. mendoakan moga murah rezeki kawan akak dan dipermudah amin

    rumah arwah tok belah papa pun kayu papan. tangga tinggi. kalau jalan dalam rumah tak boleh lari kalau tidak gegar rumah lepas tu bising hihihihihi

    ReplyDelete
  4. Rindu arwah tok.. sedih bila teringat kan arwah..

    ReplyDelete
  5. alfatihah
    semuannya menggamit memori lama kan
    sedey nya mmber akak. smga beliau tabah oasti ada hikmah Allah Maha Mengetahui

    ReplyDelete

Assalamualaikum...sudah baca rajin2 la komen,lg panjang lagi mama suka...

Kejohanan Silat Olahraga

 Asalamualaikum... Mga kita semua didalam lindungan dan redha Allah swt. 3,4 dan 5 Mac anak-anak mama menyertai satu lagi kejohanan silat. K...